Bab 1

53 10 0
                                    

|Sesuatu Yang Aku Cari|


Aku cuma menatap buku-buku yang bersepah di atas meja. Rasa malas nak buat kerja sekolah datang melanda. Yalah, siapa saja yang begitu rajin nak buat kerja sekolah pada pukul lapan pagi di hari Sabtu? Walaupun aku suka belajar tapi aku bukan seorang yang nerd atau gadis anti sosial yang suka menghabiskan setiap masa dengan buku daripada bersantai dan bermesej dengan kawan.

Aku turun ke bawah pula untuk melihat ibu yang sedang memasak sesuatu. Aroma pankek yang masih panas menusuk hidung. Perutku sudah berbunyi. Memang patut pun. Tadi aku pergi joging dengan abang aku selama dua jam. Sebab dia jugalah aku kena bangun pagi-pagi. Kalau tak memang aku sambung buat kilang taik mata sampai tengah hari.

Ibu menggelengkan kepala apabila melihat aku yang sudah tak sabar nak makan pankek. Aku pergi ke peti ais dan mengeluarkan bahan-bahan yang biasa dimakan dengan pankek. Alah, macam buah beri, madu, whipped cream. Semuanya bahan yang paling wajib kena ada kalau nak makan pankek(wajib bagi aku ajelah).

"Nana, pergi panggil abang. Suruh turun makan," ujar ibu yang mengetuk tanganku apabila aku cubit sedikit pankek yang baru masak.

"Biarkan je dia turun sendiri. Siapa suruh kejutkan orang awal-awal pagi." Aku membuat muka masam gara-gara teringat kejadian pagi tadi. Siapa saja yang suka dikejutkan pagi-pagi semasa hari cuti? Kalau boleh memang tak nak bangun langsung.

"Jangan macam tu. Ibu yang suruh abang kejutkan Nana," Ibu mula mengaku. Aku masih buat muka masam kerana aku memang dah agak ibu yang suruh. Tapi aku tetap rasa marah bila mood tidur aku diganggu. "Nana nak ibu masak pankek Nana sampai hangus ke?" Kali ini ibu mengugut pula. Terus mata aku terbeliak dan lari naik tangga.

"Abang, ibu suruh turun, makan." Aku mengetuk pintu bilik abangku sambil memanggilnya. Rasa malas nak tunggu lagi, aku terus pulas tombol pintu dan masuk ke biliknya. Kosong. 'Aik. Kemana pula abang aku pergi? Tadi dia balik sekali dengan aku.'

Aku masih mencarinya di setiap sudut bilik. Manalah tahu kalau dia menyorok sebab nak kenakan aku ke. Abang aku ni bukan betul. Hari tu dia pergi baginya air kicap dekat aku, lepas tu aku minum tersembur. Dia cakap itu air Cocacola! Yang bertuahnya, aku tersembur air kicap tu dekat baju putih dia. Padan muka!

Buk!

Aku memegang kepala yang terhantuk almari. Mana tak sakit, almari yang aku langgar itu diperbuat daripada kayu import. Itulah Irina, kau mengelamun lagi. Almari ni pun satu, sepatutnya letak dekat dengan cermin bilik. Ini pergi letak pula dekat lorong katil yang sempit ni. Aku ketuk almari itu untuk melepaskan geram.

Tiba-tiba ada sesuatu jatuh di atas kepala aku. Aku tunduk dan melihat sebuah kunci. Kening aku berkerut sambil membongkok untuk mengambil kunci itu. Kunci yang berhabuk itu aku sapu. Tak pernah lagi aku jumpa mana-mana kunci macam ni dekat dalam rumah. Tanpa berfikir panjang, aku simpan kunci itu di dalam poket dan turun ke bawah.

• • •

Aku mula buka buku latihan matematik. Baru ada mood nak buat kerja sekolah. Kalau tak memang tidur lambatlah aku malam ni. Selesai saja, aku mula buka tingkap bilik untuk hirup udara segar. Aku nampak Dalia melambai dari luar. Dia bagi isyarat suruh aku keluar jumpa dia.

Tanpa berlengah, aku memakai hoodie kesayangan aku dan mengikat rambut gaya ponytail. Aku berjalan ke arah Dalia yang bersandar di pokok jambu rumah aku. Dia bagi aku senyuman yang berharga beribu ringgit. Dahi aku berkerut. Lain macam betul senyuman dia.

"Sudah-sudahlah tu senyum macam kerang busuk." Kata-kata aku disambut jelingan daripada Dalia. Kemudian dia menghiraukan komen aku dan berkata.

"Kau tahu tak tadi aku dapat mesej dari seseorang?" Dalia mula bercerita dengan teruja. Dahi aku berkerut dan menggeleng. Apa punya soalanlah ni.

