Part 18💖

5.9K 227 5
                                    

   "Cikgu..kita nak pergi mana sekarang ne ?".soal Dayana.Hari sabtu itu dia dan Zafiey keluar bersama.Extra class katanya.

  "Nak pergi makan kejap.Awak tak lapar ke ?".tanya Zafiey pula.Ezz Dayana yang duduk disebelahnya dipandang seketika sebelum tumpuannya kembali fokus dengan  pemanduan.

  "Lapar...".kata Dayana jujur.Dia memang lapae ketika itu.Jadi tak ada alasannya nak menipu ke apa.
 
Zafiey tersenyum..

  "Baguslah.kita bincang sekali kertas soalan dekat sana nanti.".putus Zafiey.Dayana hanya mengangguk.

KLCC menjadi destinasi mereka.Zafiey mencari parking untuk mereka.Hari itu dia memakai kereta Honda Civicnya.Malas kalau2 Dayana bertanya perihal keluarganya lagi sekiranya dia memakai Mercedec kelabu atau Lamborghini miliknya.

Selesai sahaja Zafiey mendapat tempat untuk meletakkan keretanya.Mereka keluar dari perut kereta sebelum berjalan bersama  menuju ke menara KLCC.

Banyak sungguh pelancong2 dari luar negara yang menyapa rongga mata Dayana.Rasa jakun pun ada !

Bukan selalu dia keluar ke bandar besar begini.Lebih2 lagu bersama Zafiey ! Macam pasangan kekasih pula.Yuhuu....

  "Awak jangan lepaskan tangan cikgu..Karang tersesat pula.".terasa tangannya diraih membuatkan hati Dayana berdetak laju.Kalah pelari 100 meter.

  Wajah Zafiey yang berkaca mata hitam dipandang.Asal tak tanggalkan aja kaca mata tu ? Hemm biasalah.sekarang kan zaman stylish.Nak bergaya pun tak perlu kesah pandangan orang

Tapi matanya ? Mana boleh membelok kat tempat lain.Dia dah cukup gembira memandang wajah Zafiey begitu.Hensem ! Tak hairan lah ramai yang menjeling nakal ke arahnya.Semak !

   "Awak nak makan apa ?".soal Zafiey tiba2.Ezz Dayana tersedar.Dia berpura2 batuk.Cuba menutup rasa gugupnya.

  "Saya ikut cikgu aja..".jawab Dayana.Zafiey mendecit.

  "Kalau macam tu.kita makan kata KFC ajelah.Boleh ?".soal Zafiey lagi.

Dayana tersenyum manis.Bergetar tulang rusuk Zafiey melihat senyuman itu.Dia dah kenapa ?

  "Boleh..saya okey aja".ujar Dayana.Zafiey berdehem perlahan..

  "Kalau macam tu.Okey...".kata Zafiey.Kaki mereka melangkah ke arah kedai KFC yang berada di hadapan.

Kata2 pelawa ramah dari pelayan wanita dan lelaki itu dibalas mesra oleh Dayana dan Zafiey.

Kemudian meja bulat yang berada di sudut sebelah kiri dipilih.Ezz Dayana melabuhkan punggungnya bersama beg sandang yang berisi kertas dan pencil box.Manakala Zafiey pula menuju ke tempat kaunter membeli.

Set Family dipilih.Dia kemudian meminta milo ais untuk Dayana.Dia pula memilih Pepsi.Dulang yang berisi makanan dijunjung ke tempat meja mereka.

  "Saya pilihkan awak milo ais sebab saya takut awak tak minum pepsi".kata Zafiey.Dia duduk di hadapan Dayana.Ligat tangannya menyusun makanan.Ezz Dayana senyum memandang.

  "Okey cikgu.Thank you..".kata Dayana berterima kasih.Zafiey tersenyum.

  "Sama2..hah mana kertas soalan tadi.Keluarkan.Saya nak check".arah Zafiey.Ezz Dayana mengiya.Begnya yang terlentok di kerusi sebelah diselongkar sebelum kertas putih dikeluarkan.

  "Ni...".ujar Dayana.

  "Oraith..awak makanlah dulu.Saya nak periksa kejap".ucap Zafiey.Ezz Dayana mengumam faham.

Dia mencapai seketul paha ayam.Sos cili dicapai dan dituang perlahan.Nyum nyum nyum...
 
  "Hah.jangan lupa baca doa".sergah Zafiey.sikit lagi ayam ditangan Dayana terlepas.

Cikguku CrushkuWhere stories live. Discover now