"Jaga diri" pesan Fateh pada Soyaa yang masih belum keluar dari kereta . Dia yang menghantar Soyaa ke mall untuk bershopping dengan Sufi .
"Ye sayang taulah" balas Soyaa . Dia sudah tidak sabar hendak keluar . Tangan memang dah siap sedia di hulur untuk menyalam tangan Fateh lalu terus berampus dengan jiwa yang gila di mall bersama-sama Sufi .
"Laju je tangan tu nak salam kan? Sabar dulu . Biar abang tengok " kata Fateh . Matanya memandang tubuh Soyaa atas bawah . Mencari kesalahan . Tiba-tiba dia ternampak tudung isterinya yang sedikit singkat .
"Itu tudung labuhkan , nak tunjuk siapa dada tu?" arah Fateh , sempat juga dia menyindir .
"No...nanti tak nampak corak baju ni. Cantik tau . Sayang kalau tertutup" jelas Soyaa.
"Cis, ingat corak tu lebih berharga ke? Masuk kubur pun tak lepas. Tak fasal-fasal masuk neraka sebab show dada kat dunia ni , dah sedia ke? Awak tu perempuan sayang oii, cukup jelah abang seorang saja tengok kat rumah tu . Jangan kata awak suka nak bagi Si kicap Jalenn, Pak Kasim Selamat , Abu Abdal , Ali Ulala dan Abdul Abdil tengok dada awak tu , haram sayang haram ! " bebel Fateh . Habis semua nama jantan disebutnya . Kalau nama Le min ho , Jeon Jungkook yang disebutnya tidak apa . Ini tidak . Nama-nama yang top di 80-an .
Soyaa sudah memuncung mulut dengan bebelan si suami . Walau dia menyampah kena bebel dengan Fateh . Tapi tangannya sudah membetulkan bawal yang dipakainya. Ditutup labuh depan dan belakang .
"Dah"
"Bagus . Macam tu isteri abang " puji Fateh . Hidung isterinya di cubit manja .
"Sayang pergi dulu tau " ucap Soyaa sebelum keluar dari perut kereta .
"Ya baiklah. Hati-hati" pesan Fateh .
Soyaa membuka pintu kereta . Tapi sebelum menapak keluar dia sempat melepaskan kucupan cinta di pipi Fateh . Sweet kan? Menangis orang single tengok aksi ini .
Cup!
"Sayang abang hehe" sempat Soyaa tersengih nakal .
Fateh membalas sengihan nakal. Kalau dapat ciuman macam ni . Hari-harilah dia benarkan si Soyaa ni membeli-belah dengan Sufi .
"Eh sayang sini abang nak cium jugak"
"Taknak . Nafas abang bau petai " Soyaa sudah mengelak .
"Kurang ajar punya bini . Okay , siap balik rumah nanti , abang kerjakan beround-round "
Soyaa sudah menelan liur mendengarkan itu. Ah sudah kalau macam ni aku taknak baliklah .
-
Hanani berdiri kaku di dalam farmasi . Dia mencari ubat yang kuat untuk mengugurkan kandungannya . Manakan tidaknya . Sudah dua bulan dia tidak datang haid . Pasti dia sudah bunting dengan anak Asyraf ." Maafkan saya, puan cari apa ya?" Soal kak farmasi yang sudah lama bekerja di situ . Dia bertanya pula rasa kasihan dengan Hanani yang puas memusing seluruh tempat .
"Awak tau ubat yang kuat yang boleh gugurkan anak tak?" Tanya Hanani pula .
Mati terus senyuman kak Farmasi . Mana tidaknya , selama lima tahun bekerja sebagai ahli farmasi tak pernah-pernah dia mendengar ada orang hendak gugurkan anak . Cari pula di farmasi awam . Haish .
"Tak ada ya? Janganlah buat riak muka macam tu hehe" Hanani sudah berasa janggal .
Maka disebabkan jawapannya tiada . Terpaksalah dia menarik diri dari terus mencari ubat untuk kandungan . Lagipun kalau anak tu . Anak dia dengan Fateh . Dia tak akan mahu gugurkan kerana itu sebagai salah satu kebangaan baginya .
Saat Hanani menapak keluar . Hanani ternampak satu figura yang amat dia kenali . Seorang wanita bersama rakannya . Soyaa dan Sufi.
"Auch sakit mata ada minah sial kat sini "kata Hanani seorang diri .
Disebabkan Hanani masih membenci Soyaa . Jadi dia bercadang mahu bertekak dan malukan Soyaa dihadapan khalayak ramai . Baru puas kan?
Soyaa pula sedang berbual dengan Sufi . Kadang dia ketawa . Kadang dia membuat muka. Macam-macam reaksilah bila keluar dengan Sufi . Tapi reaksi yang gembira . Oleh sebab dia terlalu fokus dengan Sufi . Maka dia tidak perasan akan kehadiran Hanani yang semakin hampir dengan wajah seakan singa betina yang bengis .
