Areena mendekatkan dirinya dengan Rayyan yang sedang membutang hujung lengan kemejanya. tali leher berwarna hitam yang tersusun di dalam laci yang disediakan khas itu diambil.
"Abang..."
Rayyan menggumam sambil mengangkat kening.
"Sini maira pakaikan tie,"
Tawaran Areena membuatkan dia tersenyum manis lalu mengangguk.
Areena mula melilit tali leher itu di leher suaminya. Rayyan tersenyum manis melihat isterinya yang lincah memakaikannya tali leher. Tangannya dilekatkan pada pinggang wanita di hadapannya ini.
Senang hatinya dilayan begini. Sebelum ni, semua perkara dia buat sendiri. Tapi lepas berkahwin, makan pakainya semua Areena yang jaga.
"Ok dah siap!" ujar Areena ceria. Kedua-dua tangannya memegang lengan Rayyan.
"Thank you, sayang." Pipi kanan Areena dicium sekilas.
Areena tersenyum dan mengangguk. Dia menjinjit sedikit dan membalas perbuatan Rayyan tadi pada dagu lelaki itu.
"Sama-sama,"
Rayyan yang terkedu sebentar tadi tersenyum nakal.
"Tak nak bagi abang pergi kerja ke apa ni?" hidung Areena dicuit. Areena ketawa kecil.
"Ish! Dah la abang ni. Nanti lambat pula masuk kerja," Areena menepuk-nepuk tangan Rayyan yang dari tadi memegang sisi pinggangnya.
᪥᪥᪥
Perlahan-lahan pintu Far's Cafe dibuka.
"Reen!" panggil Kak Fara yang sedang menjaga kaunter.
Areena ketawa kecil. Laju saja kakinya melangkah ke arah kaunter yang pernah dijaganya dulu.
"Hai akak!"
"Amboi, Reen! Lepas kahwin ni nampak makin berseri-seri lah," usik Kak Fara sambil tersenyum nakal.
"Ada-ada je akak ni" Areena ketawa kecil.
"Reen nak buat order?"
Areena mengangguk laju.
"Reen nak satu hot latte dengan satu iced latte,"
"Reen tak nak rasa matcha latte ke?" Kak Fara menyoal sambil mengjungkit kening.
"Eh? Bukan..."
"Akak baru letak dalam menu," Kak Fara memintas. Sengaja dia menambah green tea dalam menu mereka kerana teringatkan Areena. Dia tahu bagaimana Areena gemar dengan green tea.
Areena mengangguk faham.
"Kalau macam tu Reen nak satu hot latte dengan hot matcha latte,"
"Okay. Ni nombor Reen. Dah siap nanti akak panggil," Kak Fara menyerahkan sekeping kertas kecil kepada Areena.
Areena senyum melihat kertas itu. Biasanya dia yang serahkan kertas ini kepada orang. Tapi hari ni, dia yang menerima kertas itu dari orang.
᪥᪥᪥
Bangunan besar dihadapannya dipandang.
Kakinya melangkah masuk ke dalam bangunan itu. Dia menuju ke arah kaunter.
YOU ARE READING
C| Rayyan's Everything [OLD VER]
RomanceUNEDITED VERSION | NEW VERSION WILL BE COMING SOON [ʀ.ɪ sᴇʀɪᴇs ᴠᴏʟ 1] ☾︎𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧 𝐈𝐬𝐤𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 <> 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚 𝐀𝐫𝐞𝐞𝐧𝐚☽︎ Humaira Areena, seorang gadis yang bersifat lembut hati dan manja terpaksa bersikap sebaliknya demi m...