bahu Areena terhinjut tatkala pinggangnya dirangkul oleh seseorang dari belakang.
"morning, sayang" bahu Areena dicium sekilas sebelum dagunya direhatkan pada bahu itu dan pelukannya makin dieratkan.
"abang... buat apa kat dapur ni? busuk baju tu nanti" Areena merungkaikan Rayyan perlahan dan berpaling tubuh.
"masak apa tu?" Rayyan menyoal sambil mengintai isi dalam kuali tanpa endahkan kata-kata Areena. hmm nasi goreng!
"abang... duduk lah depan dulu. tengok anak. nanti dah siap semua, maira panggil" ujar Areena lembut, lengan Rayyan ditepuk perlahan.
Rayyan mengeluh. bukan senang dia nak lawan Areena. kalau dia masih berdegil sekali lagi pun, wanita itu pasti akan memujuk sampai dia termakan dengan pujukan itu.
"iyalah... tapi nanti kena janji tolong pakaikan tie abang" Rayyan tersengih penuh makna. nak manja sekarang tak boleh. jadi kita tangguh lah sekejap.
"iya..." balas Areena lembut.
Rayyan tersenyum puas.
"abang keluar dulu" dahi Areena dicium sekilas sebelum dia melangkah keluar dari dapur.
Areena hanya mampu menggelengkan kepala.
᪥᪥᪥
"amboi! semalam bukan main bad mood. hari ni senyum macam kera ni dah kenapa? aku nak dapat anak buah betul-betul ke?" Farhan menebak. saja kacau orang tengah angau. tangannya disilang ke dada.
"kau diam Farhan! melayang pen ni nanti" pen ditangannya diacah-acah untuk dibaling.
Farhan ketawa besar. hatinya berasa lega, sekurang-kurangnya dia tak perlu melihat muka gusar Rayyan.
"untungnya pegang status marriged ni. bila lah aku nak merasa kan?" Farhan menepuk dadanya sekali tanda tabah.
Rayyan berkerut dahi. dah kenapa, tiba-tiba?
"dah rasa nak kahwin sangat, cepat lah masuk meminang. kau tunggu apa lagi?"
"kau ni! sabarlah! aku nak tunggu dia habis praktikal dulu" Farhan membalas sekali dengan jelingan.
"suka hati kau lah. tapi jangan lama sangat. orang lain masuk dulu, aku tak tahu" Rayyan membuat muka mengejek.
Farhan membuat muka jengkel. dia hanya diam dan membiar saja. bukan selalu Rayyan nak mengusik.
᪥᪥᪥
dengan senang hati, kereta diparkir di garaj perkarangan banglo dua tingkat miliknya. enjin kereta dimatikan sebelum keluar dari perut kereta dan menguncinya.
pintu rumah dibuka perlahan. Rayyan berkerut dahi melihat suasana ruang tamu yang sunyi. kelibat Areena juga tidak kelihatan, selalunya isterinya itu pasti akan menyambut kepulangannya. bukan setakat itu, Hani dan Hadif juga tiada. ke mana mereka pergi? takkan tidur? baru pukul 9.
hati Rayyan sudah mula resah. laju dia membuka langkah ke tingkat atas. kakinya terhenti tatkala melihat Hani turun dari tangga dengan agak gopoh sambil menangis?
"ayah!" Hani berlari ke arah Rayyan. Rayyan bercangkung di hadapan si kecil itu.
"Hani... kenapa ni? mana umi dengan adik?"
"ayah... umi sakit" beritahu Hani sambil tersedu-sedan.
pantas Hani didukung dan dibawa ke atas. sampai saja di muka pintu, dia nampak Hadif yang sedang menangis hingga terbatuk-batuk. wajah comel itu turut kemerahan.
Hani diturunkan dari dukungannya, diganti dengan Hadif.
"Hani duduk sini kejap. ayah tengok umi" kakinya melangkah ke bilik air. apabila sampai dimuka pintu, suara Areena yang sedang cuba mengeluarkan isi perutnya jelas kedengaran. dia mendekati Areena lalu menggosok belakang wanita itu untuk membantu. Hadif yang berada dalam dukungan juga sudah reda tangisannya.
"sayang... kenapa ni? ada silap makan ke? kenapa tiba-tiba muntah ni?" Rayyan menyoal setelah Areena selesai berkumur.
