Rayyan mengikut Areena dari belakang sambil tersenyum. rasa macam comel je bila teman isteri ke pasaraya.
"abang tengok apa dari tadi tersengih-sengih?" soal Areena dengan dahi yang berkerut. barang yang diambilnya tadi diletakkan ke dalam troli yang ditolak oleh Rayyan.
"tak ada apa" balas Rayyan.
"sini. jalan dengan abang" tangan Areena digenggam kemas.
"ish, mana boleh! abang jalan slow, maira nak cepat. nanti lambat pula maira nak masak" Areena cuba melepaskan tangannya dari pegangan Rayyan. namun, dia gagal bila Rayyan menguatkan lagi genggamannya.
"tak apa. tengah hari kita makan kat luar. sayang masak untuk makan malam je nanti"
"mana boleh macam tu! masak kat rumah la jimat lagi"
"sekali-sekala, sayang"
Areena mengeluh. tak tahu nak balas apa.
"er... abang. boleh tak lepas tangan maira, kita kat public ni" ucapnya perlahan.
"that's the real point right? kenapa abang tak boleh pegang tangan maira kat public pula? kita dah halal"
kata-kata Rayyan membuatkan Areena terpinga-pinga. suami dia terasa ke?
"abang... bukan macam tu" suaranya sedikit bergetar. tolonglah dia tak nak bergaduh. masih baru lagi hubungan mereka.
"dah. sambung jalan" Rayyan melepaskan tangan Areena dan terus mengorak langkah, meninggalkan Areena di belakang.
sedaya upaya wanita itu menahan air matanya daripada gugur. menyesal pula dia berkata begitu kepada Rayyan. tidak lama begitu, dia terus menyambung memilih barang keperluan mereka.
᪥᪥᪥
Areena mengutil kukunya apabila melihat Rayyan terus menuju ke tangga tanpa bercakap apa-apa. lelaki itu sejak dari di pasaraya tadi lagi dia membisu. dalam kereta pun dia tidak memegang tangan Areena seperti biasa.
Areena mengeluh. salah dia kah?
dia terus ke dapur untuk menyusun barang yang dibeli tadi.
᪥᪥᪥
pintu bilik mereka dipandang sepi. jantungnya berdegup kencang. bagaimana kalau Rayyan masih marahkan dia?
kau lah ni Reen!
kepala ketuk berkali-kali. dia menggelengkan kepala selepas itu.
bedal je lah.
"bismillah" pintu bilik itu dibuka dengan perlahan. selepas saja dia masuk dan menutup pintu bilik mereka, dia melihat ke arah Rayyan yang sedang mengeringkan rambutnya. dia berjalan mendekati Rayyan.
"abang..." panggilnya dengan meleret.
"mandi. kita solat jemaah" ujar Rayyan dingin.
Areena mengetap bibir. dia hanya mengakur arahan Rayyan tanpa mengeluarkan sebarang bunyi.
᪥᪥᪥
Areena meraup mukanya, mengaminkan doa.
dia terkedu apabila Rayyan bergerak menghadapnya dan menghulurkan tangan.
pantas dia menyambut tangan besar Rayyan. tangan itu dikucup lama.
"abang... maira minta maaf pasal tadi. maira tak sengaja nak sakitkan hati abang" dia sudah teresak-esak menangis di tangan Rayyan.
YOU ARE READING
C| Rayyan's Everything [OLD VER]
RomanceUNEDITED VERSION | NEW VERSION WILL BE COMING SOON [ʀ.ɪ sᴇʀɪᴇs ᴠᴏʟ 1] ☾︎𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧 𝐈𝐬𝐤𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 <> 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚 𝐀𝐫𝐞𝐞𝐧𝐚☽︎ Humaira Areena, seorang gadis yang bersifat lembut hati dan manja terpaksa bersikap sebaliknya demi m...