Mata dibuka .Kepala terasa bagai dicucuk dengan jarum bertalu talu .Dia terlihat seseorang yang amat dikasihinya sedang berteleku di atas sejadah .Lama dia perhatikan insan itu .Kedengaran tangisan halus .Insan yang tadinya diam mebisu kini menekup mukanya menggunakan tangan .Badannya bergetar menahan esak .Air mata jatuh di pipi Rayyan .Sungguh sakitnya hatinya melihat insan yang disayanginya sebegitu .Dia yakin ,Naily pasti sudah tahu akan penyakit yang dihadapinya itu ."Wilda Qaleesya" Panggil Rayyan lembut .Naily menoleh ,memandang Rayyan dengan wajah yang bersisa air mata .Naily bangkit ,segera menyeka air mata .Dia menuju ke arah Rayyan .Senyuman diberikan .
"Abang dah bangun ? Lama sangat lah abang tidur .Sayang rindu tahu" Ujar Naily manja .Kesedihannya jelas disembunyikan .Dia tidak mahu menunjukkan kesedihan kepada Rayyan .Dia ingin memberikan semangat kepada suaminya itu .Rayyan menggapai tangan Naily .
"Kesian Wilda Qaleesya abang .Maaf ya sayang abang buat sayang sedih "Setitik air mata jatuh dari tubir mata Rayyan .Naily mengucup dahi Rayyan ."Sayang tak sedih abang .Sayang gembira sebab abang dah sedar .Itu pun dah cukup buat Naily .Abang lapar ?Nak Naily suapkan bubur tak ?"Naily cuba menukar topik perbualan ."Mestilah nak .Sayang dah lama tak suap abang .Cepat laaa lapar ni"Rayyan merengek .Raut wajah pucat Rayyan jelas menunjukkan kegembiraan walaupun senyuman yang terukir tampak lesu ."Sayang basuh tangan sekejap ya .Tunggu tau " Senyuman dilemparkan .Naily bergegas ke tandas .Pintu dikatup rapat .Naily terduduk .Mulutnya ditekup .Dia teresak esak .Sungguh perit hatinya melihat keadaan Rayyan yang sebegitu .Bertambah perit melihat senyuman palsu yang diberikan .Dia tak kuat .Dia takuy .Dia tidak mahu kehilangan Rayyan .Begetar tubuhnya menahan tangis kerana bimbang Rayyan akan mendengar .Ttapi sangkaannya meleset .Rayyan sudah pun mengetahui bahawa Naily sedang menangis .Dia tahu Naily terseksa .Rayyan tidak dapat membendung kesedihan .Hatinya sakit mendengar tangisan Naily .Ya Tuhan ,seseungguhnya hanya Engkau yang mengetahui isi hati kami .Berikan kami kekuatan .Sungguh ,aku sangat menyayangi hamba Mu .Rayyan menyeka air mata di pipinya .
YOU ARE READING
Kasih Qaleesya
Short StoryWilda Qaleesya Sinar mentari menerangi ruang kamar .Kegelapan beransur pergi perlahan .Tika di pagi hari kicauan burung kedengaran .Keindahan alam yang dicipta maha kuasa jelas menceriakan suasana . *tok tok * Ketukan di pintu kedengaran .Terjen...