"Weyh Soyaa . Aku nak ke tandaslah," ucap Sufi yang dari tadi berbual bersama Soyaa .
"Lah . Okay pergilah, "
"Kau tunggulah sini . Susah nanti aku nak cari kau . Dahlah Mall ni besar, " kata Sufi lagi sebelum dia melangkah pergi ke tandas awam .
"Yelah . Baiklah . Cepat sikit ," Balas Soyaa .
Mendengarkan respon Soyaa itu . Akhirnya Sufi mula melangkah pergi . Soyaa pula hanya berdiri tercegat di situ seperti apa yang dikatakan oleh Sufi tadi . Dah orang suruh , kenalah dengar . Tak fasal-fasal gelaran bestie ditarik...
Hanani yang nampak Soyaa mula seorang diri itu sudah tersenyum sinis. Makin senanglah dia hendak bergaduh dengan perempuan itu kalau tiada orang lain yang akan masuk campur . Yang pastinya andai Sufi masih ada di sini . Plannya mahu memburukkan Soyaa akan tergangggu .
"Woi sial ! " Jerkah Hanani dari belakang tubuh Soyaa .
Soyaa sudah terkejut . Segera dia berpaling pada empunya suara . Hanani . Wanita itu sudah tersenyum sinis seperti joker . Sah-sah masih berdendam pada Soyaa lagi .
"Aku Soyaa . Bukan Sial . Sial tu kau ," balas Soyaa .
Pang!
Hanani menampar kuat raut wajah Soyaa . Perasaannya seakan mencengkan-cengkam . Geram . Dendam . Semua telah bercampur di hati wanita bernama Hanani itu . Wajah Soyaa pula terus berpaling ke kiri . Pedih amat apa yang dirasakan oleh Soyaa atas kelakuan gila Hanani . Orang ramai di sekeliling sudah terkejut melihat aksi mereka berdua tiba-tiba . Macam dapat tengok sinetron free. Pacarku suami orang .
"Fateh mana Fateh ! Bagi Fateh aku semula ! " tengking Hanani . Dia sudah gila bayang .
"Gila . Kau ada nampak dia kat aku ? Tak ada kan?" Soyaa sudah menjawab penuh berani tengkingan Hanani walaupun sudah ditampar kuat . Dia menjeling menyampah . Lagipun buat apa dia nak mengalah kalau dia merupakan isteri Fateh yang sah kan?
"Ieee kau ni ! " Geram Hanani mendapat respon berani dari Soyaa . Rasa tercabar . Lantas tangannya mencengkam kuat tudung yang dipakai oleh Soyaa .
"Aduh! Sakitlah perempuan!" Adu Soyaa . Tak sempat dia hendak mengelak .
"Memang kau layak rasa sakit ni sial" Hanani tidak mahu mengalah . Dia menarik tubuh Soyaa ke tengah orang ramai.
"Perhatian . Tengok ni penyundal yang merampas milik orang ! Pakai tudung fikir kan wanita mengelilingi kaabah . Tapi macam setan perangai !" Laung Hanani membuat rata-rata manusia yang berlalu-lalang menoleh memandang mereka berdua yang dalam ketegangan.
"Eh !" Soyaa menolak kuat pinggang Hanani sampai jatuh ke lantai . Dia sudah geram pula dengan cara Hanani yang seakan tidak matang . Bukan saja tak matang, tapi ta reti nak cermin diri pula tu .
Buk!
Tubuh Hanani selamat melekat di lantai . Kuat betul bunyinya.
"Kau yang rampas lah ! Bukan aku ! Move on la weyh !" Tengking Soyaa .
Hanani tiba-tiba menunduk . Sakitnya mencucuk-cucuk . Terasa satu cecair hangat mula basah mengalir .
"Auch.." aduh Hanani pula . Mahu membalas semula penolakan dari Soyaa . Akan tetapi sakit yang datang tiba-tiba menghalangnya .
"Darah !" Seorang wanita yang memerhati dari jauh sudah terjerit terkejut apabila melihat pendarahan yang mengalir .
Hanani yang sedar . Terus berdecit di dalam hati . Bagaimanlah dia boleh lupa yang dia hamil ! Tapi adakah ini karmanya selepas menolak Soyaa dua bulan lalu sehingga keguguran?
✍🏻sorry lambat update.
YOU ARE READING
FATEH AR'VILE ✔
Roman d'amourAssalamualaikum wbt. Ini adalah karya saya, Fateh Arvile . Karya ini tidak sempurna masih ada kesalahan tatabahasa dan ejaan . Termasuk juga susunan plot cerita saya . Agak serabut . Jadi saya menyusun sepuluh jari untuk meminta maaf buat pembaca se...