ℳ𝓇𝓈. ℛ𝒶𝓎𝓎𝒶𝓃| 39

9.8K 402 24
                                    

"Abang... kalau apa yang Han cakap siang tadi betul, abang happy tak?" Areena menyulam jari kecilnya dengan jari besar Rayyan.

Rayyan yang sedang ralit memandu mengerling Areena sekilas.

"Mestilah... tapi sayang nak ke anak dengan umur muda macam ni?"

laju Areena mengangguk.

"Maira teringin nak rasa ada yang duduk dalam ni," tangan Rayyan tadi dibawa ke perutnya.

"Teringin nak rasa dia bergerak, dia tendang. mesti comel!" kata Areena.

Lantas tangan yang dipegang isteri itu mengambil sebelah tangan isterinya dan dibawa ke bibir. Lama.

"Insyaallah kalau ada rezeki kita, ada lah tu," setelah itu Rayyan meletakkan tangan mereka di atas pahanya.

"Oh ya,abang. tadi paksu ada bagitahu maira yang sabtu ni dia nak buat majlis doa selamat dan tahlil. Dia jemput kita tidur kat sana malam tu,"

"Sayang nak pergi?" soal Rayyan sebaik sahaja Areena berhenti bercakap.

Areena mengangguk sekali.

"asalkan abang ada dengan maira,"

᪥᪥᪥

Areena menarik nafas panjang. Tangan Rayyan diribanya digenggam kemas seperti tidak mahu dilepaskan. Nak-nak lagi apa bila ada kereta yang cukup dikenalinya.

Rayyan yang perasan dengan kelakuan Areena itu menarik tubuh Areena mendekat. Dagu Areena direhatkan dibahunya.

"Abang ada..." bisik Rayyan. Belakang tubuh Areena digosoknya perlahan.

Setelah agak lama dalam keadaan begitu Rayyan mengucup bahu Areena sekilas sebelum menjauhkan jarak mereka.

"Jom," mereka keluar dari kereta Nissan Almera milik Areena. Sengaja mereka guna kereta ini supaya tidak nampak keterlaluan. Areena berdiri ditepi kereta sementara menunggu Rayyan mengeluarkan beg pakaian mereka.

"Kak Areen," Areena dan Rayyan memusing melihat gerangan yang baru keluar dari muka pintu rumah Encik Azham.

"eh! Adrian bila sampai?" soal Areena kepada Adrian yang sedang menyalam suaminya.

"Semalam. Kak Areen dengan abang masuk lah dulu. Ayah dengan mama tak ada sebab pergi beli barang masak untuk malam ni," Areena mengangguk.

"Ada barang lagi ke? Kalau tak Ian nak tolong" pelawa Adrian. Rayyan menggeleng.

"Tak ada. Yang ni je," Rayyan membalas sambil menunjuk beg di tangannya.

Adrian mengangguk.

"Jom lah. Ian tunjuk bilik terus. Abang dengan Kak Areen boleh rehat dulu,"

Mereka bertiga mengatur langkah ke dalam rumah. Areena berhenti seketika untuk bersalam dengan nenek dan kakak sepupunya. Dan seperti biasa tangannya disambut dingin. Adrian yang melihat hanya mampu menggeleng. Rayyan tak usah cakap ikutkan hatinya mahu saja dia menarik tangan Areena untuk jauh dari mereka.

"Kak Areen, jom"

᪥᪥᪥

Areena terus menyandarkan kepala di dada bidang Rayyan yang sedang duduk di atas katil sebaik sahaja dia melepaskan lilitan tudungnya. Areena melepaskan keluhan. Matanya dipejam rapat.

C| Rayyan's Everything [OLD VER]Where stories live. Discover now