Part 51💖

5.7K 224 14
                                    

  "Aku cakap tak nak.tak nak lah.kau faham ke tidak ?! ".herdik Dayana.Sepasang tangan  yang cuba menyentuh luka di sikunya itu ditepis perlahan.Naik turun dada nya menahan geram.

Takde telinga betul lah dia ne ! Taik telinga banyak agaknya.

Puan Sari yang sibuk membancuh minuman petang di dapur menjengah kepalanya melihat Dayana.

  "Hah dah kenapa kamu terjerit-jerit tu.Ada masalah ke?".spontan saja mamanya itu bertanya.

Dayana mencebik bibir.Dia masih berusaha menolong tangan yang dok gatal nak sentuh lukanya.Sakit tahu tak !

  "Anak angkat kesayangan mama ne lah asyik nak mengatal aje dari tadi.Tak boleh nak duduk diam kejap.Ezz rimas lah layan dia ne.".rungut Dayana.

Dia mengaru2 telapak tangan yang gatal.Puan Sari tertawa kecil.

  "Lah biarlah..dia kan nak bermanja dengan kamu.Bukannya selalu pun dia terconggok depan kamu tu.Sekali sekala berilah dia perhatian Ezz.".perli Puan Sari.

Menjegil mata Dayana.Wth lah mama ne..bukannya dia tak nak bagi perhatian or what.tapi dalam keadaan dia sekarang ne.Manalah dia ada mood nak melayan 'kemanjaan' yang kononnya diinginkan dari dirinya itu.Huh.

  "Nanti nantilah Ezz bagi..ishh...tepi lah".nak tak nak terpaksa juga dia gunakan cara yang sedikit keras.

Puan Sari mengeleng kepala.Dia keluar bersama dulang di tangan.Dulang tadi diletakkan di atas meja sebelum mengambil tempat di sebelah Dayana.

  "Asyik nak marah je kerja kamu ne.Datang bulan ke apa".sindir Puan Sari.

Memerah muka Dayana.

  "Mana adalah mama".jawabnya.

Wanita itu hanya menjongket bahu.Tubuh yang berbulu lebat berwarna putih bersama loceng dileher itu diambil sebelum dipeluk erat.

  "Rio kacau kakak eh..sampai kakak marah2 macam hantu".tegur Puan Sari.

Kucing yang bernama Rio itu hanya mengiau sambil memandang tuannya.Seolah olah faham dengan soalan yang diaju oleh wanita itu tadi.

Dayana menjeling halus.Nasib baik mood aku elok sekarang ne.Kalau tak aku cabut cabut bulu kau sampai botak licin habis.Biar takde kucing betina nak dekat kau tu.Ujar gadis berbaju merah itu di dalam hati.

  "Dah dah..jom makan kat dapur sana.Mama ada siapkan makanan kamu dekat mangkuk..come".Badan berbulu lebat Rio diangkat sebelum kelibat Puan Sari hilang di sebalik dinding.

  "Huh selamat mood aku.Kalau tak eiiii aku picit2 perut kau yang boroi tu.Dasar kucing debab"kata Dayana.Dia menepuk2 bulu yang melekat di baju.

Nak kena tukar pakaian lagi lepas ne.Takkan nak pakai baju yang penuh dengan bulu si Rio ne pula.Gatal karang badan aku...

Dayana berlalu ke dapur untuk membasuh tangan.kelihatan mamanya itu sibuk mengusap belakang badan Rio yang tengah makan.

Dalam diam dia simpan senyum.Puan Sari memang penyayang.Kalau boleh semua jenis kucing dia nak angkut dalam rumah ne.Nasib sahaja Encik Iskandar iaitu abahnya tidak mengizinkan.Kalau tidak dah lama rumah ne penuh dengan kucing.

  'Bukan dengan kucing aja.dengan taik2 dia sekali penuh dekat kawasan sofa rumah kau atau bilik kau.kau nak ke ?'.bisik satu suara.Mati terus senyuman Dayana.Agak gerun lah juga bila memikirkan benda itu.

Bau yang meloyakan.Lepas tu nak kena basuh lagi.Nak kena pungut lagi.Oh no ! Tak nak..

  "Apasal kamu tercegat kat situ pula Ezz?? Jom tolong mama basuh badan si Rio ne.Nak kena mandi dah.Takut nanti berkutu kucing ne".ajak Puan Sari.

Cikguku CrushkuWhere stories live. Discover now