Hari yang dinanti tiba .Dia tidak menyangka bahawa hari ini dia akan bergelar tunangan orang .Cincin dijari manis direnung sayu .Kenapa mesti aku ? Soalan yang tidak pernah ditemui jawapannya .Dia menerima bukan kerana cinta namun keranauminya .Dia bermimpi ketika terlena dalam tangisan .Uminya datang dengan wajah yang berseri serta berbau harum .Senyuman yang mekar di bibir mengubat rindu yang sekian lama bermaharaja lela di hati ."Wilda Qaleesya ,umi tahu Wilda Qaleesya boleh buat keputusan yang terbaik .Serahkan semuanya pada Allah .Jika kita bersangka baik pada takdir yang telah ditetapkan oleh Allah nescaya perkara yang baik akan hadir ." Terjaga dari mimpinya ,dia menangis semahunya .Dia terlalu rindukan uminya .Dia merasakan uminya datang memberikan jawapan kepada segala kebuntuannya .Dia merasa lapang dan redha dengan pertunangan itu .Wajah riang abinya bermain di mata .Kakak dan abangnya turut tersenyum kegembiraan .Perasaan hiba mencengkam .Betapa sayangnya mereka pada aku .Mereka yang terus menerus menarik aku dari jatuh .Mereka yang selalu mendorongku tanpa lelah ."Naily okay ?Kenapa nangis ni ?' Sapa kakak mematikan lamunan ."Okay kak .Naily berdebar je " Senyuman dihadiahkan ."Tarik nafas .Doa banyak banyak .Lagipun tempoh pertunangan Naily cuma 3 bulan saja dan terus langsungkan perkahwinan .Dah besar dah adik kakak seorang ni " Pipi ku ditarik .Berkerut Naily menahan sakit .Naily menarik muka "Ha tarik muka tu haha pipi dah merah macam buah tomato" Kakak menyakat .Naily turut tergelak ."Pihak lelaki dah sampai" Abang menyergah .Abang mengenyit mata nakal mengusik Naily yang berdebar .Tidak pernah sekalipun melihat siapakah gerangan tunangannya .Yang diketahui cumalah umur sahaja .Tangan mula terasa sejuk ,jantung berdetak laju .Rombongan lelaki masuk ke rumah .Naily menunduk malu ."Naily .Salam lah mak mertua Naily " Ujar Abinya .Naily mengangkat wajah .Terpana .Pandangan bersatu .Dia juga kelihatan terkejut .Apa yang berlaku ?
YOU ARE READING
Kasih Qaleesya
Short StoryWilda Qaleesya Sinar mentari menerangi ruang kamar .Kegelapan beransur pergi perlahan .Tika di pagi hari kicauan burung kedengaran .Keindahan alam yang dicipta maha kuasa jelas menceriakan suasana . *tok tok * Ketukan di pintu kedengaran .Terjen...