Part 58💖

7.7K 247 105
                                    

Sakit di kepala itu mungkin boleh di rawat.Tapi sakit di hati ini bagaimana hendak pulihkan? Mata yang melihat sudah naik berbulu dengan kemesraan yang kononnya SAWIT itu ditontonkan kepadanya. Dari pagi tadi dia menahan rasa sehingga ke waktu makan tengahari ini. Farah iaitu salah satu pekerja harapan Zafiey tengah sibuk menempel di depan lelaki itu.

Dayana menjelingnya tajam.Meluat pun ada.Mahu benar dia menarik rambut wanita itu biar tercabut terus dari kepalanya.Ni lagi sorang.Orang tengah tunggu dari tadi sebab nak mintak explain macam mana dia boleh dapat kerja dekat Syarikat ni sedangkan dia tak pernah hantar resume.Dan bagaimana si dia mengubah nama serta lokasi syarikat itu?dia memohon kerja di syarikat Bionic..tapi yang dia dapat?huh.

Daya mengipas-ngipas wajahnya menggunakan resume di tangan.Panas dow !

"Erk ehem...Tuan Zafiey.Lama lagi ke dengan 'urusan' tu?ketiak saya ne jenis yang mudah basah.Pakai deadorant banyak mana pun still basah.Ne kan pula nak menunggu sampai berjam di tempat ni. dah naik melekit duduk kat sini tau".tegurnya.

Gadis bernama Farah hanya menjeling.Zafiey geleng kepala.Tak senonoh betul lah minah ni.

"Give me 15 minutes.".Dayana menjulingkan mata ke atas.15 minit?tadi 20 minit.aku bertahan.then dia minta 30 minit.aku tahan lagi..sekarang ne 15 minit pula?kenapa tak sampai kiamat aja dia suruh tunggu kat sini?

"Kalau macam tu saya mintak diri dulu".pamitnya.Bersedia untuk meninggalkan ruangan itu

"Eh eh kejap.okey..Farah.u may to go.u have a lot of a works right?we can discuss it later.and girl..Dayana,you can sit here.".arahnya.

Dengan riak yang tak puas hati.Gadis bernama Farah itu bangkit juga dari duduknya.Bahu Dayana di langgar..

Eh eh eh minah ne melebih pula.Aku cabut bulu mata palsu kau tu karang..Bersama kemalasan tahap dewa.Dia duduk juga dihadapan lelaki itu.

"Awak ne kenapa sebenarnya?awak tak suka ke kerja kat sini?".soal Zafiey lembut.Dayana menjulingkan mata.

"Hello encik Zafiey..ada ke saya kata saya tak suka??saya ni dari tadi duk tercongok macam pocong depan encik.Tapi encik yang tak hiraukan saya.bila saya kata itu ini..encik cakap tunggu 10 minit..15 minit.30 minit..dah berapa kali dah encik ulang ayat yang sama.dan saya asyik menunggu sahaja..Saya rasa encik boleh kira lah kot dah berapa lama saya kat sini sampai naik kebas punggung saya.Kalau bagi air free.makanan free takpa juga..tak adalah bosan saya menunggu..nuh lagi satu..boleh tak kalau nak buat kerja tu.just buat kerja..bukan tunjuk adengan mengatal kat tempat kerja..ne bukan mata saya yang ne yang sakit tengok..tapi orang lain yang tengok tu sakit jiwa juga..Dah macam suami isteri dok dekat-dekat macam tu..ingat sweet sangatlah?"..ambik kau...bebelan gadis itu membuatkan Zafiey ketap bibir..Serasa nak ketawa.

Zafiey mengaru kepala yang tak gatal.

"Lah..saya buat kerja lah.manada saya mengatal kat tempat kerja..awak ada nampak ke?ada bukti?"..soalnya dungu.

Dayana besarkan biji mata.

"Habis tu biarkan si Farah the Ulat Bulu dekat dengan awak dah kenapa.Boleh kan duduk je macam saya ne.Amalkan sop.Social distancing..Takut nanti dia pembawa Corona Virus.tak takut ke?"..ujar Dayana lagi geram.Yang dia piii sampai topik korona ne pahal pula.Hahahah..

Zafiey ketawa besar.Dayana menjeling.

"Dah lah..Sekarang saya nak tahu.Macam mana saya boleh ada dalam senarai nama calon.Sedangkan saya isi nama kat syarikat lain.Tiber dapat kat sini".soal Dayana.

Zafiye berdehem.

"Owh..pasal tu.panjang ceritanya".

"Pendekkan"kata Dayana..

Cikguku CrushkuWhere stories live. Discover now