" Haih Ezz Ezz tang tu pun boleh pengsan eh ".ujar Puan Sari.Dayana yang tengah duduk bersila di atas sofa hanya tersengih kecil.Kepala yang tidak gatal di garu." Mana tak nye Ma..excited ar tu sebab crush lama dia nak masuk meminang wkwkwkw ". Dayana menjegil mata..Dengan laju jemari runcingnya mencubit lengan si kakak.
" Aduh..eishh apa ni main cubit-cubit pula..tak betul ke ?".Dayana menjeling kecil.
Puan Sari hanya mengeleng kepala.
" Kaklong tak payah nak menyakat acik.Daripada kaklong duk menyakat adik ni.Baik gi dapur nuh..Bawa suami kamu tu makan malam ".Arah wanita tersebut.
Dia pun sebenarnya ada kerja nak buat.Tapi memandangkan hal anaknya seorang ini ( Dayana ) tak 'settle' lagi.Terpaksa dia pendamkan saja keinginan nak tanam pokok bunga ros merah yang Aliff belikan untuknya kelmarin.
"Alah..mereka dah makan pun Ma..tak payah ar risau.Patutnya risaukan Dayana ni hah..dari tadi tunggu punya tunggu.Tak dapat-dapat lagi jawapan".Ucap Umairah lagi dengan kening terjongket-jongket.
Saja lah tu nak malu kan aku ! kata hati Dayana.
Selang beberapa minit kemudian..
Ahli keluarga besar Puan Sari kembali berkumpul di ruang tamu setelah habis menjamu selera di dapur sbentar tadi.
" So amacam acik? setuju tak Zafiy nak masuk meminang kat kamu ni?ke acik rasa macam tak sedia lagi ?" soal Aliff selaku Abang sulong dalam keluarganya.Dia mengendong anak kecil nya Intan Uzwin sebelum melabuhkan punggung di sebelah Encik Iskandar.
Dayana tersentak..Aduh ye tak ye juga..
" Emm...tapi kenapa dia nak masuk meminang acik pula ? takkan dia tak ada girlfriend pula selama acik belajar kat aussie dulu ".Soal Dayana tak puas hati..
Yelah siapa tak terkejut...Dulu bukan main cikgu tu kata tak nak..tak ingin.bukan taste lah.Tak sesuai lah..sekarang ini berubah dah kenapa? meluat pula dia..
Dayana mengigit lidah.
" Lah kalau dia dah berkenan.Apa salahnya..Kalau dia ada gf mesti dia tak tanya pasal acik sejak beberapa tahun yang lalu..Ni..waktu acik kat luar negara dulu.Dia selalu tanya kat kitorang khabar acik.Tak pernah skip walau sehari pun ".Fatihah pula menyampuk.Umairah mengangguk setuju.
Terkedu gadis bernama Dayana itu.Dia melihat kedua kakak kandungnya.
"Ye..yeke ?? asal dia tanya pula..Ke kakak berdua ne menipu je.Supaya acik terima dia..kan ?".teka Dayana.Meskipun dalam hatinya berdebar-debar.
" Ya allah tipu buat apa..Tambah dosa je tau..Betullah dia selalu tanya keadaan acik..Acik je yang tak ambil kesah pasal dia".kata Fatihah.
Puan Sari tersenyum.
"Yelah tu...nak ambil kesah buat apa..Dia bukan suka Ezz pun".Dayana masih dengan egonya.
Umairah menjulingkan mata ke atas.
"Ish budak ni..tak percaya pula dia.Kaklong siku kang kepala tu.Naya pak karim..tak dapat apa langsung huh".katanya dengan nada menyebalkan.
"Dah dah dah..Emm jadi Ezz..apa kata kamu??setuju ke tak..ikut lah kata hati tu.Jangan ikut kata orang".Puan Sari menjeling kecil Fatihah dan Umairah..Kedua wanita dewasa itu hanya menayang sengih.
"Lagipun yang nak bahagia itu kamu.Kalau kamu rasa kamu mampu terima cikgu Zafiy dengan ikhlas.Maka buat lah keputusan yang elok..Kalau tidak mampu..Kamu kata sahaja..Mama dan yang lain faham.Sebab itu keputusan kamu.Kami tak berhak masuk campur".kata Puan Sari dengan lembut.
YOU ARE READING
Cikguku Crushku
RomanceZafiey Adlie - Kamu tak boleh jatuh cinta dengan saya Dayana.Awak sendiri dah sedia maklum yang saya ne guru kamu ! Ezz Dayana -Saya cintakan cikgu ikhlas.Bukan kerana cikgu kacak ataupun kaya.Tapi kerana penampilan luar dan dalam cikgu. Zafiey Adli...