Spin Off Herlokz

2.5K 24 2
                                    

Bahagian ini adalah SpinOff dari imaginasi penulis terhadap babak romantik antara Aiman (bottom) dengan Haekal (top) di rumah Haekal sempena cuti semester.

Haekal terus menyalakan api dan menghembuskan asap ke atas secara perlahan.  Misinya cuma satu, iaitu meruntuhkan tembok pertahanan nafsu Aiman.  Dan nampaknya Haekal berjaya.  Aiman di hadapan tak berkelip matanya dari memandang Haekal.  Peluh-peluh yang membasahi badan Haekal kelihatan berkilat dan sejurus menonjolkan otot-otot badannya.  Haekal nampak sangat hot dan seksi apabila memakai jockstrap sahaja.  Tanpa sedar mulut Aiman terus memuji,"seksi doh."

Haekal hanya tersenyum sinis.  Dalam hatinya, dia percaya dia sudah berjaya menundukkan teman lelakinya.  Memang niatnya ingin kelihatan gagah depan Aiman. Sengaja juga dia menutup kipas dan pendingin hawa di ruangan tersebut. Haekal segera memasukkan tiub ke mulut Aiman.  Namun, asap yang dihasilkan Aiman sangatlah nipis.  Haekal kurang berpuas hati, dia segera menyambar tiub dari Aiman dan membakar.  Kemudian, dia merapatkan wajahnya ke mulut Aiman dengan sebelah tangannya mendekatkan kepala Aiman ke arahnya.

Dihembuskan asap itu ke mulut Aiman.  Haekal segera menutup rahang Aiman.

"Lepas perlahan-lahan," ajar Haekal.

Aiman patuh. Dihembusnya perlahan asap itu.  Aiman rasa sangat terangsang.

"Adakah ini euphoria cinta?" soal Aiman dalam hatinya. 

Segenap inci tubuhnya terasa digaru dengan beribu-ribu tangan ghaib.  Kepala Aiman terasa ringan juga pada masa yang sama.  Alunan muzik yang dipasang Haekal seolah-olah menerbangkan dia ke ruangan angkasa, atau dalam erti kata lain rohnya macam keluar dari tubuhnya. Ya, itulah gambaran sebenarnya.

PKPWhere stories live. Discover now