Tepat jam 2.30 petang..Ezz Dayana telah sampai ke rumahnya.Ezz Dayana hanya mempunyai 6 orang adik beradik.Di mana dia merupakan anak ke-5 kerana dia mempunyai seorang adik perempuan yang baru berumur 5 tahun lebih.Gadis itu juga mempunyai 2 orang abang dan 2 orang kakak.Ada yang telah berkahwin.dan ada yang menyambung belajar..
Tiba sahaja dia di rumah.Ezz Dayana mengatur langkah laju menuju ke dalam bilik tidurnya.Keluarganya tidak lah kaya sangat.Mama nya Puan Sari sekadar suri rumah sepenuh masa.Manakala Abahnya pula iaitu Iskandar seorang pesara Polis.
Jadi rumah yang mampu di buat dengan titik peluh abahnya itu hanya sebuah rumah kayu.Namun Puan Sari seorang yang rajin kerana dia sering berjual kuih atau sayur2an segar yang dipetik dari kebun mereka.Jadi dapatlah membantu Encik Iskandar menyara keluarga.
"Penatnyaa.......huh.".keluh Ezz Dayana.
Mengenangkan betapa banyaknya kerja sekolah yang diberi oleh guru2nya sepanjang hari tadi lebih membuatkan dia berasa serabut.
"Lapar lah pula..." ..ujarnya lagi sambil mengusap perut.Tak senonoh betul...Dah lah sepanjang kelas Puan Suhina tadi dia asyik tidur.Sampai dapat juga dia merasa cubitan di perut dari gurunya itu.
Kalau tidur yang mendamaikan suasana tak apa juga.Ini??dengan dengkuran nya yang boleh didengari oleh seluruh alam semesta ini..Telinga gajah pun boleh tercabut.
Badannya di baringkan ke atas katil..Pakaian sekolahnya yang berpeluh diabaikan seketika..
Matanya tertutup perlahan-lahan..penat tak mengenal erti bau badan.Itu prinsipnya selepas dari sekolah🤦♀️..Namun bila teringat dia masih belum menunaikan solat Zohor..Segera dia bangun semula mencapai tuala mandi di tempat penyidai.
"Hah Ezz...macam mana sekolah hari ne?ok tak".Soal Puan Sari yang sibuk menghidangkan makanan di atas meja. Sempat lagi dia nak menegur Ezz Dayana yang ingin berlalu memasuki bilik mandi.
"Hemm..bolehla Mama" jawabnya pendek.
"Yelah tu.Baguslah kalau ok..".balas Puan Sari.Tangannya sibuk mengacau air nescafe untuk Encik Iskandar.
"Mama masak apa hari ne?".Tanya Ezz Dayana.Tuala ditangan disangkutkan ke atas bahu kanannya.
"Mama masak sayur pucuk pakis belacan dengan ikan masak hitam aja ne.Kamu dah solat zohor ke?kalau belum solat..pergi mandi dan solat dulu.Lepas tu makan..faham".arah Puan Sari.Ezz hanya menganguk.
Jarinya hanya membentuk simbol 'okey'.Lalu dengan agak laju dia menuju ke dalam bilik mandi.
Nak mandi..
Nak solat.....
Nak makan....
Lepastu nak tidur...Pemalas betul punya perempuan .Patutlah badannya dah naik 2 kilo..Wow !amazing Ezz Dayana..
♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡
"Dah sampai Afiy..".tegur Datin Qarina.Zafiy menganguk.Tangan ibunya disambut lalu dikucup hormat.Sayang dia pada wanita yang bersusah payah mengandungkannya selama 9 bulan ini tidak terkira banyaknya..
"A'ahh ibu..Maaflah Afiy lambat.Ada urusan sikit kat sekolah tadi"jawab Zafiy sambil melonggarkan tali lehernya.Butang kemejanya juga dibuka dibahagian pergelangan tangan.
"Takpelah Afiy..Ibu faham..Afiy dah makan?"soalnya lagi sambil mengusap kepala anak sulungnya itu.Dia hanya ada 2 orang anak hasil daripada perkahwinannya dengan Dato Mukhriz.Seorang lelaki dan seorang perempuan.
Kedua beranak itu berjalan serentak menuju ke ruang tamu.Kelihatan Dato Mukhriz yang sedang duduk di atas sofa berwarna kelabu dan berbadan emas sambil membaca surat khabar.
YOU ARE READING
Cikguku Crushku
RomanceZafiey Adlie - Kamu tak boleh jatuh cinta dengan saya Dayana.Awak sendiri dah sedia maklum yang saya ne guru kamu ! Ezz Dayana -Saya cintakan cikgu ikhlas.Bukan kerana cikgu kacak ataupun kaya.Tapi kerana penampilan luar dan dalam cikgu. Zafiey Adli...