"awak... memang kena bertolak malam ni juga ke?" Areena menggoncangkan lengan suaminya.
Rayyan tergelak kecil sebelum sebelah tangannya naik bermain dengan rambut Areena manakala sebelah lagi memegang lengan Areena.
"ye, kena malam ni juga sebab esok meeting start pukul 3"
"memang tak boleh bertolak esok ke?"
"no, sayang. aku kena balik malam ni juga"
Areena mengeluh.
"kau tak bagi aku balik malam ni sebab nak suruh aku teman kau tidur eh?" Rayyan tersengih miang. sengaja dia mengusik.
Areena memukul lengan Rayyan geram.
"ish dia ni! bukanlah! bukan macam tu!"
"orang risau dia drive lewat-lewat malam, dia main-main pula" Areena mengomel.
Rayyan mencubit pipi isterinya kuat hingga wanita itu mengaduh kesakitan.
"ohh jadi kau takut aku accident lah ni?" usiknya lagi.
pap!
"apa benda awak ni!" Areena menampar lengan Rayyan kasar sebelum berjalan untuk keluar dari bilik.
pantas lengan Areena direntap supaya menghadapnya semula hingga wanita itu terjerit kecil. bahu wanita itu dipegangnya.
"aku bergurau jelah, Humaira" pipi Areena diusap lembut.
"gurau apa macam tu?! awak tahukan kata-kata tu satu doa! awak nak sangat ke accident tu?" Rayyan dijelingnya tajam.
fuhhh...
"eh apa ni?!" Areena menggosok matanya.
"kau jeling aku" Rayyan menjawab selamba.
"dah tu kenapa tiup mata saya?" dia menjeling Rayyan sekali lagi.
"awak!!!" marahnya.
"siapa suruh jeling suami?" soalan Rayyan membuatkan Areena mendengus perlahan.
"sorry" ucapnya perlahan sambil menunduk.
"haih... kau ni" tubuh isterinya ditarik ke dalam pelukan.
"awak..." Areena cuba menolak tubuh Rayyan jauh darinya.
"shhh... duduk diam-diam lah" Areena hanya mengalah. Rayyan mengetatkan lagi pelukan. dia merehatkan kepala Areena didadanya.
"jangan risau lah. bukannya aku seorang je yang balik. lagi pun Han dan Razif naik dengan aku sekali. nanti kitaorang tukarlah pemandu. kalau mengantuk pun nanti, aku janji aku berhenti kat mana-mana" belakang Areena ditepuk berkali-kali dengan perlahan seperti memujuk.
Areena mendongak memandang Rayyan.
"janji bila dah sampai sana nanti terus call saya, tak kira pukul berapa pun awak sampai?"
Rayyan ketawa kecil.
"iya sayang, aku janji" dahi Areena dikucup ringkas, membuatkan Areena memejamkan matanya. rambut panjang Areena yang terjurai juga diselitkan dibelakang telinga.
"dah, aku nak ambil wuduk dulu. kau tak boleh solat kan?" Rayyan menggosok belakang badan isterinya.
Areena mengangguk.
selepas saja Rayyan keluar dari bilik, Areena terus membentangkan sejadah untuk suaminya sebelum duduk bersila di atas katil.
᪥᪥᪥
"aku pergi dulu. jaga diri. kalau ada apa-apa terus call aku, faham?" ujarnya lembut.
"ye, saya faham" Areena mencapai tangan Rayyan untuk disalam.
YOU ARE READING
C| Rayyan's Everything [OLD VER]
RomanceUNEDITED VERSION | NEW VERSION WILL BE COMING SOON [ʀ.ɪ sᴇʀɪᴇs ᴠᴏʟ 1] ☾︎𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧 𝐈𝐬𝐤𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 <> 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚 𝐀𝐫𝐞𝐞𝐧𝐚☽︎ Humaira Areena, seorang gadis yang bersifat lembut hati dan manja terpaksa bersikap sebaliknya demi m...