Part 33💖

6.5K 251 12
                                    

Tynie memandang Ekin.Mata gadis itu menerpa ke arah Nura pula.Nura menarik nafas.Jarinya mengetip lengan Nilam sedikit.

  "Aduh ! Apehal ?".soal Nilam sambil menyapu lengannya yang terasa pedas akibat di ketip tadi.

Tynie meleretkan matanya ke arah sang jejaka idaman di hadapan.Waktu itu adalah masa pengajian am.Kelas cikgu Zafiey ! Nilam curi2 pandang ke arah Zafiey.

'Ya allah.dah kenapa jantan ni macam tu?tak mandi ke apa?? Serabut habis aku tengok.Aduh !'..kutuk Nilam diam diam.

Sungguh teruk penampilan Zafiey tatkala itu.Dengan tali leher yang senget benget dan kemeja yang terkeluar dari seluar.Rambut pula jangan cakap.dah macam bapa ayam kehilangan anak.Ehh betul ke peribahasa tu ??

Ke dia ada ambil dadah ne ?? Pfttt ! Jangan merepek lah gila !

Bibir di gigit.Nak tegur ke tak??Zafiey sibuk menelaah kertas pelajar.Entahkan betul entahkan tidak.Sebab seperti termenung pun ada.

   "Ergh...cikgu..."tegur Nilam.hentam ajalah ! Kalau dia mengamuk nanti pandai2 kau lah nak redakan.Smack down dia sekali ke hempuk guna botol air.

Zafiey terkejut kecil.

  "Ya nilam?".soal Zafiey.Dia merasa amat lemah ketika itu.tenaga nya dihujung2 tanduk.

  "Cikgu ok tak? Kenapa saya tengok cikgu macam tak bermaya aja hari ni?".soal Nilam lagi.

Mendengarkan soalan itu.Kesemua pelajar mula memaku pandangan mereka ke arah Zafiey.Rupa2nya mereka semua sedar akan tindak tanduk guru itu.Namun mereka hanya buat2 tidak tahu kerana takut hendak menegur.Nanti tak pasal2 kena basuh tandas.Jatuh standard wooo....

  "Ok...cikgu ok aja ne.Kenapa ?".soal Zafiey.Dia mengusap kelopak mata yang berat.

Tynie dan lain mencebik.Kalau ok..tak adanya dia ne nampak macam orang tak waras.

   "Dah tu.kenapa kami tengok cikgu macam tak sihat..dengan pakaian cikgu macam tu.Rambut lagi.errr".takut2 Nura mengomen.

Zafiey melihat mereka dalam.Seluruh kelas itu dipandang.Terasa kosong jiwanya tika itu.Apa hal ne? Apa yang dia rasa sangat hilang dari pandangan dan hatinya ketika tu? Apa perasaan ne.Sakit sangat.

Dadanya di raba.Sakit !

Matanya dikedip2kan.Mahu tersembul mata Nilam dan lain bila satu persatu butir2 jernih mula mengalir dari celah kelopak insan yang bernama Zafiey.

Nilam menyiku2 perlahan rusuk Tynie.

Tynie memandang.Kenapa sebenarnya dengan cikgu tu ? Seperti soalan itu yang diajukan oleh mata Nilam.Tynie menjongket bahu tak tahu.

  "Cikgu.kalau cikgu rasa tak sihat.cikgu mc ajelah kelas hari ni.Nanti2 boleh juga kita sambung balik.Kalau cikgu rasa penat.cikgu rehat lah dulu.Kami boleh buat kerja yang cikgu bagi ne.Err kalau cikgu rasa nak luahkan something.Kami ada dekat sini untuk dengar luahan cikgu".kata Riana.

Nilam menjeling menyampah.Ceh ! Mengada2 betul betina sekor ne.Tapi memandangkan dia juga ingin tahu punca sebenar Zafiey begitu.Maka ditelan ke dalam hati saja kutukan itu.

Zafiey mengeluh.Perlu ke dia luahkan.Sedangkan hatinya sendiri keliru dengan perasaan yang dia alami.Dahi dipicit.

  "Entahlah Nilam..cuma cikgu rasa tak sedap badan sikit.Demam kali".ujar Zafiey.

Nilam dan lain mengangguk2 faham.Tapi terasa bukan itu jawapan sebenar.

'Aku tak percaya..Mesti ada sebab lain cikgu sembunyikan'.bisik hati Nilam.Riak muka Zafiey dipandang semula.

Cikguku CrushkuWhere stories live. Discover now