Part 9

134 8 0
                                    

Dengan sekali lafaz ,akhirnya Naily bergelar isteri kepada Rayyan .Isteri kepada lelaki yang baru sekali saja pertemuan bersama .Air mata tak dapat ditahan .Kakak memeluk erat .Mata abang turut berkaca .Abi turut serta .Bacaan doa dilafazkan.Tiba masa untuk pembatalan air sembahyang .Rayyan meletakkan tangannya di dahi Naily .Perasaan sayu mencengkam .Sungguh tak disangka Naily sudah bergelar isteri Rayyan .Perasaan yang tak dapat diungkap dengan kata kata .Naily menyalam tangan Rayyan .Sejuk .Mungkin dia juga merasa getaran di hati .Rayyan tersenyum manis memandangku .Aku hanya mengucapkan pujian kepada Allah kerana telah kurniakan aku seorang pasangan yang elok rupa paras serta budinya .Rayyan kelihatan segak mengenakan jubah hitam menyerlahkan lagi kekacakan wajahnya yang putih .Majlis diadakan secara sederhana .Upacara  persembahan qasidah ,dan makanan yang disediakan oleh tetamu yang hadir berjalan dengan lancar .Usai majlis diadakan ,abi memanggil kami untuk berkumpul "Rayyan ,sekarang tanggungjawab abi dah berpindah ke Rayyan .Jaga naily sebaik yang mungkin .Dialah bidadari abi dialah bidadari kakak ,dialah bidadari abang .Didik dia .Bimbing dia menjadi wanita solehah ." Ujar abi lembut.Naily hanya menunduk menahan sebak ."Baik abi .Rayyan akan jaga Naily seboleh yang mampu .Rayyan akan didik dia .Rayyan akan bimbing dia jadi isteri solehah .Rayyan tahu ,dialah bidadari Rayyan di dunia dan Rayyan nak dia jugalah yang menjadi bidadari di syurga nanti ." Tangan Naily digenggam .Terkaku .Terharu .Menitis air mata tatkala Rayyan mengucapkan kata kata indah itu ."Naily kenapa menangis ?Dah jadi isteri orang dah haha " Kata abangnya mengundang tawa semua orang .Naily tergelak sama sambil menyeka air mata .Tiba tiba abi menghulurkan tiket penerbangan "Abi dah buat keputusan .Abi nak Naily sambung belajar di Turki .Rayyan akan ikut sama .Dia boleh jaga Naily ." Naily memandang abinya tak berkelip .Kenapa terlalu cepat .Berat sungguh hatinya ingin tinggalkan abi .Rayyan hanya diam memandang Naily ."Abi taknak bantahan .Lusa flight jadi Rayyan dan Naily beli lah apa yang patut .Abi naik dulu ya .Assalamualaikum " Naily termangu . 

Kasih QaleesyaWhere stories live. Discover now