Part 19

108 8 0
                                    

" Abah ,Qay nak tanya sikit boleh ?" Qayyum teragak agak untuk mengajukan soalan ."Ya Qay .Tanya lah" Abahnya yang sedang membaca surat khabar menghentikan bacaanseketika untuk mendengar bicara anaknya ."Erm abah ingat tak kawan abah yang kita jumpa masa kat airport ?" Abahnya mencongak ."Ouh ingat .Salehuddin .Kenapa Qay ?"Abahnya teruja .Qayyum sedikit gelisah ."Hm macam ni abah .Kan dia ada anak perempuan nama Naily kan ?Sejak balik dari airport tu ,Qayyum asyik fikirkan dia je .Setiap kali terbayang ,Qayyum akan buat solat taubat sebab Qayyun takut akan jadi zina hati .Qayyum sendiri tak faham kenapa .Abah pun tahu kan Qayyum susah nak sayang orang .Entah macam mana Qayyum boleh jatuh kasih pada dia .Dan anak kecil yang dikendong tu betul betul menarik perhatian Qayyum ." Panjang lebar Qayyum luah pada abahnya .Abahnya setia mendengar ."Qayyum ,sayang itu fitrah .Setiap orang pasti rasa .Ya abah tahu Qayyum susah sayang orang ,tapi sekali Qayyum dah sayang ,Qayyum akan jaga betul betul .Alhamdulillah Qayyum serahkan perasaan tu pada jalan yang betul .Qayyum ,mintak petunjuk Tuhan .Kalau betul dah tertulis Naily jodoh Qayyum ,abah turut gembira ." Ujar abahnya sambil menepuk bahunya .Qayyum mebalas dengan senyuman lega .Dia harus meminta petunjuk Allah .

Selesai menunaikan solat istikharah ,Qayyum duduk berteleku .Dia memanjatkan syukur pada Illahi kerana memberikannya ketenangan .Meskipun dia masih belum mendapat jawapn ,namun dia yakin Allah pasti membantu .Sam ada cepat atau lambat dia sedia menunggu .

Keesokan paginya ,Qayyum telah menyatakan hasratnya kepada abahnya untuk mengadakan kenduri kesyukuran .Abahnya setuju .Qayyum berhasrat untuk menjemput Naily namun dia tidak tahu bagaimana Dia keluar dengan adik perempuannya ,Masyitah untuk membeli barang kenduri ."Adik tunggu kejap ya ,abang nak pergi beli aiskrim .Adik duduk sini "Masyitah mengangguk .Qayyumberjalan pantas .Bayngan seseorang yang dikenali nya dilihat .Qayyum memuji perncangan Allah .Kau permudahkan urusanku ya Tuhan .Qayyum mengucap syukur di hati .Dia menghampiri gadis tersebut .

Kasih QaleesyaWhere stories live. Discover now