ℳ𝓇𝓈. ℛ𝒶𝓎𝓎𝒶𝓃| 1

32.6K 750 17
                                    

Alhamdulillah, bernafas lagi aku hari ni' gumam Areena perlahan setelah sedar dari lenanya.

Areena selalunya bangun seawal 6 pagi bagi menunaikan kewajibannya sebagai seorang muslim.

Areena keluar menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk.

"haa dah bangun dah. Hafiz,Haris dengan tok dah bangun ke belum tu?" tegurnya setelah melihat adiknya, Hamizan yang sedang meneguk air di dapur.

"Dah,kita orang bangun awal lagi dari kakak". Areena hanya mengangguk dan meneruskan langkahnya tanpa membalas apa-apa.

Selalunya dia akan berbalas kata-kata adiknya yang sulung itu.kuat menyakat! Tetapi kali ini dia memilih untuk diam oleh kerana berasa malas hendak bergaduh mulut.

Seusai mengerjakan solat subuh, dia terus bangkit untuk mengemas rumah dan menyediakan sarapan untuk keluarganya.

Empat beradik itu tinggal di rumah neneknya bersama seorang sepupu dan anak angkat neneknya. Mereka tinggal di situ sejak kecil lagi

Sebenarnya ada saja rumah peninggalan ibunya, ikutkan mahu saja dia tinggal di situ bersama 3 orang adiknya selepas ibu meninggal dunia, tetapi ditegah oleh paksunya.

Kata mereka kalau ada mereka empat beradik di sini boleh lah jadi peneman. Pada awalnya, Areena tidak mahu tinggal bersama neneknya, dikenangkan sikap anak angkat neneknya yang tidak pernah menyenangi kehadirannya di situ.

Kadang kala dia sendiri pun tidak faham kenapa. Sedangkan lelaki itu okay je bila dengan adik-adiknya. Tetapi bila dengan Areena ada saja yang tidak kena pasti semua salah!

Jam menunjukkan sudah pukul 7.00 pagi, Areena kini sudah siap mengenakan pakaian kerjanya dengan shawl hitam yang dililit kemas di kepala.

"Mizan, akak pergi kerja dulu. Nanti pergi sekolah bawa motor tu elok-elok faham? Lepas tu, tolong tengok juga si Hafiz dengan Haris tu. Balik sekolah nanti terus balik, jangan pergi mana-mana melainkan ada benda penting faham?" pesannya sambil menghulur tangan.

"Ish iya,akak ni! Tak penat ke pesan benda yang sama hari hari? Orang ni sampai boleh hafal lah ayat akak tu" balas si Hamizan sambil menyambut tangan kakaknya itu.

"Aku pesan sebab nak bagi kau ingat!bukan boleh percaya sangat kau ni pun!" Hamizan dijeling geram.

"Eh dia ni. Dah la pergi kerja sana! Bawa kereta tu elok-elok jangan pergi sondol kereta lain sudah!"

᪥᪥᪥

"Along tak turun lagi ke?" soal Tengku Rozaimi kepada isteri dan anak-anaknya.

"Baru turun ni pa..." belum sempat mereka menjawab, Tengku Rayyan Iskandar sudah muncul dari arah tangga.

"Haa... turun pun,bersiap mengalahkan perempuan betul." Puan Izyani bersuara sambil menuangkan teh ke dalam .

Rayyan hanya tersenyum dan menarik kerusi di sebelah adik bongsunya, Raisya.

Raisya mengambil pinggan lalu mencedok nasi untuk abang kesayangannya itu.

"Rayyan,Sabtu ni jangan lupa" Tengku Rozaimi tiba-tiba bersuara. Rayyan yang sedang ingin menyuap nasi ke dalam mulut terhenti.

"Along ada kerja la," jawab Rayyan dengan nada yang malas namun masih lembut.

"Ish! Takde takde ada kerja ke takde kerja ke ikut jugak! kerja apa yang banyak sangat sampai nak luang masa dengan keluarga pun susah.

❀❀❀

❀❀❀

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
C| Rayyan's Everything [OLD VER]Where stories live. Discover now