Saka Penunduk

3.7K 31 1
                                    

Aku bukanlah seorang yang berminat dengan ilmu-ilmu ghaib atau ilmu hitam. Walau bagaimanapun, aku mewarisi saka harimau melalui arwah datuk aku memandangkan ayahku tidak sanggup menerimanya. Ayahku pernah meminta seorang ustaz untuk membuang saka tersebut semasa kami pulang ke kampung tetapi secara senyap-senyap aku menerima saka tersebut melalui cincin permata biru pemberian datuk. Aku tahu bukan datuk yang meminta aku menerima cincin itu sebaliknya saka harimau dalam badan datuk yang meminta aku menerimanya. Sejak hari itu saka harimau itu mengikut aku dengan menjanjikan aku sesuatu yang boleh aku manfaatkan.

Saka harimau yang aku warisi berjanji bahawa dia akan membantu aku untuk menundukkan sesiapa sahaja atau menakluki mana-mana wanita yang aku mahu melalui cincin permata biru tersebut. Hal ini menyebabkan aku berminat untuk menerimanya kerana aku berdendam dengan bekas cikgu disiplin aku, iaitu Steven Liu kerana pernah menangkap aku merokok dalam tandas. Aku dimalukan di hadapan warga sekolah dan menerima 5 sebatan. Apabila sambil di rumah pula, aku dipukul sekali lagi oleh ayah. Semenjak hari itu, aku dah bertekad untuk memalukan Steven Liu walau dengan apa cara sekalipun. Akhirnya peluang yang aku nanti-nantikan telah tiba. Menurut saka itu, aku berpeluang untuk menundukkan sesiapa sahaja selagi aku menyarungkan cincin itu di jari manis tangan kanan. Sekiranya cincin itu disarungkan di jari manis tangan kiri pula, nafsu mangsaku akan membuak-buak. Walau bagaimanapun, mangsaku akan menjadi korban saka harimau itu sekiranya aku menyarungkan jari itu di tangan yang salah. Mendengar kata-kata itu, aku semakin bersemangat untuk meneruskan misi aku.

Misi aku untuk menjejaki Steven Liu ternyata tidak susah. Ternyata dia masih mengajar di sekolah lamaku dahulu. Dengan bantuan kawan-kawanku, aku berjaya menemui Facebook Steven Liu dan kami menjadi kawan. Aku pun mengaturkan satu temu janji untuk kami melepak bersama. Kebetulan, Steven Liu mempunyai kursus perguruan pada hujung bulan itu.

Pada hari yang dijanjikan, aku pun bertemu dengan Steven di kedai makan yang terletak berhampiran dengan hotel penginapannya. Sebelum keluar hari itu, aku sudah memastikan penampilan cukup kemas dan ringkas. Kata orang, biar sedap mata memandang.

Aku tiba 15 minit lebih awal daripada waktu yang dijanjikan. Aku memilih untuk duduk dalam Myviku dan memandang kelibat manusia yang lalu-lalang di sekitar kedai makan itu. Tiba-tiba, aku menerima satu pesanan ringkas.

"Aku sudah sampai kat kedai makan. Aku pakai baju polo merah dengan seluar jeans biru."

Sambil mengusap-usap cincin di jari kiriku, aku tersenyum sendirian. Nampaknya aku sudah menemui mangsa pertama untuk menguji kesaktian cincin biru itu. Pastinya Steven Liu sendiri pun tidak menyangka dirinya bakal diperkenalkan dengan dunia baru sebentar lagi.

Tidak sukar untuk aku mengecam kelibat Steven Liu. Dia berdiri tidak jauh daripada tempat parkir kereta aku. Selepas memperkenalkan diri, kami pun beredar ke kedai makan itu. Lagipun, aku sudah betul-betul lapar. Aku memesan Nasi Ayam dan Kopi O sementara Steven pula lebih selesa makan roti canai dan teh tarik.

Sebaik sahaja makanan yang dipesan tiba, aku terus menjamahnya tanpa menghiraukan persekitaran. Aku seakan lupa akan tetamu di sampingku. "Aik, nampak lapar betul sampai nasi di tepi mulut pun tak sedar," tegur Steven. Aku betul-betul malu dengan tegurannya itu. Serentak dengan itu, Steven segera menyapukan sisa nasi itu ke tepi. Daripada malu, perasaan aku terus bertukar menjadi malu dengan tindakannya. Aku bimbang orang sekeliling akan memandang serong terhadap kami. Nanti tak pasal-pasal pula dilabel sebagai pasangan Gay.

Tidak banyak yang kami borakkan pada malam itu. Bermula daripada hobi, kenangan masa sekolah dan kerjaya. Ikutkan hati aku memang malas nak borak pasal diri aku sebab aku jenis pendiam. Tetapi sebaliknya, Steven Liu memang pandai berceloteh dan dia seperti tidak kering idea. Tiba-tiba, hujan turun dengan lebatnya sambil disertai ribut kilat. Nampaknya, cuaca pun bagaikan menolong aku untuk menjayakan misi. Aku pun menawarkan diir untuk menghantar dia balik. Kami pun segera berkejar kereta aku.

PKPWhere stories live. Discover now