Subuh yang hening.Usai sahaja Ezz Dayana menunaikan solat subuh.Dia pantas berdiri dan melabuhkan punggung ke atas tilam.Sejadah dan telekung di lipat rapi sebelum diletakkan di birai katil.
2 kali dia menarik nafas dalam dalam sebelum dihembus perlahan.
"Betul ke apa yang aku buat semalam tu.aduh.. ?? Ish apahal aku cakap macam tu kat dia.mulut ne lah tak boleh kontrol !nampak sangat aku masih tak boleh lupakan benda tu.Mesti dia akan fikir yang aku berdendam..Aduh...".katanya sendiri.bibir bawahnya digigit perlahan.
Malas nak berfikir panjang.Dia kembali berdiri dan meluruskan badan.Melakukan sedikit senaman ringan.
Jam dikerling
'6.50 am...rasanya baik aku sediakan sarapan pagi untuk diorang'.fikir Dayana.
Dia kemudian berlalu ke luar.Berjalan dengan teliti melusuri setiap anak2 tangga yang ada.Kemudian langkahnya dituju ke arah dapur.
"Asal gelap sangat dapur ni.Ish".
Suis lampu ditekan dan automatik lampu di dapur itu terpasang.
Dia membuka peti sejuk.Mengeluarkan bahan2 untuk nasi goreng.Sayur campur,sosej..Diambil bilis dan sedikit isi ayam .Diletakkan bahan2 mentah itu ke dalam balang.
Lalu dia mula menghiris kecil2 bahan berkenaan menggunakan pisau.
Pisau?
Seperti tersedar akan sesuatu.Dayana membelek jari yang 'luka' semalam.Teringat pula kejadian tu.Zafiey.......
Aduhai ! Kepalanya di geleng2..
Cukup tu ! Jangan terlalu fikirkan orang lain sangat.
Dayana kembali meneruskan tugasnya.Siap sahaja bahan2 mentah itu.Dia berpaling untuk mengambil beberapa ulas bawang.
"Aik ??mana pergi bawang2 tu semua ?".soalnya.Dahi yang cantik itu berkerut.Matanya melilau ke sna sini.
Kabinet bawah di buka.
"Tak ada juga.Mana bawang2 tu.Ne mesti mama letak dekat tempat tersorok sebab takut Wita kacau".
Yalah adik bongsunya itu boleh tahan nakal juga.Pantang nampak bahan sikit.Mulalah nak buat itu ini..Buat selerak dapur aja..Sudahnya dia yang menjadi mangsa.
Matanya tertancap di bahagian atas kabinet.
"Hah tu pun dia ! Tapi tinggilah pula.Alah2..macammana ne Ezz oii".dia mengetuk2 kepala.
Nak panjat guna kerusi.dia rasa gayat.Sebab dulu dia pernah terjatuh dari kerusi sampai menyebabkan sedikit keretakan di tulang sikunya.
No no no..dia tak nak panjat kerusi..Dia dah serik !
Habis tu macam mana ne...rasa nak nanges lah pula😂
Ezz Dayana berjingkit2 untuk mencapai balang berwarna hijau tersebut.
"Sikit lagii...sikitttttttttt lagi nak dapattttt..come on Ezz"..jengket dan jengket.
Tatkala dia berusaha mendapatkan bawang.Satu pasang tangan telah mengambilnya terlebih dahulu.
Ah sudah ! Tangan siapa pula ne.Bau yang seperti dia kenali menusuk laju ke dalam rongga hidung.
Perlahan lahan dia berpaling dengan sedikit keberanian..
3 2 1 and...ting ! Matanya tertancap ke arah wajah yang betul2 benar2 amat2 dia kenali...serta merta matanya membulat besar
Zafiey ! Lelaki itu memandangnya dengan wajah yang serius.Gulp ! Dayana menelan air liur.
YOU ARE READING
Cikguku Crushku
RomanceZafiey Adlie - Kamu tak boleh jatuh cinta dengan saya Dayana.Awak sendiri dah sedia maklum yang saya ne guru kamu ! Ezz Dayana -Saya cintakan cikgu ikhlas.Bukan kerana cikgu kacak ataupun kaya.Tapi kerana penampilan luar dan dalam cikgu. Zafiey Adli...