"terima kasih sebab temankan saya" ucap Areena.
"hmm, nanti nak pergi fitting baju aku ambil kau. kita pergi sama-sama"
"eh, takpe sebab sebelum tu saya nak jumpa paksu dengan atok saya dulu sekejap"
Rayyan mengerutkan dahi.
"apa masalahnya? kita pergi je lah sama-sama. boleh aku kenal dengan family kau" ujar Rayyan.
Areena mengangguk, ikut saja. kalau bantah nanti kena ugut lagi.
"ok lah saya masuk dulu tak elok berdua walaupun depan rumah apa pula kata jiran nanti"
"yelah, jangan lupa kunci pintu" Rayyan memesan. risau sangat dia tu!
"iye, awak tu bawak kereta elok-elok. hati-hati takut nanti ada yang teman" Areena tersenyum nakal, saja nak mengusik.
"tch. kau tu hati-hati, dia mengendap kat tingkap bilik, aku tak tahu" Rayyan membalas. haaa nak mengusik sangat ye...
"ish! awak ni! dah la saya masuk dulu!" bentak Areena. niat nak kenakan orang, last last dia yang terkena balik! tak suka tak suka.
Rayyan tersenyum menang. tahu takut...
"hati-hati" Rayyan memesan lagi sekali dengan nada yang mengusik.
Areena mendecit geram, cemberut habis wajahnya sekali dengan jelingan tajam dihadiahkan buat Rayyan. reaksi Areena membuatkan Rayyan tertawa kecil.
Rayyan menunggu di depan pagar hinggalah Areena menutup pintu rumahnya. baru lah senang sikit hatinya untuk pergi.
᪥᪥᪥
Audi RS7 Rayyan sudah terpacak di depan rumah Areena.
Areena membuka pintu penumpang belakang, baru saja dia mahu masuk kakinya terbantut akibat ditegur Rayyan.
"kau ingat aku driver kau? duduk depan!"
Areena menarik muncung sebelum menukar tempat duduknya.
selepas saja Areena menarik tutup pintu kereta, Rayyan memulakan perjalanan mereka.
᪥᪥᪥
Areena menggenggam baju blouse yang dipakainya. nafasnya mula sesak kerana melihat kerata yang berada di hadapan rumah Puan Aminah.
"Humaira? dah sampai ni" lamunan Areena terhenti akibat teguran dari Rayyan.
"hah? oh ya, jom" Areena mengawal nafasnya.
" I'm with you, little girl. please breath properly" Rayyan cuba menenangkan Areena, dia tahu kenapa wanita itu berubah tiba-tiba.
Areena mempamerkan senyuman nipis.
"jom lah" nada suara seperti berbisik sedikit.
Rayyan menyamai langkahnya dengan Areena.
"assalamualaikum" salam diberi sebelum kaki mereka melangkah masuk.
"waalaikumsalam, Areen mari sini" Encik Azham memanggil Areena dan Rayyan duduk di sofa ruang tamu. keberadaan Fauzan di situ membuatkan Areena berasa tidak selesa, tapi dia tetap mengorak langkah ke arah mereka. Rayyan hanya setia mengikut langkah bakal isterinya.
"jadi ni lah bakal suami Areen ya?" Encik Azham menyambut huluran tangan Rayyan dengan mesra.
"ya paksu" Areena membalas.
YOU ARE READING
C| Rayyan's Everything [OLD VER]
RomansaUNEDITED VERSION | NEW VERSION WILL BE COMING SOON [ʀ.ɪ sᴇʀɪᴇs ᴠᴏʟ 1] ☾︎𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧 𝐈𝐬𝐤𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 <> 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚 𝐀𝐫𝐞𝐞𝐧𝐚☽︎ Humaira Areena, seorang gadis yang bersifat lembut hati dan manja terpaksa bersikap sebaliknya demi m...