"Abi terima ke ?" Sergah Naily tatkala tetamu sudah pulang .Abinya tersenyum ."Takkan abi nak terima kalau tak dapat persetujuan dari Naily lagi .Naily setuju ?" Ujar abinya .Naily bungkam .Dia keliru .Sayngnya pada Rayyan masih utuh .Meskipun Rayyan sudah lama meninggalkannya ."Naily ,tak semestinya Naily terima orang baru dalam hidup Naily ,Naily dah tak sayang pada Rayyan .Abi yakin ,Rayyan pun setuju dengan keputusan ni .Aqel perlukan kasih sayang seorang ayah .Dia perlukan bimbingan seorang ayah .Naily fikir masak masak ya .Minta jawapan dari Allah ." Abinya seakan memahami kecelaruan di hatinya .Naily mengangguk lemah .Dia naik ke biliknya .Kelihatan Aqel sedang meniarap menonton rancangan kegemarannya .Naily memandang sayu .Aqel memandang Naily "Umi" Ucapnya sepatah .Naily mendekati .Dipeluknya Aqel erat ."Aqel sayang umi ?" Aqel mengangguk laju ."Aqel nak walid ?" Tanya Naily ."Umi kata walid dah pergi jauh ?" Naily menahan sebak "Kalau ada walid baru ?Aqel nak ?" Aqel mengangguk teruja .Naily mendakap erat .Air mata tidak dapat ditahan .Kasihnya pada anak itu sangat mendalam .
Naily memohon petunjuk Allah .Dia memikirkan nasib anaknya kelak .Dia tidak mahu merampas hak Aqel .Dia tahu dia pentingkan diri sendiri hingga mengabaikan Aqel .Hanya satu yang diharapkan .keputusan yang dibuat kelak mendatangkan kebaikan ..Dia serahkan segala salanya kepada Tuhan .
Selepas 3 hari ,dia berperang dengan perasaan sendiri ,Naily me,buat keputusan .Dia yakin dengan keputusannya "Abi ,Naily terima amaran Qayyum" Abinya mengucap syukur .Dia yakin anaknya telah buat keputusan yang bijak .Keluarga Qayyum sudah dimaklumkan .Sejurus diberitahu pinangannya diterima ,Qayyum sujud syukur .Akhirnya penantiannya telah tiba .Dia yakin Naily adalah pelengjap hidupnya .
Majlis berjalan secara sederhana .Keluarga terdekat dijemput .Dengan hanya sekali lafaz ,Naily sah menjadi isteri Qayyum .Perasaan malu yang masih menebal membuatkan mereka tersipu sipu untuk berbicara .Sesudah majlis ,Naily terlebih dahulu masuk ke bilik mencari anaknya ."Aqel dah tidur dalam bilik akak .Biarlah dia tidur situ .Adik kan pengantin baru malam ni " Kakanya mengusik nakal .Naily tersipu siupu .Qayyum masih rancak berbual walaupundi hatinya berdebar laju ."Qayyum ,Naily panggil ."Bohong abang Naily .Darah meresap ke muka Qayyum .Serentak itu tawa mereka semua mledak .Qayyum meminta diri .Dia menguak pintu sedikit .Kelihatan Naily yang masih berbaju pengantin "Ehem .Jom lah kita solat dulu .Abang amik wuduk dulu ya " Naily mengangguk .Perasaan gemuruh di hati cuba dikawal .Usai solat ,Naily menyalam tangan Qayyum .Qayyum tersenyu .Terima kasih Tuhan .Kau telah satukan kami .Qayyum menguncup ubun ubun isterinya ."Cantiknya Wilda Qaleesya abang" Naily terpaku ."Kenapa abang panggil Naily Wilda Qaleesya?" Bergetar suara Naily ."Sebab Naily adalah bidadari abang yang suci ." Qayyum tersenyum mekar .Menitis air mata Naily .Terima kasih ya Rabb .Kau gantikan derita ku dengan kebahagiaan .
YOU ARE READING
Kasih Qaleesya
Short StoryWilda Qaleesya Sinar mentari menerangi ruang kamar .Kegelapan beransur pergi perlahan .Tika di pagi hari kicauan burung kedengaran .Keindahan alam yang dicipta maha kuasa jelas menceriakan suasana . *tok tok * Ketukan di pintu kedengaran .Terjen...