Part 4💖

7.5K 297 2
                                    

"Bangun.....Selamat pagi cikgu .".Kata Mohammad Aliff selaku ketua kelas.

"Selamat pagi cikgu"..Arahan tadi di turut diikuti oleh rakan2nya yang lain.

  "Selamat pagi murid2..kamu semua boleh duduk".ujar Zafiy Adlie.Waktu itu adalah matapelajaran bagi pengajian am di mana kedua buah kelas digabungkan sekali disebabkan oleh faktor kekurangan guru.

Kesemua murid F6A1 dan F6A2 serentak duduk.Zafiy Adlie meletakkan buku mengajarnya di atas meja.

Kemudian dia berpaling semula untuk melihat wajah pelajarnya satu persatu.Senyuman manis sentiasa dikekalkan di bibirnya yang berwarna merah.

Dari meja hadapan sekali yang diduduki oleh Muhamad Aliff dan rakan2nya.Matanya meliar ke arah belakang.Kelihatan wajah2 geng Riana yang sedikit masam tatkala matanya singgah di meja mereka.

Namun dia hanya tersenyum.Tahu lah dia apa punca wajah kelima gadis itu seperti asam keping.Mesti pasal kes semalam.Zafiy tergeleng2 perlahan.

Kemudian dia menyambung semula pandangannya melihat ke arah hadapan semula.Tepat di wajah Nura dan Ekin..Dia melemparkan senyuman dan turut dibalas oleh kedua gadis itu.Senyumannya masih kekal di bibir.

Matanya dihalakan lagi ke hadapan sikit... dan...

Nilam tengah tersenyum kambing melihat padanya .Namun apa yang mencabar egonya.Apabila tangan gadis itu tengah sibuk menolak2 kepala seseorang yang tengah sedap 'landing' di atas meja yang bersebelahan dengan mejanya.

Melihatkan perkara itu.Mati terus senyumannya.Kepalanya tergeleng2 kesal..

"Kenapa lagi ne Nilam?".tanya Zafiy Adlie.kedengaran rakan2 sekelas mereka yang lain tertawa besar melihat adengan itu.

  "Ergg...entah cikgu..saya tak tahu dia ne ..tiba2 aja tertidur..Mengantuk rasanya".Nilam cuba memberi alasan..Namun Zafiy tidak dapat menerima alasan sebegitu.Dia perlu tegas sedikit di dalam hal ini.

Bersama dengusan.dia berjalan menuju ke arah meja Ezz Dayana.Nilam mengigit bibir.

'Habislah dia ini kali.Adoi Ezz'.keluh Nilam di dalam hati.

  "Ezz Dayana...Bangun !".seru Zafiy Adlie.Namun langsung tidak memberi sebarang kesan kepada gadis itu.

Betullah dia ne telinga kuali..

  "Saya kata bangun Ezz Dayana..Awak fikir sekolah ne hotel ke hah !".kali ini suaranya betul2 di lubang telinga gadis itu yang bersalut dengan tudung.

Seperti beruk,gadis itu terkejut besar sampai dia terpelesok lalu jatuh terduduk di atas lantai kelas tersebut.

"Aduh !".Suasana kelas telah bingit dengan gelak ketawa yang tak henti2 dari pelajar2 yang lain.Tak ketinggalan rakan2 Ezz Dayana juga turut mentertawakan dirinya..

Tak guna punya kawan...

Zafiy Adlie merengus perlahan.

  "Silent please.Both of you".agak keras sedikit suaranya ketika itu membuatkan ketawa mereka mati serta merta.Sedikit gerun.

Dia menghalakan semula pandangannya.ke arah Ezz Dayana yang tengah menepuk2 tulang pinggulnya.Kelihatan wajah gadis itu telah bertukar warna merah.Dia tahu Ezz Dayana malu disebabkan insiden tadi.

Bersama tangan yang bercekak di pinggang.

  "Dayana...ini dah kali kedua saya tangkap awak tertidur dalam kelas kelas.Apa yang awak fikir huh.Awak memang macam ne ehh.Saya boleh bertimbang rasa sekiranya alasan untuk awak lakukan hal ne bernas.Tetapi jika setakat awak suka2 disebabkan mengantuk....".ceramahnya terhenti seketika untuk mengambil nafas.Ezz Dayana hanya mendiamkan diri dengan menundukkan mukanya dari melihat Zafiy Adlie.Dia berasa amat malu.

Cikguku CrushkuWhere stories live. Discover now