Areena mendecit geram, dia duduk bersila di atas katil, merajuk. mana tak nya!! Rayyan tiba-tiba beritahu dia yang mereka akan bermalam di resort itu. dah la senyap-senyap ambil pakaian dia dari beg. patut lah Rayyan hilang selepas dia selesai mandi petang tadi, rupa-rupanya merompak beg isteri!
Rayyan meletus ketawa besar melihat Areena yang merajuk dengannya dari tadi. akibat tidak mahu mata ditiup Rayyan, Areena membatalkan niatnya untuk memberi pandangan tajam. dia menutup mata rapat.
"dah la tu, sayang..." dia merapati Areena. kain tuala dicapai sebelum duduk di belakang Areena untuk mengeringkan rambut wanita itu. terlalu faham dengan Areena yang tidak reti mengeringkan rambutnya hingga betul-betul kering, habis basah baju yang baru dipakai.
"yang marah sangat kenapa ni? hmm?" tangannya lincah mengeringkan rambut panjang Areena.
"tak ada lah! dah la tak bagitahu kita stay sini malam ni. lepas tu pandai-pandai je ambil baju saya dalam beg tu. malu tahu tak!"
Rayyan ketawa lagi, dia tahu kenapa isterinya malu. tidak lama kemudian tawanya diganti dengan sakit kerana Areena mengutil isi pehanya.
"sakit, sayang! tak baik dera suami" Rayyan masih dengan ketawanya.
"ishh! dah la tu gelakkan maira, abang" Areena merengek tidak ubah seperti kanak-kanak yang diejek rakannya.
dengar saja berubahan panggilan dan nada suara isterinya, dia terdiam serta merta.
"ok ok. abang stop" Rayyan bangun sekejap untuk mengambil sikat.
Rambut Areena disikat dengan perlahan-lahan, tak mahu isterinya sakit.
"Humaira. sayang okay ke abang suruh berhenti kerja?"
Areena mengangguk.
"asalkan abang masih bagi maira pergi cafe tu sekali sekala"
Rayyan menarik Areena menyandar di badannya dan memeluk Areena dari belakang, kedua-dua telapak tangannya melekap pada perut Areena. Areena hanya akur. dia sudah rasa terbiasa dan selesa walaupun baru sehari dia mula tinggal dengan Rayyan. lagi pun dah halal, tak salah kan?
"sayang nak pembantu rumah tak? kalau nak, nanti ab- "
"NO! TAKNAK!" Areena memintas laju, tak suka yang ni!
"maira nak urus semua sendiri" sambungnya lagi.
Rayyan mencuit hujung hidung Areena. "tamak" Rayyan ketawa kecil.
Areena mencebik. dia memejamkan matanya apabila puncak kepalanya dicium.
"dah dah jom tidur. esok pagi kita gerak balik rumah mama. sarapan kat sana, ambil barang, lepas tu kita balik rumah kita"
"rumah kita?" soalnya sambil menatap wajah Rayyan.
"ye, sayang. rumah kita. dah jom tidur"
᪥᪥᪥
Rayyan tersedar dari tidurnya, telefon di nightstand di ambil untuk melihat jam. baru pukul 2.45 pagi.
wajah Areena yang diulit mimpi itu dipandang. dia tersenyum kecil, tidak percaya bidadari yang dicipta oleh Allah ini berada disebelahnya dalam keadaan begini. ubun-ubun isterinya dicium lembut sebelum dia bangun untuk ke tandas.
berkerut dahinya apabila terdengar esakan halus sebaik saja keluar dari tandas. laju kakinya melangkah ke katil bila tersedar esakan itu milik Areena.
"Humaira?" pipi Areena ditepuk perlahan. dahi yang berpeluh itu disapu untuk dikeringkan.
"hey hey, sayang. bangun!" tangannya menepuk pipi itu berkali-kali apabila Areena masih belum sedar.
YOU ARE READING
C| Rayyan's Everything [OLD VER]
RomanceUNEDITED VERSION | NEW VERSION WILL BE COMING SOON [ʀ.ɪ sᴇʀɪᴇs ᴠᴏʟ 1] ☾︎𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧 𝐈𝐬𝐤𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 <> 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚 𝐀𝐫𝐞𝐞𝐧𝐚☽︎ Humaira Areena, seorang gadis yang bersifat lembut hati dan manja terpaksa bersikap sebaliknya demi m...