Pintu tandas di tarik kasar sebelum dia meloloskan dirinya ke dalam.Dayana melihat dalam ke arah cermin yang tergantung elok dekat tandas itu.
Serta merta dia menghamburkan tangisannya sebelum ditumbuk2 kuat dinding tandas yang bercat putih itu.
Sampai hati cikgu ! Cikgu tak adil !.jerit Dayana di dalam hati.Pedih ulu hatinya apabila dengan selamba Zafiy menyuruhnya meminta maaf meskipun bukan dia yang salah.
Dia tak nampak ke muka cikgu Aisyah tadi.sinis semacam.Tak nampak ke !kata Dayana lagi.
Pili air dibuka sebelum membasuh mukanya menggunakan air di paip itu.
Tynie,Nura,Nilam dan Ekin yang mendengar tangisan gadis itu hanya mampu berpandangan sesama sendiri sambil tergeleng2 perlahan.
Kesian Dayana.memang bukan gadis itu yang salah.Cikgu Zafiy dan Cikgu Aisyah memang kejam .
Mereka berempat kemudiannya membuka pintu tandas itu.Nasib sahaja tidak ada seorang pun pelajar yang bertandang ke tandas ketika itu melainkan hanya mereka yang berlima.
"Ezz......".seru Nilam.bahu gadis itu dipegang kejap sambil melihat ke arah raknnya yang lain.Sayu betul wajah mereka.
"Ezz...kitorang ada ne.Kalau kau nak cerita or lepaskan sesuatu tu.Kitorang sedia mendengarnya".tutur Tynie pula perlahan.
"Haah lah Ezz.kau kalau sakit hati ke apa.Jangan lah pendam sensorang.Kitorang kan ada.Kongsi lah kat kitorang.Mana tahu sakit hati kau tu boleh beransur pergi.Apa gunanya kawan kalau takde di masa kau susah or senang kan".pujuk Nilam pula.
Tiba2 Dayana memalingkan wajahnya ke arah mereka.Dengan mata yang sembab.Dia memeluk Keempat2 rakan baiknya itu.
Menangis semahu2nya.
"Cikgu tak adil...dia tak tahu pun kebenaran sebenarnya.Suka hati dia aja nak tuduh aku.Nak maki aku kat depan pelajar lain.Aku malu Nil".luah Ezz Dayana.Nilam hanya mengusap lembut belakang gadis itu.Cuba untuk menenangkannya.
"Dah lah tu Ezz..kau kena kuat.Sabar okey..Aku rasa ada hikmah di sebalik kejadian ne.Kau sabar aja k.Kami tahu kau kuat Ezz.".pujuk Nilam lagi.
"Haah lah Ezz.aku tengok kau yang menangis ne.Aku rasa nak menangis lah pula.pedih mata aku tau".gurau Nura.
Serentak dengan itu.Dia mengaduh sambil mengosok lengannya.Siapa lagi kalau bukan Ekin?sedap dia aja nak ketip anak orang.
"Serius sikit boleh tak.ne ezz tengah sedih pun boleh pula kau buat lawak bodoh kau tu kat sini.".ujar Ekin geram..Amat geram sebenarnya.
"Lah..lawak bodoh amendanya lah kau ne.Aku serius kut.yang kau sibuk sampai nak terkehel tu kenapa.Dah sedia nak mampus kat tandas ne.Aku kurung juga kau ne karang".ugut Nura pula.
Ekin mencebik manakala kawannya yang hanya mengeleng kepala.
"Badan kurus keding macam tiang lektrik.Ada hati nak kurung orang Haih.kau ne Nura..Menjirus air ke daun keladi ajelah".pekena Ekin lagi.
Membulat mata gadis comel itu.Amboi..menyindir nampak.tak boleh jadi ne.Salah satu kelemahan gadis itu hanya.
Ting ! Cermin mata besar Ekin ditarik lalu dirampas Nura.
"Woii cermin mata aku lah.Kau ne..bak sini balik"pinta Ekin..kurang asam betul..Macam mana lah dia boleh lupa.
Nura hanya tergelak panjang
"No !".
"Bak lah sini balik.Nura !".jerit Ekin.Yall...pekak telinga diorang dibuatnya.Dah lah dalam tandas simen.Apa lagi.melantun lah pekikan gadis itu sebelum mencucuk tajam ke dalam lubang telinga mereka berlima.
YOU ARE READING
Cikguku Crushku
RomanceZafiey Adlie - Kamu tak boleh jatuh cinta dengan saya Dayana.Awak sendiri dah sedia maklum yang saya ne guru kamu ! Ezz Dayana -Saya cintakan cikgu ikhlas.Bukan kerana cikgu kacak ataupun kaya.Tapi kerana penampilan luar dan dalam cikgu. Zafiey Adli...