Pulang saja dari bercuti dua minggu lepas, rutin mereka berjalan seperti biasa. Rayyan pergi kerja. Areena membawa bekal makan tengah hari. Ketika ingin pulang, seperti biasa Areena menghulur tangan untuk bersalam dengan suaminya.
"Drive elok-elok. Dah sampai rumah mama nanti call abang," pesan Rayyan sambil mengucup ubun-ubun isterinya yang berbalut dengan tudung itu. Areena mengangguk tanda faham.
"Tapi sebelum tu Maira nak minta izin pergi satu tempat dulu, boleh?" tangan Rayyan digenggam. Mata dikedipkan beberapa kali. Rayyan ketawa kecil dengan kelakuan isterinya. Hidung Areena dicuit geram.
"Pergi lah. Tapi hati-hati, hmm?" pesan Rayyan lembut. Areena mengangguk laju. Rayyan menggosok kepala isterinya lembut.
᪥᪥᪥
"Tahniah, kak long,"
"Terima kasih, Zif," ucap Areena kepada adik iparnya yang memakai kot doktor itu.
"Bila kak long nak bagitahu semua pasal ni?" teruja dengan berita yang diketahuinya tadi. Pasti abang sulungnya itu gembira.
"Insyaallah malam ni. Kak Long balik dulu, ya? Jumpa kat rumah nanti," Razif mengangguk.
"Hati-hati, kak long," pesan Razif. Areena membalas dengan senyuman manis.
᪥᪥᪥
Sebaik sahaja enjin kereta dipanaskan, Areena terus mendaratkan telapak tangannya pada bahagian ari-arinya. Air mata gembiranya menitis tanda syukur. Akhirnya, dapat jua dia merasa sekali lagi kehadiran janin di dalam rahimnya.
"Alhamdulillah. Terima kasih, Yaallah," wanita muda itu teresak kecil. Dalam rasa syukur yang tidak terhingga itu, dia juga sudah berjanji pada diri sendiri bahawa dia akan menjaga anaknya kali ni dengan lebih baik.
Perut sendiri diusap lembut sebelum dia menjatuhkan hand break dan memulakan perjalanan untuk ke rumah mertuanya.
᪥᪥᪥
Razif dan Areena saling berpandangan dari tadi. Tersengih-sengih Razif, terujanya dari petang tadi masih belum hilang. Ahli keluarga yang lain rancak berbual sesama sendiri. Macam-macam perkara dibincangkan.
Razif yang dari awal mencari ruang untuk mencelah menegakkan badannya apabila perbualan yang rancak tadi menjadi semakin perlahan.
"Ehem! semua tak nak ucap tahniah dekat Zif ke?" hampir terletus ketawa Areena mendengar. Dia yang mengandung, Razif pula yang perlu diucap tahniah. Kalau kata Rayyan tahan lagi.
Rayyan yang sedar dengan kelakuan Areena, menepuk perlahan paha Areena yang menjadi tempat letak tangannya dari tadi. Keningnya diangkat tanda kenapa. Dia tahu isterinya pasti tahu apa yang hendak disampaikan oleh Razif. Namun, Areena mengangkat bahu tanda tak tahu.
"Dah kenapa tiba-tiba?" soal anak kedua Tengku Rozaimi. Razif tersengih penuh makna.
"Zif tak lama lagi nak jadi pakcik..." Razif berucap bangga. Masing-masing terkebil memandang Razif. Dia ni mengarut apa?
"Sayang... mengandung?" Rayyan yang sudah dapat tangkap itu menebak perlahan. Areena melebarkan senyumannya hingga terserlah lesung pipit dalam di pipi kanannya lalu dia mengangguk.
Ahli keluarga yang lain sudah membulat mata. Terkejut. Razif tersenyum manis. Raisya pula menekup mulutnya.
"Tahniah, kak long!!!!" ucap Raisya sedikit menjerit. Raden pula hanya tersenyum melihat situasi sekelilingnya.
YOU ARE READING
C| Rayyan's Everything [OLD VER]
RomanceUNEDITED VERSION | NEW VERSION WILL BE COMING SOON [ʀ.ɪ sᴇʀɪᴇs ᴠᴏʟ 1] ☾︎𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧 𝐈𝐬𝐤𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 <> 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚 𝐀𝐫𝐞𝐞𝐧𝐚☽︎ Humaira Areena, seorang gadis yang bersifat lembut hati dan manja terpaksa bersikap sebaliknya demi m...