Part 28💖

6.5K 262 14
                                    

Ezz Dayana melangkah laju untuk kembali semula ke kelas.Air matanya diseka berkali kali sampaikan sembab mata gadis comel itu.

Kenapa aku nangis ? bodoh ! Aku tak sepatutnya menangis depan cikgu zafiey tadi.Malunya ! Terasa lemah dirinya tika itu.

Sesampai sahaja di kelas.Dia terus duduk di sebelah Nilam.Nilam yang perasan mata gadis itu mengerut dahi.

  "Weh...asal dengan mata kau tu?? Lebam semacam.kau menangis ke?".soal Nilam prihatin.Ezz Dayana mengeleng laju.

Keadaan gadis itu mengundang banyak persoalan di fikiran pelajar lain.Termasuk Riana.

Kenapa dah dengan minah tu??gila ke masuk2 dalam kelas aja mata tu semacam burung hantu.Deii yang aku sibuk pasal minah sewel tu kenapa? Not my problem ! Sumpah hati Riana.

   "Ezz cakaplah kat kitorang.Asal kau nangis?".tanya Nilam lagi.Dayana menekup mukanya menggunakan tangan sebelum menyebamkan muka ke permukaan meja itu.

Ya allah..

   "Bagitahu lah kitorang Ezz.Kau kenapa ne? Kitorang risau lah"pujuk Nura pula.Bahu gadis itu diusap2.

Ezz Dayana mengangkat kambali mukanya.Satu persatu wajah rakan rakannya dilihat.Dia kena luahkan semua.

  "Haah..cerita lah Ezz".kata Tynie.Dayana mengangguk kepalanya.Isyarat tubuh itu membuatkan keempat rakan baiknya mengambil tempat di meja Dayana dan Nilam.

  "Okey..ceritakanlah".desak Ekin.

Ezz Dayana mengenggam tangannya kuat.

  "Ni...ni tentang cikgu Zafiey".bisiknya perlahan.Takut didengari oleh pelajar lain.Dia takut bila dia bersuara terlalu kuat pasal Zafiey.

Tak pasal2 dia kena maki atau kena sindir oleh orang lain.Lebih2 lagi pelajar perempuan.Kenyang gamaknya nanti makan kasut dari pelbagai jenis jenama dan saiz.Pfttt !! Fuh !

Nilam memandang muka Tynie.Tynie pandang Nura.Nura melihat wajah Ekin.Ekin menatap semula wajah Dayana.

  "Kenapa dengan Cikgu Zafiey?".soal  mereka serentak.

Dayana yang dengar tergelak kecil.Time2 dia sedih ne pun sempat pula mereka buat lawak.

Okey.apa yang lawaknya ?? Continue. .
 
  "Ok then?".tanya Nilam tak sabar.Dia tak terkejut pun pasal berita tu.Sebab dia sudah  sedia maklum tentang tu tadi ! Sebelum Dayana keluar dari kelas untuk bertemu cikgu zafiey.

Mereka pun terkejut beruk juga.Yelah siapa sangka dalam diam Dayana menyimpan perasaan dekat Zafiey.Malah dia jadikan lelaki itu sebagai crush yang hidup dihatinya.Crush dia seorang guru guys ! Fuh..
 
  "Dia ada tanya pasal aku pindah tadi....".belum sempat Dayana meneruskan ceritanya.Tynie terlebih dahulu memotong cerita gadis itu.

  "I now it !! Dia memang suka kau ! Buktinya kenapa cekap aja dia tangkap cerita tu.Sedangkan hanya kita2 aja yang tahu".ujar Tynie.

Dayana mengeluh perlahan.Nura menepak dahinya.Manakala Nilam dan Ekin memandang tajam Tynie.

Tynie yang perasan hanya menayang sengih.

  "Erkk.hehehee.sorry2.sorry Ezz...okey teruskan cerita kau tadi.".ucap Tynie.Tu lah celupar sangat.

  "Emm..aku tak fikir dia suka aku pun Tynie..Aku tak rasa pun macam tu.Sebab dia ada cakap kat aku tadi yang dia tak kesah sangat pasal cerita ni.dia cuma perlukan kepastian saja.Sebab dia tak nak jadi penyebab kepada kenapa aku berpindah".ujar Dayana.

Terlopong mulut mereka berempat.Sampai macam tu sekali ?! Nilam merengus kuat.Apa kejadahnya lah cikgu cakap macam tu.

  "Eiii ! Sakit pula hati aku dengar kau cerita ni.Nak jerk aku tonyoh2 mulut dia guna cili.Tak ada insurans langsung..Orang tengah sedih cuba lah pujuk ke cakap baik2 ke.Ni still kurg ajar.Aku tak tahu lah dia tu.Guru ke babi ?".marah Nilam.

Cikguku CrushkuWhere stories live. Discover now