Keluarga di Malaysia sudah diberitahu .Jelas kebimbangan mereka terutamanya abi .Dia tahu Naily pasti dalam kesedihan .Atas kebenaran pihak hospital,Rayyan dibenarkan pulang .Naily tidak mahu menjalankan pembedahan .Dia tidak berani mengambil risiko .Dia tidak sanggup kehilangan Rayyan terlalu cepat .Mereka akan berangkat pulang ke Malaysia .Rayyan berhasrat untuk tinggal di Malysia .Tanpa pengetahuan Naily ,Rayyan bertemu dengan doktor .Doktor mengatakan bahawa masanya untuk hidup lebih kurang dalam 4 bulan sahaja .Tetapi kuasa Tuhan melebihi segalanya .Rayyan menerima dengan redha .Setibanya di Malaysia ,Rayyan dipeluk erat oleh abi .Kakak memeluk Naily .Naily sedaya upaya menahan air mata dari mengalir .Dia tidak mahu menunjukkan kesedihannya .Setiba di rumah ,Rayyan keluar bersama dengan abang Naily .Naily membiarkan mereka meluangkan masa bersama .Naily duduk keseorangan di taman rumahnya .Dia mengusap perutnya .Dia buntu .Bagaiman dia ingin khabarkan berita gembira di kala suaminya sedanhg menanggung kesakitan .Settik demi setitik air mata jatuh .
"Naily" Naily menyeka air matanya tatkala mendengar suara abi .Dia tersenyum . "Naily kuat ye sayang .Berdoa pada Tuhan .Luahkan pada Dia .Sesungguhnya Dia yang maha mendengar .Ada hikmah kenapa ini semua terjadi pada Naily .Ada hikmah kenapa Naily yang harus tanggung dugaan ini .Sebab Allah tahu Naily kuat .Naily mampu hadapi dugaan ini .Tuhan sayangkan Naily " Tangisan meledak .Naily teresak esak .Sungguh peritnya dugaan mu Ya Tuhan .Naily dipeluk erat .Dia turut merasa penderitaan anaknya itu .Naily mengangkat wajah
"Abi ,Naily takut .Naily takut Rayyan akan pergi dahulu sebelum sempat menatap wajah anak kami ." Ujar Naily sambil memegang perutnya .Abi terpaku .Ya Tuhan begitu berat dugaan Mu pada anak ku .Dua beranak itu menangis ."Naily sayang ,abi yakin anak yang dikandungkan tu rasa apa yang Naily rasa .Naily mesti kuat .Jangan sesekali mengalah ." Naily mengangguk lemah .
Malam menjelma .Usai menunaikan solat ,Naily memanggil Rayyan duduk di beranda biliknya .Angin sepoi sepoi bahasa .Naily memandang wajah cengkung Rayyan .Rayyan menghadiahkan senyuman "Sayang nak cakap apa ?" Tanya Rayyan ."Abang ,sejak kita berkahwin abang tak pernah berkasar dengan sayang .Abang didik sayang dengan lembut .Sayang beruntung .Abang lah yang membimbing sayang menuju ke jalan Allah .Dan dengan itu sayang ingin membalas kasih sayang abang " Rayyan berkerut .Apa yang cuba disampaikan oleh Naily .Naily menarik tangan Rayyan dan meletakkan di perutnya .
"Ucap selamat datang pada anak kita abang"
YOU ARE READING
Kasih Qaleesya
Short StoryWilda Qaleesya Sinar mentari menerangi ruang kamar .Kegelapan beransur pergi perlahan .Tika di pagi hari kicauan burung kedengaran .Keindahan alam yang dicipta maha kuasa jelas menceriakan suasana . *tok tok * Ketukan di pintu kedengaran .Terjen...