"abang..." lemah saja suara itu memanggil suaminya. kepala dilentokkan pada dada Rayyan.
"iya..." Rayyan melilit lengan kirinya pada pinggang Areena. tubuh itu dibawa keluar dari bilik air.
Hadif diletakkan ke atas katil, bersebelahan dengan Hani. setelah itu, dia duduk melutut di hadapan Areena. rahang isterinya dielus lembut.
"Humaira... ada sakit apa ni, sayang?"
Areena menangkap tangan Rayyan. senyuman nipis diukir.
"tak ada apa abang... maira period je"
"period? sebelum ni pun memang macam ni ke?"
Areena mengangguk.
"abang bersihkan lah diri dulu"
"ye... sayang tidur lah dulu. rehat" kepala Areena diusap sebelum menolak tubuh wanita itu agar berbaring sebelah Hani yang sudah tertidur dari tadi. dahi wanita itu dikucup lembut sebelum kakinya melangkah ke arah walk in closet.
᪥᪥᪥
Rayyan laju mengorak langkah besar ke arah Areena yang sedang menekan bahagian ari-arinya. wajahnya berkerut, giginya juga diketap kuat menahan sakit.
"sayang... kenapa ni?" soal Rayyan. telapak tangannya dilekapkan pada perut kempis Areena.
"sakit..." adu Areena. dahinya sudah berpeluh. tanpa basa-basi Rayyan bangun dari birai katil dan menuju ke arah meja solek. laci ditarik, diambil sebotol minyak angin lalu kembali ke isterinya.
dahi yang berpeluh itu disapu dengan tangan kasarnya untuk dikeringkan. ketika Rayyan cuba menyelak baju Areena ke atas, wanita itu cepat-cepat menahan bajunya dari diselak.
Rayyan mengalih tangan itu lembut.
"abang nak sapu minyak je" ujar Rayyan lembut.
baju Areena diselak ke atas dengan perlahan. matanya merenung tajam ke arah sisi pinggang Areena dengan wajah yang berkerut. jantungnya berdetak hebat. inikah sebabnya wanita itu menghalangnya tadi?
walaupun fikirannya penuh dengan tanda tanya, dia membatalkan niatnya untuk menyoal. dia dapat mengagak isterinya tidak akan membuka cerita, apatah lagi ketika sedang sakit begini.
parut yang bergaris lebih kurang 5 cm itu dielus lembut. Areena mengetap bibir. jantungnya bagai hendak pecah ketika ini. Rayyan sudah tahu...
Areena memejam mata rapat tatkala tangan Rayyan mula mengurut perutnya lembut.
Rayyan menunduk kepala. ubun-ubun isterinya dicium lama.
"tidur, sayang" ujar Rayyan membisik, tak mahu tidur Hani dan Hadif terganggu.
"abang pun tidurlah... perut maira dah tak sakit. lagi pun, esok abang kerja"
Rayyan mengangguk. botol minyak angin ditutup. ketika dia bangun dari katil, pergelangannya ditarik Areena untuk duduk kembali. Areena juga turut bangkit dari baringannya.
wanita itu menarik suaminya ke dalam pelukan.
"terima kasih, abang. maira janji maira cerita nanti" tepi kepala Rayyan dikucup sayang. dia pasti Rayyan tertanya-tanya tentang parut yang agak panjang itu.
Rayyan hanya mengangguk kepala diceruk leher Areena. matanya dari tadi dipejam rapat. dia tak mampu mengeluarkan suaranya. sedaya-upaya dia menahan air matanya dari gugur. dia tahu pasti ada kesakitan disebalik parut panjang itu. memikirkan itu saja cukup untuk buat hatinya retak.
❀❀❀
YOU ARE READING
C| Rayyan's Everything [OLD VER]
RomanceUNEDITED VERSION | NEW VERSION WILL BE COMING SOON [ʀ.ɪ sᴇʀɪᴇs ᴠᴏʟ 1] ☾︎𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧 𝐈𝐬𝐤𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 <> 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚 𝐀𝐫𝐞𝐞𝐧𝐚☽︎ Humaira Areena, seorang gadis yang bersifat lembut hati dan manja terpaksa bersikap sebaliknya demi m...