ℳ𝓇𝓈. ℛ𝒶𝓎𝓎𝒶𝓃| 36

9.8K 397 21
                                    

"Abang? Tak kerja hari ni?" Areena menyoal. pelik. Selalunya Rayyan akan mandi sekali lagi selepas subuh untuk ke kerja. Tetapi selepas subuh tadi, lelaki itu terus melayan dengan dua beradik itu.

Rayyan menggeleng.

"Tak. Abang ingat nak bawa Hani dengan Hadif keluar hari ni. Esokkan Fara dah nak ambil diorang," ujar Rayyan. Hadif yang berada dipegangnya dicium.

Areena mengangguk.

"Maira buat sarapan dulu ye?"

Rayyan mengangguk sambil tersenyum.

᪥᪥᪥

"Hani... Jangan lari-lari, jatuh nanti"

Hani yang agak jauh dari mereka tersengih tidak bersalah. Si kecil itu berlari anak ke arah mereka semula. Tangan Areena dipegang.

"Hehe. Sorry umi"

Tangan Rayyan juga turut dicapai. Mereka berjalan beriringan. Hadif pula berada dalam dukungan Rayyan.  Areena tersenyum melihat telatah Hani. Dia dan Rayyan berpandangan buat seketika sebelum menyambung langkah mereka.

Tanpa sedar, dari jauh mereka diperhati oleh seseorang dengan penuh rasa dendam. Gerangan itu tersenyum sinis melihat pasangan itu.

"Bahagia hidup kau sekarang..."

᪥᪥᪥

Areena memandang ketiga-tiga tubuh yang berada satu meja dengannya. Rayyan yang sedang menyuap Hani dan Hadif ditenung penuh minat. Sudah berapa kali dia menawar diri untuk menyuap dua beradik itu, namun ditegah oleh Rayyan.

Matanya pula beralih ke sekeliling restoran itu. Senyumannya langsung mati tatkala terpandang sekujur tubuh yang sedang memerhati mereka atau lebih tepat, dirinya sambil tersenyum sinis. Jantungnya berdegup laju.

'Batrisya?' bisik hatinya. Wajah tegang ditayang kepada wanita yang sedang memerhatinya itu. Mereka bertentangan mata. Wanita yang bernama batrisya itu masih tersenyum sinis.

"Sayang? Tengok apa? Kenapa tak makan?"

Cepat-cepat Areena berpaling ke arah Rayyan. senyuman manis diukir. Kepalanya digeleng.

"Tak ada apa," katanya sambil kembali memandang ke arah tempat batrisya tadi. Wanita sebaya dengan dirinya itu berdiri dan mengorak langkah meninggalkan tempat itu. Areena mengetap rahangnya perlahan, dengan payah dia mengawal nafasnya dari bertukar menjadi kencang.

Tak sangka dia akan berjumpa dengan gadis itu lagi.

Pandangannya kembali jatuh kepinggan. Dia tetap menyuap makanan ke dalam mulut walaupun tekaknya terasa tidak mahu menerima apa-apa ketika ini. Risau jika Rayyan syak sesuatu.

᪥᪥᪥

"Sayang, sini kejap." Rayyan menarik Areena keluar dari bilik tidur mereka, meninggalkan Hani dan Hadif yang sudah lena kepenatan.

Bilik kerja milik Rayyan dituju. Areena hanya mengikut tanpa sebarang bantahan malah dia juga turut membalas genggaman Rayyan.

"Kenapa ni, abang?" Areena mula menyoal apabila Rayyan menolaknya duduk di kerusi dan bercangkung di hadapan kerusi itu.

"Bagitahu abang. Awak tengok apa tadi, sayang?" Rayyan mengenggam kedua-dua belah tempat merehatkan tangan di kerusi yang diduduki Areena. Secara tidak langsung tubuh Areena dikepung olehnya.

Areena menutup mulutnya rapat.

"Sayang..." panggil Rayyan meleret tetapi masih ada nada yang agak tegas. Bukan dia tak nampak perubahan wajah yang dipamerkan Areena tadi. Kali pertama dia melihat wajah isterinya begitu.

C| Rayyan's Everything [OLD VER]Where stories live. Discover now