Langkah demi langkah semakin laju di atur ke bilik guru.Kelihatan ramai guru yang berehat ketika itu.Yelah tak ada kelas.Boleh lah rehat kejap.Tak kurang juga murid murid yang sibuk menolong cikgu masing masing.
Sebelum dia berjalan ke meja Zafiey.Dayana sempat menarik nafas sebelum dihembus perlahan lahan.Ingat Ezz ! Kau kena tunjukkan kau kuat.Dan jangan sesekali terperdaya dengan muka 'Tak Kacak' dia tu.
Ceh tak kacak lah sangat..bila marah cakap tak kacak.Tapi bila tak.Allah ajelah yang tahu gituw😎.akhirnya meja Zafiey dituju.
"Assalamualaikum".sapanya.
Ehem saja bagi salam.agar nampak ayu sikit😂.Zafiey yang sibuk dengan kertas pelajar segera memandang Dayana.
Entah kenapa lama sekali pandangan itu sampaikan Ezz Dayana merasa gelisah.Tolong hati.tolong lah aku kali ne.jangan buat hal please..
"Kenapa cikgu nak jumpa saya?? Ada apa apa masalah ?".soal Dayana.Zafiey yang terleka tadi segera tersedar dari khayalannya.
Dia berdehem seketika.Baju kemeja berwarna biru tua bertali leher putih dibaiki sikit.Ezz Dayana menjeling sekilas.Ceh nak nampak kacak supaya aku tergoda lah tu kan ? Pigidah..hati ne dah kebal taw..Emm betul ke kebal??
"Kamu duduk dulu.Saya nak tanya something".arah Zafiey.Dayana mengeluh kecil.
Dia mengambil kerusi sebelum duduk di depan Zafiey.Matanya sengaja di larikan ke tempat lain.Sebab dia tak ingin bertentang mata dengan lelaki itu.
Zafiey menahan debar di dalam hati.Dia cuma nak tanya tentang yang dia dengari tadi.Tapi kenapa hatinya terlalu berdebar ne.
"Kamu dah makan ?".tanya Zafiey.
Dayana memandang Zafiey pelik.Tu aja dia nak tanya.Kejadah sampai nak ajak dia ke sini.
"Nak makan apa ? Sekarang kan masih waktu belajar.Bukannya rehat".sindir Ezz Dayana.
Zafiey menelan liur.Betul juga.Aduh kenapalah dia bodoh sangat bagi soalan tu.Hemm tahniah mulut.Kau memang bangang🙀.
"Ergh..ehem ye juga..sorry saya terlupa".pinta Zafiey.Dayana mengangguk.
"Takpe..".kata Dayana.
Zafiey cuba menatap seraut wajah itu.Nampak muram dan seperti tak bermaya.Hendak melihat wajahnya pun seperti gadis itu tidak mahu.Zafiey mengeluh.
"Dayana...sebelum saya tanya kamu satu soalan.Saya nak kamu tahu yang sebenarnya saya..".
Dayana meramas tangannya kuat.
"Nak saya tahu apa cikgu??kalau pasal yang hari itu.Tak perlu lah cikgu ingat atau sebut lagi.Sebab saya dah lupakan pun perkara tu.Saya tak nak simpan lama2 bemda2 macam tu.Hal tu cuma merosakkan fikiran saya".
'Dan menyakitkan hati saya'.sambungnya dalam hati.
Zafiey terpaku mendengar.Seperti tahu tahu aja gadis itu bahwa memang itu yang hendak dia soal dan bincangkan.Zafiey menarik nafas dalam diam.
"Dayana saya.".dia cuba mengambil kata tapi Dayana telah memotong awal awal.
"Cikgu..boleh tak kita teruskan dengan niat sebenar cikgu memanggil saya ke sini.Jangan buang masa saya untuk perkara perkara yang tak munasabah.Saya nak fokus untuk belajar.Bukan nak main2.".Terang dayana lebar.
Zafiey hanya terkedu mendengar.Apa yang terjadi dengan gadis ini?? Kenapa layanan dia berubah dingin? Dulu tak macam ini pun.Dadanya juga bagai di sebat apabila mendengar bicara kasar dari Dayana.
"Ba...baiklah..maafkan cikgu.Cikgu tersasul sikit.".kata lelaki kacak itu.
Seperti tidak ada jawapan lebih dari mulut Dayana.Zafiey tidak ingin berlengah lagi.
YOU ARE READING
Cikguku Crushku
RomanceZafiey Adlie - Kamu tak boleh jatuh cinta dengan saya Dayana.Awak sendiri dah sedia maklum yang saya ne guru kamu ! Ezz Dayana -Saya cintakan cikgu ikhlas.Bukan kerana cikgu kacak ataupun kaya.Tapi kerana penampilan luar dan dalam cikgu. Zafiey Adli...