Nissan Almera putih diparkir tepat di hadapan cafe yang dikenali sebagai Far's Cafe.
Areena melangkah masuk ke dalam cafe,di mana tempat dia bekerja.
Selepas saja dia memberi salam, dia terus disapa oleh salah seorang rakan sekerjanya.
"Good morning,Kak Reen." gadis itu menghadiahkan senyum manis kepada Areena. Areena turut membalasnya.
Areena mencapai apron lalu mengikat tali apron itu di belakang. Dia menuju ke arah kaunter dan duduk sementara menunggu pelanggan.
Tiba-tiba loceng yang berada di pintu masuk berbunyi, menandakan seorang sedang memasuki ke dalam cafe tersebut.
Pantas Areena berdiri bagi menyambut kehadiran pelanggannya.
Areena tersenyum manis ke arah sekujur tubuh yang sedang menghampirinya.
"Kak Fara!" panggil Areena.
Lah... ingatkan pelanggan rupanya bos besar!
Kak Fara yang menuju ke arah Areena tadi tergelak kecil.
"Hai, Reen. Lama tak jumpa, rindu akak tak?" Kak Fara mendekati Areena lalu memeluk tubuh itu erat.
"Ish akak ni mesti lah rindu" Areena membalas pelukan wanita itu.
Kak Fara merupakan pemilik Far's Cafe, sepatutnya dialah yang mengurus segala pengurusan cafe tersebut tetapi dia memilih Areena untuk menggantikan tempatnya iaitu menjaga kaunter dan urusan pejabat oleh kerana dia terpaksa cuti bersalin dan pantang anak keduanya.
Pada mulanya Areena menolak tetapi setelah dipujuk oleh Kak Fara dan kesemua rakan sekerjanya, akhirnya dia bersetuju.
Lagi pun Kak Fara memang meletakkan kepercayaan yang penuh kepada Areena memandangkan prestasi kerjanya yang sangat bagus.
"Akak apa khabar? Hani mana?" tanya Areena setelah mereka meleraikan pelukan. Teruja dia dapat anak buah baru.
"Alhamdulillah akak sihat,hani dengan ada dekat rumah... dengan mak mertua akak. Esok kalau takde apa apa akak bawa Hani"
Baru sahaja Areena nak membalas,seseorang telah menyampuk perbualan mereka.
"eh! Kak Fara! korang Kak Fara datang!"
"Yaallah sabar. Akak baru cuti dua bulan je bukan dua tahun," Kak Fara ketawa kecil melihat reaksi anak-anak buahnya.
Kak Fara sememangnya orang yang sangat ramah sikapnya. Bagi dia kesemua pekerja Far's Cafe adalah keluarganya. Oleh sebab itulah masing-masing rapat antara satu sama lain.
"Hehe... ye laa akak tu kenapa tak bagitahu dulu nak datang hari ni," seorang pekerja bernama Sarah berkata sambil memuncung bibirnya.
"HAHAHAHA yela yela... Dah dah jom sambung kerja. Reen hari ni jaga la kaunter akak nak duduk dapur,"
"OK BOSS!" Areena menyambung ibu jari dan jari telunjuknya menandakan 'OK'.
᪥᪥᪥
"Ray kau nak coffee tak? Aku nak beli coffee ni," Farhan menyoal Rayyan yang berada di kerusi sebelahnya.
"Hmm, macam biasa" jawab Rayyan sambil mengurut pelipisnya.
Farhan hanya tersenyum melihat tuannya.
Ni tak lain tak bukan mesti sebab Family Day tu.
Farhan tersenyum menahan diri dari ketawa.
Rayyan menjeling dia tajam.
"Kau dah kenapa senyum sorang-sorang?!" bentak Rayyan. Nak gelakkan orang lah tu!
"Kau lah! aduh... pergi jela Ray, enjoy dengan family kau. Bukan selalu dapat kumpul ramai-ramai. Si Raisya pun tengah ada kat rumah kan, nanti dia balik uni dia mesti susah nak kumpul." Farhan memberi nasihat kepada Rayyan.
Bukan tak tahu si Rayyan ni. Susah betul nak mengikut serta aktiviti keluarga! Katanya bosan, bukan buat apa pun!
"Dah kau tak payah nak cakap banyak. Nanti kau pun kena join sekali,"
"Lah aku pulak. Tak nak lah aku ganggu family kau." Farhan menggelengkan kepala berkali kali.
"Argh tak ada tak ada ikut jugak. Kau ni dah dikira sebahagian dari kita orang juga tau,"
"Yela yela" Farhan menyerah. Dia tahu dia tidak punya pilihan lain selain mengikut kata Rayyan. Lagi pun dia sudah lama tidak meluangkan masa bersama keluarga itu.
"Kau tunggu sini kejap," Farhan meloloskan diri dari kereta dan masuk ke dalam cafe tersebut.
"Selamat datang," sambut seorang gadis yang berada di kaunter sambil memberi senyuman yang manis.
Farhan melajukan lagi langkahnya ke kaunter.
"Give me one hot mocha and hot latte," Farhan memesan sambil mengerling ke arah tanda nama yang terlekat di apron yang dipakai oleh gadis itu.
Areena. Cantik nama, padan lah dengan tuan badan.
"Ok then. Ni nombor encik. Encik boleh tunggu di meja sementara kami siapkan coffee encik. Nanti saya panggil guna nombor tu," Areena menghulurkan sekeping kertas kecil kepada Farhan.
Farhan mengambil kertas sambil tersenyum.
Dia melihat nombor yang tertera pada kertas tersebut lalu mengambil tempat duduk di sebuah meja.
"741, 741" pantas berdiri dan pergi ke arah kaunter.
Dia keluar daripada cafe tersebut dengan dua cup coffee di tangan.
❀❀❀
YOU ARE READING
C| Rayyan's Everything [OLD VER]
RomanceUNEDITED VERSION | NEW VERSION WILL BE COMING SOON [ʀ.ɪ sᴇʀɪᴇs ᴠᴏʟ 1] ☾︎𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧 𝐈𝐬𝐤𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 <> 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚 𝐀𝐫𝐞𝐞𝐧𝐚☽︎ Humaira Areena, seorang gadis yang bersifat lembut hati dan manja terpaksa bersikap sebaliknya demi m...