"Dah, makan jom. Mama bawakan makanan tadi," ajak Rayyan setelah semuanya kembali tenang. Areena sekadar mengangguk. Rayyan bangun dari katil untuk mengambil bekal makanan yang dibawa oleh Puan Izyani tadi.
"Nak abang suap?" soal Rayyan. Areena mengangguk laju sambil mengulum senyuman.
"Bismillah," Rayyan menyua sudu ke mulut Areena. Senyuman Areena menjadi semakin lebar sebelum dia membuka mulutnya.
Dalam ralit bersuap mereka berdua tak sedar bahawa seseorang sedang melihat mereka disebalik pintu sambil tersenyum nipis. Lega kerana anak perempuannya itu tidak berkeras dengan Rayyan sebagaimana wanita muda itu berkeras dengan adik-adiknya.
Encik Hamzah mengalih pandangan apabila bahunya ditepuk sekali.
"Dah ke, yah?" tegur Hamizan yang baru saja pulang dari tandas. Encik Hamzah mengangguk. Pintu wad itu diketuk sebelum mereka berdua melangkah masuk.
Areena menjeling apabila mendapati adik 'kesayangannya' itu memandangnya dengan riak jengkel.
"Tengah sakit-sakit pun nak menggedik dengan abang ipar orang," kata Hamizan sambil memeluk tubuh. Sengaja cari gaduh.
Areena menggulingkan bebola matanya. Perlahan-lahan kakinya dijatuhkan ke lantai dan...
"Aduh! Kakak! Sakit lah!" Hamizan menjerit kesakitan apabila kakinya dipijak kuat oleh Areena. Dah la dia pakai selipar je.
"Padan muka kau. Banyak la cakap lagi," Areena membalas selamba.
"Abang... tengok kakak ni" Hamizan mengadu kepada abang iparnya yang sedang mengekek ketawa.
"Siapa suruh kau panggil suami aku abang?"
"Dah tu nak orang panggil apa? Rayyan?"
"Abang Rayyan. Jangan nak gedik panggil abang saja, faham?!"
Hamizan membuat muka mengejek. Encik Hamzah hanya menggeleng kepala. Pening dengan kerenah dua beradik ni.
"Dah-dah lah tu. Rayyan, kakak. Ayah balik dulu tau,"
"Kalau macam tu ni kunci rumah kami. Ayah dengan Mizan tinggal lah situ malam ni," Rayyan meletakkan bekas makanan di meja tepi katil sebelum menyeluk poket seluar sleknya.
"Eh. Tak apa, Rayyan. Ayah dengan Mizan dah bincang nak duduk rumah lama Areena," Encik Hamzah menolak.
"Betul tu, ABANG RAYYAN. Lagi pun Mizan rindu rumah tu. dah lama tak balik sini," ujar Hamizan. sengaja dia menekan perkataan 'Abang Rayyan' itu untuk memerli kakaknya.
Rayyan hanya mengangguk.
"Semoga hantu dalam rumah tu rindu kau," sengaja Areena mengusik tentang hantu pada Hamizan. Tahu adiknya itu akan takut.
Rayyan sudah tersengih suka. Rasa kelakar dengan gurauan isterinya. Tambahan pula dengan riak wajah Hamizan berubah menjadi cuak.
Sekejap.
Rayyan terfikir sesuatu. Kalau Areena usik adiknya begitu, sudah tentu lah wanita muda tu tak takut. Jadi maknanya malam yang dia usik Areena tu, Areena pura-pura takut lah?
Baru dia sedar, rupa-rupanya wanita itu sudah mula menunjuk sisi manjanya daripada sebelum mereka kahwin lagi. Cuma dia yang tak perasan. Atau mungkin Areena yang terlalu pandai sembunyikannya.
Rayyan tersenyum senang.
"Ayah... tengok lah kakak ni," adu Hamizan. Sekali lagi Encik Hamzah menggeleng. Tahu sangat dengan anak lelakinya yang seorang ni.
Bukan kata seorang tapi semua. Semua anak lelakinya penakut. Dari kecil lagi. Tertukar pula dengan anak perempuannya yang berani terlajak. Dia masih ingat lagi dimana anak perempuannya itu pernah membuka jendela kayu biliknya kerana terdengar bunyi ketukan. Nasib baik lah tiada apa yang berlaku itu.
YOU ARE READING
C| Rayyan's Everything [OLD VER]
RomanceUNEDITED VERSION | NEW VERSION WILL BE COMING SOON [ʀ.ɪ sᴇʀɪᴇs ᴠᴏʟ 1] ☾︎𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧 𝐈𝐬𝐤𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 <> 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚 𝐀𝐫𝐞𝐞𝐧𝐚☽︎ Humaira Areena, seorang gadis yang bersifat lembut hati dan manja terpaksa bersikap sebaliknya demi m...