Puan Sari dan Encik Iskandar tergesa2 memasuki ruangan kecemasan yang terletak di tingkat 3 Hospital Tunku Ampuan Rahimah.
Mereka mendapatkan Zafiey yang duduk di ruangan duduk sambil menunggu pemeriksaan doktor terhadap dayana selesai.
"Assalamualaikum.Cikgu macam mana dengan anak saya Dayana.Dia kat mana?dia okey saja kan?".bergetar Puan Sari bertanya pasal perihal anak nya.
Zafiy menjawab salam orang tua Dayana sebelum dipersilakan keduanya untuk duduk bersebelahan dengan bangku sebelah miliknya.
Sempat lagi dia bersalaman dengan Encik Iskandar.Ayah Dayana.Wajah lelaki itu hanya tenang.Namun dia tahu di sudut hati lelaki itu turut resah memikirkan pasal anak gadisnya.
Mujur sahaja telefon Ezz Dayana tidak dipasangkan kunci.Hal itu telah memudahkan dia mencheck setiap list kenalan Dayana sebelum menelefon kedua orang tua gadis itu 30 minit yang lalu.
"Maafkan saya makcik.Dayana masih ada kat dalam.Doktor tengah periksa keadaan dia".ujar Zafiey lemah.
Terduduk Puan Sari sambil menekup mukanya menggunakan kedua belah tapak tangan.
"Ya allah.Anak aku...".rintihnya cukup sayu dipendengaran Zafiey.
"Sabar lah Maknya..Saya yakin Dayana takde apa2..Cikgu.cikgu tahu ke siapa yang buat anak saya macam tu?".soal Encik Iskandar sambil mengusap2 belakang isterinya.
Puan Sari segera mengangkat mukanya menghadap Zafiey.Turut inginkan jawapan.Zafiey telan liur..
"Saya tak pasti Pakcik.tapi yang saya tahu, saya baru nak lalu kat kawasan ladang tu sebab nak ajak kawan saya memancing tiba2 terdengar suara Dayana menjerit meminta tolong dari arah kawasan semak..Mula2 saya tak syak apa2.tapi lama kelamaan suaranya makin kuat.Saya pun berhentikan kereta kat tepi jalan sebelum ajak kawan saya untuk cari gerangan suara tu.Bila saya sampai aja kat kawasan semak tu...."..terang Zafiey.Nafasnya dihembus perlahan.
Puan Sari dan Encik Iskandar masih menunggu..
"Saya nampak dia kena tumbuk oleh seorang lelaki yang ditemani oleh rakannya 3 orang sebelum lelaki itu cuba merogolnya.Dalam keadaan Dayana tidak berdaya dan teramat lemah".sambung Zafiey Adlie..
Puan Sari kembali menangis.
"Masyallah...sungguh berat ujian yang kau berikan ini ya allah".lemah sahaja Puan Sari berkata.Encik Iskandar hanya tergeleng2.tidak sangka masih ada lagi manusia berhati binatang seperti itu di kampung mereka.
Otak lelaki tua itu juga mula memikir dan mentafsir sesuatu.Bekas polis...Memang sentiasa berfikiran seperti penyiasat.
Tiba2 dia teringatkan sesuatu.
"Zafiey...Pakcik nak tanya lagi satu soalan.Orang yang cuba rogol Dayana tu.Pakai motor ke?motor warna biru.Dan kawan2nya pula ada yang berwarna kuning dan merah?".soal Encik Iskandar dingin.
Kalau betullah tekaannya.Memang budak itu mencari nahas kepadanya.
"Tak silap saya...Memang ada pakcik.Motor mereka tersidai dan terselindung kat semak.Tapi itu pun saya nampak sekilas lalu sebab niat saya cuma nak selamatkan Dayana".jawab Zafiey.
Sah ! Budak tu..jerit hati Encik Iskandar.Penumbuknya digenggam.Namun dia tidak akan mengambil apa2 tindakan kotor.Cuma dia perlu berdepan dengan budak itu sahaja.Memberi dia pengajaran sedikit.
Kemunculan ahli keluarga Dayana termasuk abang long dan angah nya serta kakak2 gadis itu yang datang bersama suami masing2 menyentakkan lamunan Zafiey.
"Mama.....Abah".kata Abang Aliff.Selaku abang long Ezz Dayana..Ikram,Fatihah dan Umairah juga menyalami ibu bapa mereka.
"Abah.macam mana keadaan Dayana.Dia dah sedar ke?".soal Aliff.Dia yang tengah mengajar di dalam bilik kuliah selaku pensyarah turut terkejut dengan berita itu melalui panggilan telefon Encik Iskandar tadi.
YOU ARE READING
Cikguku Crushku
Любовные романыZafiey Adlie - Kamu tak boleh jatuh cinta dengan saya Dayana.Awak sendiri dah sedia maklum yang saya ne guru kamu ! Ezz Dayana -Saya cintakan cikgu ikhlas.Bukan kerana cikgu kacak ataupun kaya.Tapi kerana penampilan luar dan dalam cikgu. Zafiey Adli...