Abangnya terpaksa melayan kerenah Naily yang ingin makan aiskrim .Naily begitu teruja .Dia mengajak abangnya ke kedai baskin robbin .Aqel turut serta .Entah kenapa tiba tiba rasa ingin makan aiskrim meluap luap .Masing masing teruja .Sejurus sampai di kedai ,Naily disapa seseorang "Assalamualaikum ." Mereka menoleh .Naily mengerut wajahnya .Mcam kenal mamat ni tapi kat mana ?Bicara Naily dalam hati .Abangnya terpinga pinga .Abangnya berjabat tangan dengan Naily "Ingat saya lagi ?Airport ?" Qayyum tersengih .Naily teringat .Ouh anak kawan abi .Naily mengangguk begitu juga abangnya ."Tak sangka jumpa lagi kita " Ujar abang Naily mesra .Qayyum hanya tersenyum manakal Naily diam membatu sambil mengendong anaknya .Dia berlalu pergi untuk memilih aiskrim meninggalkan abangnya bersama Qayyum ."Erm saya nak panggil apa ya ?" Tanya Qayyum apabila melihat Naily pergi ."Ala panggil abang je .Baru mesra sikit haha " Balas abang Naily bersahaja .Qayyum tergelak sama "Ha kebetulan saya .Saya memang niat nak jemput abang sekeluarga datang rumah kami .Ada buat kenduri .Kalau tak keberatan jemput lah datang ."Abang Naily mengangguk ."Terima kasih sudi jemput kami" Mereka berbalas senyuman ."Abang"Naily menguis tangan abangnya .Qayyum hanya tersengih melihat telah Naily .Entah kenapa matanya tidak boleh lepas memandang Naily .Dia segera beristigfar .Qayyum hampir terlupa bahawa adiknya sedang menunggunya ."Saya minta diri dulu .Jemput datang ya .Assalamualaikum .Sampaikan salam saya pada pakcik Ibrahim ." Mereka bersalam .Abang Naily mengangguk dan tersenyum mesra .Tatkala Qayyum melangkah pergi ,hilang segala gemuruh di dada Naily .Entah kenapa hatinya bergetar hebat saat melihat senyuman Qayyum .Wajah Aqel ditenung .Wajah Rayyan menjelma .Dia terasa bersalah kepada Rayyan kerana Naily bimbang dia sudah mula jatuh kasih pada Qayyum ."Ha termenung pulak dia .Terpikat ke kat Qayyum tu ?" Abangnya mengusik .Naily mencubit tangan abangnya ."Tak payah merepek la abang .Cepat lahh Naily nak aiskrim " Naily menarik mukanya .Abangnya tergelak .Dah jadi ibu pun masih tidak hilang sifat keanak anakannya .Naily masih cuba membuang perasaan gemuruh di hatinya .
YOU ARE READING
Kasih Qaleesya
Short StoryWilda Qaleesya Sinar mentari menerangi ruang kamar .Kegelapan beransur pergi perlahan .Tika di pagi hari kicauan burung kedengaran .Keindahan alam yang dicipta maha kuasa jelas menceriakan suasana . *tok tok * Ketukan di pintu kedengaran .Terjen...