|Jumpa Kawan Lama|
Aku merenung gambar Felly agak lama. Kawan masa kecil aku. Bila bapa dia dah mula berjaya, diorang pindah ke rumah lagi besar. Aku pun jarang jumpa dia lepas tu. Bila adik aku pergi barulah dia telefon. Mesti dia punya butler yang tolong cari nombor telefon aku.
Aku tersedar dari lamunan bila terdengar tapak kaki menuju ke arah aku. Rambut perang. Kulit putih gebu. Mata coklat cair berbentuk bulat. Inilah orang yang aku tunggu. Adelle Felisha a.k.a. Felly.
"Apa yang kau nak daripada aku?" tanya Felly sambil buka cermin mata hitamnya.
"Dekat sini bukan tempat untuk bercakap. Jom, aku dah sewa grab. Kita cakap kat restoran kegemaran kau." Aku mengambil jalan keluar dari airport. Felly pula hanya ikut tanpa banyak cakap.
"Kau sanggup suruh aku datang sini semata-mata nak bercakap pasal tu, kan?" soalan dia buat aku teringat semula sehari selepas aku balik dari rumah Arif.
Flashback
"Hello, princess," ujarku menggunakan panggilan yang dia selalu suruh aku dengan adik aku panggil setiap kali main rumah-rumah.
"Kenapa kau tiba-tiba telefon ni? Aku rasa tak sedap hati pula," jawab dia.
"Sangkaan kau memang tepat. Aku nak kau balik sekarang. Ada benda aku nak cakap," ujarku selamba.
"Hah?! Kau gila ke apa, Nana?" suara dia terkejut.
"Tak. Aku serius. Aku nak kau balik minggu depan."
"Tak nak. Penatlah. Bukan ada apa sangat pun dekat sana," suara diva dia sudah mula keluar. Aku boleh bayangkan mulut dia yang muncung setiap kali sebut penat.
"Arif Danial akan jadi pewaris utama S.H. Property. Atau itu yang kau nak aku bagitahu papa kau?" Aku mula tersenyum sinis. Walaupun dia tak nampak.
Dia terdiam. Dia tahu aku tak akan menipu dalam hal ni. Aku dapat dengar dia tengah bercakap dengan butler dia. Kemudian barulah dia bersuara semula.
"Butler aku kata ada tiket untuk pergi-balik dari hari Selasa sampai Jumaat. Aku balik hari Selasa nanti," katanya.
"Aku akan ambil kau dekat airport. Butler kau tak perlu datang sekali."
"Aku tahulah. Kalau pasal tu, aku memang takkan bawa sesiapa apatah lagi butler aku. Dia cuma akan jadi spy papa aku je."
"Bagus. Jangan bawa beg besar sangat pula. Aku takkan tolong kau angkat. Jumpa nanti," aku sempat pesan dekat dia. Mana taknya, dia ni suka sangat bergaya. Entah berapa banyak kasut dia bawa dalam beg tu nanti.
"Dah, bye!" Dia terus matikan panggilan.
End flashback
"Kau berpisah dengan dia sebab papa kau tahu pasal penyakit dia, kan? Disebabkan kau protes, papa kau aturkan kau belajar dekat London. Sebab tu kau terpaksa berpisah dengan dia, betul tak?"
"Ya dan kau pula tahu yang aku akan malu kalau papa aku suruh pergi dekat dia semula. Sebab tu kau kata macam tu, kan?" Dia buat muka annoyed.
YOU ARE READING
The Garden of Lies
Teen FictionIt's a place where all the lies begins. Dunia ni berputar bagaikan roda. Semuanya berputar termasuk kebenaran dan penipuan. Irina Safiya ingin mencari kebenaran. Tentang ayahnya, tentang adiknya, tentang semuanya. Sebuah diari telah membawa dia ke s...