Matanya masih enggan tertutup meskipun jam telah menunjukkan 11.59 pm.Lagi 1 minit masuk jam12.Susunan nafasnya tidak teratur.Sekejap dia mengeluh.sekejap dia menarik nafas panjang sebelum dilepaskan kuat.
Ingatannya masih setia terhadap hal yang sudah berlalu 4 bulan yang lalu.Kejadian yang menyebabkan dia dan gadis tersebut terputus.Bukan tak ingin memujuk.tetapi keegoaannya mengatasi segala2.
"Uh....".keluh Zafiey lagi.Badannya mengiring ke kanan.Mata cuba ditutup namun terbuka semula.
Mengetahui dirinya masih tidak mampu terlena.Zafiey bangun dari perbaringan dan berjalan menuju ke balkoni bilik.Langsir panjang berwarna maroon diselak dan pintunya digeser ke kiri.
"Sejuknya malam ne..bintang pun tak ada.hari nak hujan ke apa".ujarnya sendiri setelah keluar ke luar.Dilabuhkan punggungnya ke atas buaian rotan yang ada di situ.
Kedengaran bunyi silir2 angin yang menerpa lembut ke atas setiap dedaun pohon.
"Confirm nak hujan..".katanya lagi.Tangan memeluk tubuh.
"Tapi selalunya bila nak hujan macam ne best aja bila nak lena.Asal aku tak boleh pula?"ujarnya.
Nak kata dia ada penyakit tidur tak ada juga.Cuma insiden itu sahaja yang menjadi racun bila masa dia ingin terlelap.Semuanya bermula sejak kepergian Dayana bersama Rayyan.
Nafasnya ditarik berat.Tangannya meraup dahi.
"Aku tak patut buat dia macam tu..Tapi aku tak mampu nak kawal rasa marah aku dan.."
Cemburu..
Ya dia cemburu ketika dia tahu Dayana akan keluar bersama Rayyan.
"Tapi...bukan salah aku benda tu jadi.Dia yang bersalah..kenapa dia tak terus terang saja yang dia nak keluar dengan Rayyan.kenapa bagi alasan yang bodoh ketika bersama aku.Tahu tak benda tu menyakitkan?".katanya lagi.Bercakap seolah2 membela diri.
Kepala didongak.Leher yang terasa lenguh dipicit2.
Namun bila dia teringat sahaja air mata yang mengalir deras di pipi gadis itu, serta merta timbul rasa bersalah yang amat mendalam.Belum lagi sewaktu gadis itu melutut memohon dan merayu kepadanya .
Ya allah..mata dipejam.Dadanya diraba.Memang sakit perasaan ini.Terasa dirinya amat bodoh dan kejam serta jahil waktu itu !
"Apa apa pun..dia tetap anak murid aku.Emm.bekas anak murid..dan aku memang sangat2 tak patut layan buruk dan tengking dia seolah2 dia masih kanak2...dia yang naikkan prestasi aku dekat sekolah tu dulu.Dia banyak buat baik dekat aku.Layan aku macam raja.".kata2 itu meniti di bibir.
Seakan akan dia baru tersedar dari mimpi yang panjang.Dia masih tak dapat sambung tidur.So nak buat apa ?
Zafiey berdiri menuju kedalam biliknya sebelum keluar semula bersama telefon di tangan.List contactnya di cari.
Rynah zvendra ! Ya kawan baiknya itu.Dia nak meluah sekarang ne dan dia perlukan tempat meluah.Rynah lah orangnya!
"Hello assalamualaikum ryn".Zafiey memberi salam setelah talian bersambung.
"Waalaikumsalam afiey..hah apehal ? Asal telefon aku tengah2 malam ne ? Mimpi ke apa?".soal Rynah bersama sindiran di hujung ayat.
Zafiey tertawa kecil.
"Hahaha.kau ne.tak ada lah.cuma aku tak boleh tidur lah wehh..mata aku tak dapat nak tutup.Sebab tu aku call kau ne nak ajak lepak kejap.Kau busy tak?".tanya Zafiey lagi.
Rynah yang ada di talian terkadang seperti bercakap dengan seseorang.Selang 2 minit barulah soalannya berjawab.
"Sorry sorry..aku tengah meeting dengan group kerja aku ne.Sebab tu lambat jawab pertanyaan kau tu.By the way why tak dapat tidur pula? Kau tak ada cuci kaki ke apa sebelum tidur tadi.".
YOU ARE READING
Cikguku Crushku
RomanceZafiey Adlie - Kamu tak boleh jatuh cinta dengan saya Dayana.Awak sendiri dah sedia maklum yang saya ne guru kamu ! Ezz Dayana -Saya cintakan cikgu ikhlas.Bukan kerana cikgu kacak ataupun kaya.Tapi kerana penampilan luar dan dalam cikgu. Zafiey Adli...