Encik Hamzah dan beberapa orang lagi tersenyum nipis melihat dua kujur tubuh yang sedang tidur sambil berpelukan di atas katil pesakit itu. Sudah lama mereka tunggu diluar sebenarnya, ingatkan masih belum habis perbualan suami isteri itu. rupanya dua-dua lena.
Baru saja Encik Hamzah mahu cuba bantu menyelesaikan. Dia tahu bagaimana panasnya api anak sulungnya sedang marah.
"Rayyan..." bahu Rayyan dicuit perlahan. Rayyan membuka matanya perlahan. Kepalanya memusing ke belakang sedikit. Agak terkejut sedikit tapi dia masih dapat mengawal tindakannya yang hampir terus bangun dari katil.
Areena yang sedang tidur di atas lengan sambil memeluk pinggangnya dipandang. Perlahan-lahan dia meletakkan kepala isterinya di atas bantal dan bangun dari katil.
"Maaf along tertidur tadi," Rayyan menyapu belakang lehernya.
"Takpe... Areena macam mana?" soal Encik Hamzah.
"Macam tu lah dia. Biasalah terkejut macam tu nanti dia okey lah kot," balas Rayyan ringkas.
Mereka semua hanya mengangguk. Puan Izyani dan Raisya kurang percaya dengan apa yang berlaku tadi. Cukup kenal dengan Rayyan yang tidak suka apabila ditengking. Mereka dari luar tadi dengar saja apabila Areena meninggikan suara kepada Rayyan, takut juga mereka kalau Rayyan hilang sabar dengan isterinya tadi tapi syukurlah itu semua tidak terjadi.
"Sya... macam mana humaira boleh tahu pasal ni?" soal Rayyan pada Raisya. Dia tahu adik bongsunya takkan bagi tahu Areena tanpa pengetahuan dari dia dulu. Dia cukup kenal dengan Raisya yang sentiasa mendengar segala arahan darinya tanpa membantah.
"Sya tak tahu... tadi ada sorang perempuan ni datang kat sini. Lepas tu dia yang bagitahu kak long. Sya tak rasa dia nurse kat sini sebab tadi masa kak long cakap dengan dia tadi, gaya macam diorang ni musuh pun ada,"
Rayyan berkerut dahi. Musuh? Sejak bila isterinya ada musuh? Setahu dia isterinya ini memang sentiasa lembut dengan orang sekelilingnya.
"Takkan Kak Batrisya?" semua mata terkalih ke arah Hamizan.
"Siapa Batrisya?" Encik Hamzah menyoal. Dia sendiri tak kenal gerangan yang bernama Batrisya tersebut.
"Anak Pak Cik Wadee, bekas ayah tiri kitaorang. Baru-baru ni kakak ada telefon mizan juga. Dia ada bagitahu yang dia jumpa Kak Batrisya tu. Dia kata Kak Batrisya tak habis-habis nak cari gaduh dengan dia," jelas Hamizan. dia hanya mengagak. Tak mustahil baginya kalau Batrisya yang bagitahu. Dia pun tahu kakaknya dan Batrisya memang dari dulu tak kamcing.
Encik Hamzah terdiam, dia sendiri tak tahu menahu tentang Batrisya memandangkan Areena melarang keras adik-adiknya untuk membuka cerita tentang bapa tiri mereka serta anak-anak lelaki itu.
"Tapi macam mana dia boleh tahu Areena gugur?" Puan Izyani menyoal kembali.
Semua menggeleng tak tahu. Rayyan pula sudah menjeling ke arah Farhan. Farhan seakan-akan faham maksud pandangan itu mengangguk.
"Rayyan, mama balik dulu lah. Papa dah nak balik ni. Yang ni makanan untuk Areena, jangan lupa bagi dia nanti,"
Rayyan mengangguk.
"Ayah, Rayyan pun nak balik rumah sekejap. Nak ambil baju untuk Humaira tukar esok. Ayah tolong tengokkan dia sementara Rayyan pergi, boleh?"
Encik Hamzah menayang senyum buat menantunya.
YOU ARE READING
C| Rayyan's Everything [OLD VER]
RomanceUNEDITED VERSION | NEW VERSION WILL BE COMING SOON [ʀ.ɪ sᴇʀɪᴇs ᴠᴏʟ 1] ☾︎𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧 𝐈𝐬𝐤𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 <> 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚 𝐀𝐫𝐞𝐞𝐧𝐚☽︎ Humaira Areena, seorang gadis yang bersifat lembut hati dan manja terpaksa bersikap sebaliknya demi m...