Part 11💖

6.9K 248 7
                                    

Zafiey bergegas pergi ke Hospital Tungku Ampuan Rahimah dengan kadar yang agak laju.

Kereta Honda Civicnya diletakkan ke tempat parking kereta.Kunci kereta ditekan lalu kakinya menuju ke arah wad wanita.

Beberapa jururawat wanita yang melemparkan senyuman ke arahnya di balas hambar.Tidak kurang juga pelawat2 wanita tidak kira umur yang terlalu leka memandangnya .Entah apa yang dikesahkan sangat.

Dari jauh kelihatan Encik Iskandar dan Puan Sari sedang berkata.Sepertinya berbincang tentang sesuatu.

Lihat sahaja kelibat Zafiey.Kedua orang tua itu terus melemparkan senyuman manis.di balas mesra oleh Zafiey.

"Assalamualaikum.Pakcik..Makcik.Maaflah saya agak lambat.Jalan jammed tadi. Biasalah bandar bila dah nak menjelang petang.Sibuk sangat".ucap Zafiey.Kedua suami isteri itu hanya mengangguk.

"Waalaikumsalam.Tak mengapalah Zafiey.Pakcik faham.Lagipun kamu datang ne bukannya lewat sangat".jawab Encik Iskandar.Zafiey menghembus nafas lega.

Namun seketika kemudian terdengar suara Ezz Dayana yang seperti menjerit meminta tolong.Entah apa yang berlaku.

Bergegas laju mereka memasuki bilik sakit yang menempatkan Ezz Dayana.

Kelihatan gadis itu meronta2 ketika Aliff sedang memegang erat tangannya.

"Lepaskan aku !!! Lepas lah !".pekik Dayana.Puan Sari kembali mengalirkan air mata.Sepertinya trauma gadis itu tidak berkesudahan.Encik Iskandar tergeleng2.

"Ezz..ini abang lah.Jangan lah macam ne..Ezz tak kesian mama dan abah ke.Tak kesian dengan along?penat tau along nak pergi kat sini semata2 nak jenguk Ezz.Sudah2 lah tu sayang.Lupakan aja yang dah berlalu.Lelaki yang cuba nak buat sesuatu kat Ezz tu pun dah kena tangkap.".pujuk Aliff.Ikram dalam perjalanan..

"Tak nak ! Lepas..Ezz dah kotor..takde sape yang nak dekat dengan Ezz lagi.Ezz jijik dengan diri Ezz..Along lepaskan tangan Ezz.Baik Ezz mati aja long.ezz malu.....".ujar gadis itu dalam tangisnya.Rontaannya semakin lemah sebelum dia menekup mukanya menggunakan kedua tapak tangan.

Zafiey melihat keluarga gadis itu.Semuanya kelihatan sayu.Dia memahami situasi yang Ezz Dayana alami.

"Macam tu lah dia Zafiey..Pakcik pun tak tahu nak kata apalagi.Bila dia tersedar aja dari tidur dia.Macam tu lah jadinya.Asyik meracau tak tentu hala.Dia terlalu trauma dengan apa yang berlaku".kata Encik Iskandar..Hati abah mana yang tidak kasihan melihat anaknya seperti tidak terurus.Hidupnya huru hara.

"Sabarlah pakcik.Saya yakin ada hikmah di sebalik semua ne.".pujuk Zafiey.Bahu orang tua itu ditepuk2 perlahan.Encik Iskandar hanya tersenyum.

Zafiey mendekati Ezz Dayana yang masih berteleku seperti tadi.

"Izinkan saya".kata Zafiey.Kesemua mereka yang ada di bilik itu termasuk Ikram dan adik2nya yang baru sahaja sampai itu mengangguk.

"Dayana....".seru Zafiey.Dayana yang terdengar namanya diseru segera melihat wajah itu.Zafiey tersenyum manis.

Tiba2 mata Ezz Dayana terbeliak besar.

"Kau ! Jangan dekat dengan aku ! Keluar.Keluar aku kata !!! Pergi !!".ujar Ezz Dayana.Tangan Zafiey di tolak2 kasar.

Zafiey cuba mengeraskan lengannya.

"Ezz Dayana.Dengar dahulu apa yang saya cuba nak katakan ne..".pujuk Zafiey.Gadis itu meronta terlalu kuat.Terkadang pergerakannya pun Zafiey tak terfikir dek akal.

Gadis itu menekup kedua telinganya.Gayanya seperti itu dah macam orang tak waras.

"Tak nak !saya tak nak !..cikgu tolong keluar dari sini ! Saya tak nak tengok muka cikgu ! Keluar !!!! ...".kata gadis itu lagi.Zafiey tergeleng.

Cikguku CrushkuWhere stories live. Discover now