Lepas berapa lama terlelap, aku mula terjaga. Mata terasa berat. Perlahan-lahan, aku mula celikkan mata dan mengamati persekitaran. Kepalaku masih terasa amat pening. Aku cuba bangun tapi aku hanya mampu duduk balik lalu bersandar pada kepala katil. Badanku pula rasa sejuk, aku pun tak tahu ke mana pakaianku dah pergi. Urut-urut dahi, semakin difikir semakin berat pula rasa kepala ini. Mulutku terasa kering dan lenguh. Sementara itu, badanku pula kelihatan macam ada cecair putih mengering. Aku cuba melihat sekeliling dan mencari kelibat telefon bimbitku. Argghhhh, akhirnya jumpa pun. Aku pun cuba membuka telefon itu. Alangkah terkejutnya apabila melihat banyak panggilan tak bersahut. Kebanyakannya dari rakan sekerja dan panggilan dari orang tua di kampung. Tarikh hari ini pula 6 Mei 2021. Sudah berapa lama agaknya aku tertidur dan bagaimana boleh sampai ke sini.
Suasana dalam bilik amat kelam. Berpandukan telefon bimbit yang hanya tinggal 29 peratus baterinya, aku cuba mencari suis lampu. Cahaya lampu yang terang buatkan mataku sedikit silau. Aku melihat pakaianku berselerakan di atas lantai. Dengan segera, aku menyarungkan pakaian tersebut dan mengutip barangan. Setelah dirasakan semuanya ada, aku pun segera melangkah ke pintu bilik dan cuba mencari jalan keluar dari hotel. Walau siapapun penyewa bilik itu, aku rasa jalan selamat bagiku adalah keluar dari situ dan kembali ke bilik sewaku. Aku berjalan agak jauh dari hotel itu dan memesan Grab. Nasibku baik kerana aku dapat kenderaan dan aku pun dapat kembali ke bilik sewaku. Dengan rakan serumahku dan atasanku, aku terpaksa menipu dan memberitahu bahawa aku tergesa-gesa balik ke kampung dan tak sempat untuk memberitahu sesiapa pun. Nasib baik aku masih dapat pekerjaan itu dan tiada siapa menyoalku. Cepat-cepat aku uninstall apps Gay dan block semua nombor asing dalam senarai whassap.
Setelah menyelesaikan segala urusan, aku segera menghantar surat berhenti kerja dengan notis 24 jam. Nasib baik pengurusan supermarket memahami dan segala cuti tahunan berjumlah 14 hari digunakan sepenuhnya dalam penolakan notis singkat itu. Selain itu, aku juga turut meminta rakan setugas dan kawan rapat untuk merahsiakan pemergianku.
Sementara itu, di suatu tempat yang lain...
Abang S terasa murka. Anak ikan yang ditinggalnya dalam bilik telah hilang entah ke mana. Padahal dia cukup yakin, kesan methamphetamine dan estacy yang disogoknya ke mulut anak ikan itu mampu membuatkan dia tak sedarkan diri selama 4 hari, namun dia silap perhitungan. Abang S tinggalkan bilik hotel kerana dia nak kembali ke pejabat, ada sedikit urusan tertangguh yang memerlukan perhatian dia sebagai pengurus. Abang S cukup bengang, dia terus memeriksa whassap dan cuba menghubungi nombor anak ikan itu tapi hanya menerima 1 tick sahaja. Apabila dihubungi, panggilannya terus masuk ke mailbox. Hurm. Abang S hanya mampu balik dan membayar perbelanjaan sewa hotel. Dalam hatinya, dia hanya mampu menyesali kekhilafannya sehingga membuatkan anak ikannya lari.
'Kau tunggulah,' jeritnya. Tidak dipedulikan sekiranya penghuni kamar hotel lain mendengar suara kerasnya itu. Hatinya cukup panas, bagaimana mungkin seorang budak boleh terlepas dari genggamannya.
Akan bersambung.....
p/s Bagaimana dengan ringkasan cerita kali ini? Buat rakan taulan, selamat hari raya dan salam lebaran dari saya. Moga semua sudah beroleh lemang raya penuh santan berkrim. Jangan lupa untuk vote cerita ini ya. Terima kasih kerana menyokong penulisan saya.
YOU ARE READING
PKP
Teen FictionHimpunan cerpen khayalan penulis berkenaan warga pelangi dalam mewarnai kehidupan tipu-tipu semasa Perintah Kawalan Pergerakan. Kepada golongan anti gay, sayugia diingatkan cerita ini bukan untuk tatapan anda.