"Along, kenapa tu?" tegur Puan Izyani setelah mengarahkan menantunya naik ke bilik. Mata menantu sulungnya itu sedikit sembab. Rayyan ketawa kecil.
"Tak ada apa lah tu, ma. Biasalah dia, makin sensitive. Tadi dia makan asam, banyak juga. Lepas tu along ambil lah. Last-last dia merajuk sampai menangis," cerita Rayyan sambil menggeleng. Puan Izyani ketawa, lawak pula melihat anak sulungnya ini melayan mood si isteri.
"Pujuk lah dia along. Kesian mama tengok. Nak bengkak dah mata tu," Puan Izyani menasihati anaknya walaupun tahu Rayyan pasti akan berbuat demikian. Rayyan hanya mengangguk, mengiyakan sahaja.
"Along tidur sini ke malam ni? Tak pernah-pernah hujung minggu tidur rumah mama ni," soal Puan Izyani. Rayyan hanya menggumam.
"Areena yang ajak, ma," beritahu Rayyan tenang. Sejak Areena habis berpantang dahulu, seminggu sekali pasti pasangan itu akan tidur di rumah Tengku Rozaimi kecuali pada hujung minggu. Katanya mahu meluangkan masa bersama berdua.
᪥᪥᪥
Rayyan mengeluh kecil melihat isterinya yang sudah tertidur di sisinya. Rasa kesian mula bertandang dihati melihat Areena yang tidur dengan posisi yang kurang selesa baginya. Selalunya Areena akan tidur di atas lengannya dan membelakangi dia tetapi hari ni wanita itu tidur menyandar di kepala katil dengan berlapik bantal. Serba salah pula dia bila mengenangkan dia tidak dapat memenuhi kehendak isterinya.
Salahkah dia? Dia cuma tak membenarkan Areena makan asam dengan kuantiti yang banyak? Dari pagi sehingga kini isterinya itu masih merajuk.
Al-Quran ni meja sisi katil diambil. Halaman dimana mulanya Surah yang ke-19 itu dibuka lalu perlahan-lahan dia mengalunkan ayat-ayat suci tersebut. Pada masa yang sama, Rayyan juga mengusap bahagian ari-ari isterinya.
Tamat sahaja ayat terakhir, Rayyan mengucup al-Quran yang dipegangnya lalu meletakkannya di tempat asal. Rayyan mendekatkan wajahnya ke perut Areena.
"Anak ayah... Umi merajuk dengan ayah lah, sayang. Nanti sayang tolong lah ayah pujuk umi sekali, ya?" ujar Rayyan sambil ketawa kecil. Perut Areena yang sudah jelas menunjukkan bentuk itu dicium sekilas. Wajahnya naik pula ke milik si isteri.
"Sleep well, isteri abang," pipi Areena yang semakin tembam dicium kasih sebelum dia turut melelapkan diri.
᪥᪥᪥
Mulut yang terasa bagai mahu mengeluarkan isi perutnya ditekup. Lengan Rayyan yang melingkar di perutnya dialihkan secara perlahan. Areena bergegas menuju ke tandas tingkat bawah. Usai saja sampai di tandas, mukanya didekatkan ke mangkuk tandas.
Welkk. Welkk
Isi-isi perutnya dimuntahkan ke dalam mangkuk tandas tadi. Begitulah keadaannya sejak masuk tiga bulan dulu, dan kini usia kandungannya sudah menjejak hampir tujuh bulan. Dada sendiri diusap.
Tiba-tiba belakangnya rasa digosok oleh seseorang. Apabila memusing, ibu mertuanya sedang menggosok belakangnya lembut. Dia kembali memuntahkan isi perutnya.
"Dah habis dah?" soal Puan Izyani. Areena mengangguk sambil menayang senyuman. Dia berkumur beberapa kali.
"Rayyan mana? Kenapa tak guna tandas bilik?" pelik dibuatnya bila melihat Areena dalam keadaan begini tanpa Rayyan. Bergaduh ke?
"Mama? Sayang? Kenapa ni?" Kedua-dua wanita itu berpaling ke arah suara yang menegur. Nampak saja kelibat Rayyan, perut yang sudah lega tadi kembali bergelojak ingin keluarkan isi.
YOU ARE READING
C| Rayyan's Everything [OLD VER]
RomanceUNEDITED VERSION | NEW VERSION WILL BE COMING SOON [ʀ.ɪ sᴇʀɪᴇs ᴠᴏʟ 1] ☾︎𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧 𝐈𝐬𝐤𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 <> 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚 𝐀𝐫𝐞𝐞𝐧𝐚☽︎ Humaira Areena, seorang gadis yang bersifat lembut hati dan manja terpaksa bersikap sebaliknya demi m...