Hidup di turki amat menyeronokkan .Suasana yang tenang ditemani oleh orang tercinta di sisi .Abi tidak pernah dilupakan .Naily selalu menelefon abi menyananyakan khabar .Kehidupan Naily berubah selepas berkahwin .Dia semakin mendekatkan diri dengan Tuhan ,aurat nya mula dijaga .Rayyan berasa gembira dengan perubahan Naily .Namun ada sesuatu yang mengganggu hati Naily .Rayyan kerap jatuh pengsan tiba tiba .Setiap kali Naily mengajak Rayyan berjumpa doktor alasannya tetap sama "Abang penat bekerja .Syang jangan risau okay "Hati siapa yang tak risau .Masuk 3 bulan usia perkahwinan mereka ,keadaan Rayyan semakin teruk .Mukanya pucat tak berdarah .Dia makin kerap pengsan .Bila ditanya apa kata doktor mesti Rayyan mengelat .Perasaan risau tidak dapat dibendung lagi .Kenapa Rayyan seakan menyembunyikan sesuatu .Hatinya kuat mengatakan Rayyan bukan penat kerana kerja semata .Ada sesuatu yang disembunyikan .Namun Rayyan hanya berlagak biasa .Naily keresahan .
Naily tidak percaya .Sudah berkali kali dia lakukan pemeriksaan dan keputusannya tetap positif .Naily sujud syukur .Dia kini bakal bergelar ibu .Naily sungguh teruja ingin khabarkan berita itu kepada Rayyan .Dia menunggu Rayyan sehingga lewat malam namun kelibat Rayyan masih tak kelihatan .Telefon berbunyi .Naily menjawab .Dirinya kaku .Dia terduduk .Naily mendapat panggilan dari hospital mengatakan suaminya kini berada di sana .Naily segera menelefon rakan sekuliahnya untuk menemaninya .Sepanjang perjalanan dia tidak berhenti menangis .Dia berdoa supaya Tuhan selamatkan suaminya .Naily mula berfikir tentang keadaan Rayyan yang pucat dan tak bermaya itu .Naily cuba menepis sangkaan buruk .Sampai di hospital dia terus meluru ke arah wad suaminya .Naily sebak melihat sekujur tubuh Rayyan .Wajahnya cengkung .Hati Naily pilu ."Are you his family?" Naily menoleh .Seorang Doktor pertengahan usia kelihatan ."Yes I am .Im his wife .Whats wrong with my husband ?" Naily resah ."Come t my office and I'll explain to you " Naily menuruti .Di dalam hati dia memohon kekuatan dari Tuhan .
YOU ARE READING
Kasih Qaleesya
Short StoryWilda Qaleesya Sinar mentari menerangi ruang kamar .Kegelapan beransur pergi perlahan .Tika di pagi hari kicauan burung kedengaran .Keindahan alam yang dicipta maha kuasa jelas menceriakan suasana . *tok tok * Ketukan di pintu kedengaran .Terjen...