ℳ𝓇𝓈. ℛ𝒶𝓎𝓎𝒶𝓃| 27

11.1K 439 9
                                    

"haa laki bini, jangan lupa juga sekali sekala singgah tidur sini!" sergah Puan Izyani, saja bergurau. Areena ketawa kecil.

"iya, mama..." sahut Rayyan yang baru saja meletakkan beg-beg pakaian mereka di dalam boot kereta.

selepas bersalam dengan semua, kereta milik Rayyan dan Areena mula bergerak keluar dari perkarangan rumah agam milik Tengku Rozaimi.

Areena mengikut kereta Rayyan dari belakang hinggalah kereta mereka masuk ke dalam perkarangan sebuah banglo dua tingkat. pintu pagar automatic itu tertutup setelah mereka berhenti.

dia tertanya-tanya, rumah ni ke dia akan tinggal nanti? terlalu besar ni.

tenungannya terhenti apabila pintu disebelahnya dibuka oleh Rayyan. dia memandang wajah Rayyan dengan terkebil-kebil.

"tenung apa?" Rayyan membongkokkan badannya dan membuka tali pinggang keledar yang terlilit pada badan Areena. tindakan Rayyan membuatkan Areena bersandar sepenuhnya dikerusi dan menahan nafasnya.

Rayyan ketawa kecil. suka betul dia tengok reaksi Areena begitu

"bernafas, Humaira. nak mati sangat ke yang tahan nafas dari tadi" dia menarik lengan Areena keluar dan menutup pintu kereta itu.

Areena mencebik.

"abang, kita tinggal kat sini ke?" soalnya sambil mengangkat kepala melihat banglo di hadapannya.

"ya, kita tinggal sini" Rayyan menarik bahu Areena merapatinya.

"tak besar sangat ke untuk kita dua? tak jadi sunyi ke nanti?" Areena mengangkat kepala memandang wajah suaminya yang kacak.

"kalau takut sunyi. kita kena ada anak ramai-ramai lah dalam masa terdekat ni kan?" Rayyan mengjoget kedua-dua belah kening berkali-kali.

"aduh!" Rayyan ketawa besar selepas itu.

Rayyan menggosok kepala yang berlapik dengan tudung itu sebelum tangannya melingkar kembali di bahu Areena.

"bukan tadi dah makan ke? kenapa gigit abang?"

Areena memincing mata melihat tangan dibahunya. tengok tangan tu. nak kena lagi ke?!

dia mengacah untuk menggigit tangan itu buat kali kedua.

cepat-cepat Rayyan melarikan tangannya. mahu juga hilang isi dia nanti.

"okay okay. dah dah. panas ni, jom masuk. ambil ni, masuk dulu. abang nak angkat beg" kunci rumah diletakkan dalam genggaman Areena.

Areena mengangguk dan terus menuju ke arah pintu.

᪥᪥᪥

"Humaira, sini. abang ada benda nak cakap"

Areena yang baru keluar dari walk in closet berkarut dahi sebelum berjalan ke Rayyan yang sedang duduk bersila atas katil. dia juga turut bersila dihadapan suaminya.

Rayyan menarik Areena merapat hingga lutut berlaga. cemberut muka Areena. dah kenapa ni?

"abang... abang nak cakap apa ni?" dia merenung pelik. dalam masa yang sama jantungnya berdebar menunggu lelaki itu memulakan percakapannya.

Rayyan mengusap seluruh wajah Areena lembut, dari kening hingga ke rahang.

"sebelum abang mula cerita. abang nak tahu, maira mimpi apa semalam?"

Areena meneguk air liurnya berkali-kali. dia menunduk dan mengutil kukunya.

Rayyan menerkup kedua-dua tangan Areena yang sedang mengutil kukunya sesama sendiri dengan sebelah tangan besarnya.

"boleh sakit nanti, sayang"

Rayyan mengeluh perlahan sebelum menyambung.

"kalau tak nak bagitahu abang, tak apa. cuma satu je abang nak tahu. sejak bila sayang mimpi macam tu atau malam tadi was the first time?" tangan isterinya dielus lembut.

Areena mengangkat wajah dan merenung anak mata Rayyan lembut. lama. dia menarik nafas dalam-dalam.

"maira... maira mimpi abang tinggal maira macam orang lain" dia menunduk kembali. air mata sudah mula bertakung di kelopak mata.

Rayyan membisu untuk memberi ruang pada Areena untuk menyambung. tangan kanannya naik ke belakang kepala Areena dan mengusap lembut.

"malam tadi bukan first time maira mimpi macam tu. maira dapat mimpi tu sejak arwah ibu meninggal. lepas semua orang benci maira"

"abang... maira tahu salah maira sebab tak jaga ibu betul-betul dulu. tapi kenapa diorang benci sangat dengan maira, abang? semua tu memang betul-betul salah maira ke?" dia menatap wajah Rayyan kembali dengan air mata sudah membasahi pipi.

Rayyan mengusap kedua-dua belah pipi isterinya yang basah. mata yang masih berair itu dikucup lembut.

"shh... walaupun abang tak tahu cerita yang detail. tapi abang tahu isteri abang tak salah. isteri abang dah cuba buat yang terbaik because she was a clever girl and she has a smart brain" tubuh Areena ditarik ke dalam pelukan. dia tak mahu tanya lebih-lebih. cuping telinga dan tepi kepala Areena dicium lama sebelum dia meleraikan pelukan.

Areena menatap wajah Rayyan. walaupun hatinya terasa sakit, dia masih lagi mentafsir ayat yang keluar dari mulut suaminya tadi.

kenapa rasa macam dapat déjà vu?

dia hanya mengabaikannya. dia tak boleh teringatkan tentang lelaki yang dia jumpa dua tahun lepas. dia sudah bersuami dan suaminya ada dihadapannya sekarang.

mereka diam seketika.

"abang... abang tak kan tinggal maira macam orang lain kan?" dia menatap anak mata Rayyan. mata dia bergetar.

Rayyan tersenyum nipis dan mendaratkan bibirnya pada dahi Areena. Areena memejamkan matanya, tenang. memang. setiap kali menerima kucupan Rayyan, dia berasa tenang.

"tak. insyaallah, sayang. selagi abang hidup, abang tak kan tinggalkan isteri abang ni. bidadari dunia yang Allah dah cipta untuk jadi peneman hidup abang. dan insyaallah. bidadari buat abang di syurga nanti"

kata-kata Rayyan berjaya membuatkan perut Areena berasa sebu. pantas kedua tangannya memegang dan mengucup tangan kanan Rayyan lama.

"terima kasih, abang" perlahan saja suaranya keluar.

'she had through enough...'

tangan kiri Rayyan mengangkat dagu Areena memandang wajahnya.

"sini abang cerita satu benda..."

❀❀❀

❀❀❀

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
C| Rayyan's Everything [OLD VER]Where stories live. Discover now