"Macam manalah aku nak tahu kau mesej dengan siapa, berapa nombor yang kau simpan semua tu. Aku bukan hacker, okay!" Aku balas.

"Dengarlah aku cerita dulu!" Marah Dalia yang sudah bercekak pinggang. Aku mengangkat tangan tanda beralah.

"Lepas tu kan, yang mesej aku tu kau tahu tak siapa?" Lagi sekali aku geleng sebagai jawapan. "Haris! Aku betul-betul tak percaya dia save nombor aku."

Dengar nama itu buat mata aku terbeliak. Biar betul? Haris yang popular dekat sekolah tu mesej kawan aku? Untuk pengetahuan korang, Haris itu dikenal sebagai salah satu daripada tiga putera sekolah. Kejap, aku bercakap dengan siapa? Ah, apa-apa jelah.

"Nana, kau dengar tak ni?" Panggilan Dalia membatalkan lamunan aku. Aku memandangnya dengan senyuman kekok.

"Boleh kau ulang?" Aku memberinya senyuman paling manis untuk dapat kemaafan. Dia memutarkan biji matanya lalu menyambung.

"Dia actually ajak aku keluar! Cuma aku tak pasti sama ada yang dia maksudkan tu ialah date. Tapi sekurang-kurangnya aku ada peluang, kan?" Dalia menatap aku dengan matanya yang bersinar penuh keterujaan. Kalah budak yang dapat aiskrim kon tiga tingkat.

"I'm happy for you. Akhirnya kau ada peluang untuk dekati crush yang dah lama kau minat tu," aku jawab sambil beri senyuman yang manis.

"Okay. Sekarang ni aku nak tanya, kau rasa baju apa yang patut aku pakai? Kau kan ada cita rasa fesyen," Dalia memandang aku sambil mengangkat sebelah keningnya. Aku memutarkan bola mataku. Tahu saja Si Dalia ni nak ceriakan mood aku.

"Kalau macam tu, jom pergi rumah kau," kataku sambil menarik lengannya.

• • •

Aku duduk di atas katil sambil menyelimuti diri dengan selimut. Biasanya aku akan buat macam ni bila aku rasa sedih atau bersalah. Dan sekarang ni aku rasa kedua-duanya. Aku tipu. Aku tipu dekat Dalia dengan berkata aku gembira. Entah kenapa, aku rasa kalau dia betul-betul couple dengan Haris, sesuatu akan berubah. Aku rasa teruk dengan diri aku sebab fikir macam tu. Aku rasa teruk sebab aku iri dengan dia.

Aku mula bangun dan mengambil tuala. Aku rasa aku perlu segarkan minda dan caranya ialah mandi. Baru sahaja aku nak buka seluar, aku terasa ada benda besi di dalam poket seluar. Aku terlupa tentang kunci yang aku kutip tadi. Aku letak kunci itu di singki dan sambung buka baju.

Habis mandi, aku sarungkan t-shirt soft purple ke badan. Aku bermain-main dengan kunci yang aku jumpa tadi. Sesuatu tiba-tiba terlintas dalam fikiran aku. Aku bangun dan pergi ke sebuah drawer. Aku rasa agak sedih bila mengenangkan tuan punya drawer ni. Ianya milik Sofi. Aku memasukkan kunci tersebut ke dalam lubang kunci. Ianya muat seperti yang aku bayangkan.

Dengan hati yang berdebar, aku menarik drawer tersebut. Di dalamnya ada beberapa barang milik Sofi. Mata aku menangkap sebuah diari dan mengambilnya. Aku membuka helaian demi helaian diari tersebut. Hati aku rasa sakit. Sakit sebab air mata aku langsung tak keluar. Di akhir muka surat, ianya tertulis.

Pergi ke arah matahari terbit, dimana tak nampak matahari. Cari di tempat berkumpulnya rama-rama, disitulah sesuatu yang kau cari.

Sambil membaca ayat itu, mata aku bersinar. Walaupun aku tak nampak kalau tak ada cermin, tapi aku yakin mata aku sedang bersinar sekarang. Aku mula mengikat rambut aku dan turun keluar dari rumah. Kaki aku melangkah sambil lihat ke arah matahari terbit. Sesuatu yang aku cari, mesti ada di tempat itu!

-BIODATA AUTHOR-

Hai, semua! Setelah lama berfikir barulah author rasa nak publish cerita The Garden Of Lies ni. Author harap sangat cerita ni dapat sambutan. Walaupun ini bukan cerita pertama yg author tulis. But still, hope korg enjoy!

The Garden of LiesWhere stories live. Discover now