Part 44💖

5.9K 241 19
                                    

Ezz Dayana mengambil tempat dihadapan Rayyan.Ahli keluarganya yang lain pula duduk di meja berasingan.Hanya bersebelahan dengan meja mereka.

Disampingnya Puan Sari dan disamping Rayyan pula Encik Iskandar.Kedua pasang suami isteri itu sengaja duduk berdekatan Dayana sementelah anak2nya yang lain telah berkeluarga.

Masing2 duduk dengan keluarga sendiri.

Aliff memilih restoran KFC untuk sesi memenuhkan perut mereka tengahari itu.Dan yang lain hanya setuju dengan pendapat Aliff.

  "Bah...Wita mana??".soal Dayana.kelibat adik bongsunya tidak ada dengan Encik iskandar mahupun Puan sari.

  "Ada dekat kak umairah kamu tu hah.tak nak berenggang dengan Mia".jawab Puan Sari pula.Lain yang disoal.lain pula yang menjawab.

Dayana hanya melongo...

Encik Iskandar memberi isyarat kepada Iqram dan Aliff.Tak lupa juga Syakir..Qhalif pula suami kepada Umairah tak dapat join makan tengahari mereka kerana sibuk dengan urusan pejabat.

Encik Iskandar berdiri dari duduknya.Diikuti yang lain.

Terpinga pinga Rayyan melihat.

  "Uncle nak ke mana ?".soal Rayyan pelik.

Encik Iskandar menghulurkan senyuman ikhlas.

  "Uncle dan lain nak buat dan ambik tempahan kejap..".jawab lelaki berusia itu.

Rayyan memgerut dahi.Dayana geleng kepala sambil ketawa kecil.

  "Alah..biasalah tu.diorang kan lelaki..diorang lah yang kena berbaris kat depan tu..Ambik makanan".Dayana cuba menerangkan.

Rayyan mengangguk faham.Ouhhh...macam tu.alahai blur pulak aku.Emm..

  "Eh kalau macam tu.Saya ikut sekali lah".pinta Rayyan.Encik Iskandar mengiya.

  "Hah boleh juga tu.Jom".kata Encik iskandar.Mereka berlima mula beratur di setiap barisan yang ada.Boleh tahan ramai juga manusia yang ada dekat restoran itu.

Tiba tiba datang Zee Zuwita dengan muka yang masam.

  "Alahai..kena anak mama ni??masam aje".soal Puan Sari.Dia menarik Zee Zuwita.Diusap lembut kepala anak gadisnya itu.

Dayana hanya senyum.

  "Hari tu mama janji nak belikan Wita basikal baru kan..".kata Zuwita.

Terkejut kecil Puan Sari mendengar.

  "Ehh..janji yang mana pula tu?".soal Puan Sari sekadar berpura2.

Bertambah masam muka Zee Zuwita.

  "Alah...janji yang hari tu lah...waktu wita nak ikut abah pergi mancing.tapi mama tak suruh..mama cakap kalau wita ikut.mama tak nak belikan basikal dekat wita lagi..lepas tu mama cakap mama janji nak belikan kalau wita tak ikut abah".dengan penuh yakin Zee Zuwita melafazkan semula janji2 yang ditabur mamanya dahulu.

Fikir dia terlupa ke??memang tak lah.

  "Hahahaha owh yang tu ke..alahai..mama lupa la.sorry sayang".pujuk Puan Sari.

Dayana geleng kepala.Adik bongsunya itu memang gemarkan basikal.Sehinggakan nak dekat 7 dah koleksi basikal yang dia ada.

Nak jadi penunggang basikal negara ke apa?kalau ye apa salahnya..rezeki allah kita tak tahu.

  "Yelah2...nanti mama belikan.cuma sekarang ne tak dapat lah.sebab mama belum gaji lagi sayang".kata Puan Sari.

Zuwita hanya angguk kepala.Nasib baik dia faham keadaan mamanya itu.Tiba2 pandangannya terhala kepada Dayana.

Cikguku CrushkuWhere stories live. Discover now