"assalamualaikum" salam diberi sebelum kaki kanannya melangkah masuk.
"lama sangat tak datang rumah ni. habuk pun dah banyak" Areena mengomel perlahan. perlahan apanya? abang saudaranya yang berdiri disebelah pun boleh dengar.
Azil ketawa kecil.
"tulah kakak. orang offer duduk sekali taknak. padan muka kena kemas" usik Azil.
Areena mencebik. ada je benda nak diusiknya.
"ish su ni! haa Kak Hana macam mana? sihat? bila kakak boleh dapat baby?" tak semena mena disoalnya tentang isteri Azil.
ya... Azil baru saja berkahwin sebulan yang lalu dengan rakan sekolahnya atau lebih tepat,girlfriendnya dari zaman universiti lagi.
"eh jauh sangat lari topiknya,kakak" Azil ketawa besar, dia tahu Areena geram dengannya.
Areena memuncung bibir. tepi semuanya,dia nak merajuk!
"dah dah jom kita kemas sama sama. tak payah nak merajuk sangat"
᪥᪥᪥
selesai saja mengemas, mereka menikmati makan malam bersama, sudah terlalu lama mereka tak makan sekali, Encik Hamzah, Azil, Areena, Hamizan, Hafiz, Haris.
Encik Hamzah memerihati seorang demi seorang anaknya. suasana sunyi, selalunya ada saja topik 4 beradik tu untuk dibahaskan. tapi anak-anak lelakinya sedang merajuk dengan kakak mereka.
dia menatap muka si sulung, dia tahu anak perempuannya itu sedang menahan perasaan sedih. dia juga tahu anak perempuannya itu tak mahu berjauhan dengan adik-adiknya. memandangkan puterinya itu dari kecil lagi sudah menjaga ketiga-tiga adiknya sendiri. tanpa bantuan sesiapa.
tiba-tiba muncul sesuatu yang terlintas di fikirannya untuk menceriakan suasana.
pandangannya terkalih pula pada Azil yang dari tadi memandangnya. kedua-dua lelaki itu menjoget kening.
"kakak, ayah carikan calon suami nak?"
uhuk!
tercekik empat beradik tu!
"HAHAHAHAH KAKAK NAK KAHWIN? HAHAHAH" Hamizan yang dari semalam diam ketawa besar. Hafiz dan Haris juga turut ketawa.
"ayah!!! apa ni! kenapa cakap pasal ni masa tengah makan?!" haih geram betullah. dia bukannya geram sangat sebab tengah makan, tapi dia geram sebab depan adik-adiknya. pasti 3 orang tu akan ketawakan dia. tengoklah tadi!
"HAHAHAH AYAH! tak payahlah carikan calon! kesian bakal abang ipar kitaorang tu nanti! tak pasal pasal kena telan dengan beruang kebulur ni!"
giliran Azil dan Encik Hamzah pula ketawa. haih budak-budak ni.
Ehem!
Areena berdehem dengan agak kuat, serta merta keadaan kecoh itu kembali sunyi.
ok... beruang kebulur dah muncul.
haa kalau dah ayah dengan su pun diam apatah lagi 3 orang budak tu.
"dah dah makan makan" Encik Hamzah bersuara.
"lepas makan ni akak nak pergi hospital,jumpa paksu. lepas tu nak bagi terus kunci rumah atok ni" Areena pula bersuara.
"nak su temankan tak?" Azil menyoal adik saudaranya.
"takpe akak pergi sorang je"
sebenarnya hubungan Azil dengan adik beradik Areena memang sangat rapat dari kecil lagi, tak ubah seperti adik beradik kandung.
᪥᪥᪥
"assalamualaikum" pintu wad ditolak perlahan.
dia melihat paksunya sedang duduk disebelah katil atoknya.
"paksu" Areena memanggil Encik Azham perlahan
faham apa yang dimaksudkan Areena, Encik Azham terus berdiri dan berjalan keluar daripada wad emaknya, begitu juga dengan Areena.
"paksu,Areen datang nak bagi kunci rumah" segugus kunci dikeluarkan dari beg tangannya.
Encik Azham memandang kunci-kunci itu dengan pandangan sayu.
dia mengeluh lemah sebelum mengambil gugusan kunci tersebut.
᪥᪥᪥
selepas berbual tentang beberapa perkara dengan Encik Azham, Areena terus ke Far's Cafe untuk berjumpa dengan Kak Fara.
nasib baiklah ketika dia sampai di sana Kak Fara masih lagi belum pulang.
dia berjumpa Kak Fara untuk meminta izin keluar beberapa jam semasa waktu bekerja esok.
alhamdulillah, Kak Fara sangat memahami keadaannya dan membenarkannya.
selepas selesai semua urusan, Areena pulang kerumah baru yang didudukinya.
pintu bilik utama dibuka. dia terus membaringkan diri di atas katil.
baru saja dia mahu memejamkan matanya, pintu bilik diketuk beberapa kali. dengan pantas dia bangun dari baringannya
"kakak..."
"eh, Mizan,Fiz,Ris, kenapa tak tidur lagi? esok dah nak bertolakkan?" soalnya dengan nada yang lembut.
"er... akak boleh tak kitaorang nak tidur dengan akak?"
Areena memandang mereka pelik.
"mana boleh. korang dah besarkan"
"bolehlah kak, kali ni je. lepas ni kita dah tak jumpa" Haris berkata dengan suara yang agak bergetar.
Areena terdiam agak lama sebelum menjawab.
"yelah... meh sini"
ketiga-tiga lelaki itu berjalan ke arah Areena sebelum memeluk kakak mereka.
pada malam itu, mereka empat beradik berbual tentang banyak perkara sebelum masing masing memejamkan mata.
❀❀❀
YOU ARE READING
C| Rayyan's Everything [OLD VER]
RomanceUNEDITED VERSION | NEW VERSION WILL BE COMING SOON [ʀ.ɪ sᴇʀɪᴇs ᴠᴏʟ 1] ☾︎𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧 𝐈𝐬𝐤𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 <> 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚 𝐀𝐫𝐞𝐞𝐧𝐚☽︎ Humaira Areena, seorang gadis yang bersifat lembut hati dan manja terpaksa bersikap sebaliknya demi m...