Part 16

127 11 1
                                    

Jelas kegembiraan di wajah Rayyan tatkala berita gembira itu disampaikan .Rayyan sungguh teruja .Sejak dari itu ,dia mula menjaga pergerakan Naily .Walaupun usia kandungan Naily masih awal ,namun Rayyan sangat berhati hati .Segala kerja rumah diserahkan kepada pembantu rumahnya .Makn Naily bersuap ,kehidupan Naily hanya di rumah sahaja .Sesekali Rayyan membawa Naily keluar bersiar siar .Naily senang melihat telatah suaminya .Betapa sayu hatinya melihat keprihatinan Rayyan .Meskipun kadang kadang dia perasan Rayyan seakan menahan sakit namun Rayyan segera berlagak seperti biasa .Dalam sujud dia menangis .Dalam doa dia merayu .Meminta kekuatan .Kekuatan untuk bisa dia menghadapi satu kenyataan bahawa Rayyan sudah semakin tenat .Naily hampir pengsan apabila melihat Rayyan rebah di hadapannya .Rayyan segera dibawa ke hospital .Kakak menenangkan Naily .Abi hanya mampu melihat .Rayyan terpaksa ditahan di hospital .Doktor mengatakan bahawa ketumbuhan di otak Rayyan sudah merebak dan kini Rayyan hanya bergantung kepada mesin untuk hidup .Naily tidak putus memanjatkan doa .Perutnya yang sudah membesar diusap perlahan .Abinya tidak putus membacakan surah yassin kepada Rayyan .Naily terduduk lesu .Dia langsung tidak menjamah makanan .Tangan Rayyan tidak dilepaskannya .Y Tuhan ,kenapa begitu sekejap Engkau pinjamkan dia padaku .Dialah penyeri hidupku ya Allah .Aku masih belum bersedia .Rintih Naily di dalam hati .Naily meminta supaya abinya menjaga Rayyan sementara dia menju ke ruang solat .Dia menangis sepuasnya di dalam doanya .'"Umi kenapa orang yang Naily sayang semuanya pergi tinggalkan Naily dahulu .Umi ,Naily tak kuat ." Naily teresak esak .Y Tuhan ,sesungguhnya da hanyalah pinjaman kepada ku .Jika Kau mahu dia kembali ,aku redha .Terima kasih kerana telah hadirkan dirinya di dalam hidupku ." Naily menarik nafas panjang .Dia terima ketentuan takdir .Dia tahu Allah lebih sayangkan suaminya .

Setibanya Naily di bilik Rayyan ,Naily melihat wajah Rayyan sudah ditutup .Setapak demi setapak dia melangkah .Air mata gugur perlahan .Abi menyeka air mata di tubir matanya .Dia pilu melihat keadaan anaknya itu .Naily mebuka wajah Rayyan .Buat kali terakhir ,dia mencium dahi Rayyan lama .

"Selamat Tinggal ,Kekasih"

Kasih QaleesyaWhere stories live. Discover now