|'See You Again'|
Aku berjalan menuju ke taman yang aku pergi sebelum ni. Aku baru balik sekolah tadi lepas tu Beruang telefon aku suruh datang dekat taman cepat-cepat. Tak tahulah apa yang dia nak. Tapi aku sempat juga mandi tadi.
Aku tolak pagar kecil yang merupakan pintu masuk taman ni. Aku letak diari Sofi di bangku taman. Tadi tiba-tiba aku rasa nak bawa diari tu. Yalah, masa kali pertama datang sini aku mana sempat nak buat apa-apa. Lepas tu aku terus tak datang sini dah sebab Si Beruang tu.
Kelibat Arif mula aku cari. Bila fikir balik, hari tu pun aku tak sempat tengok sepenuhnya kawasan taman ni. Rupanya ada laluan batu yang bawa aku lebih dalam kawasan taman. Di situ aku jumpa Arif. Dia sedang perhatikan sesuatu. Aku terfikirkan idea untuk terkejutkan dia.
Aku berjalan ke arah dia dengan tapak kaki dipastikan tak berbunyi. Belum sempat aku buat apa-apa, ada sesuatu melompat atas kepala aku. Aku pula yang menjerit terkejut dan terjatuh. Arif mula perasan kehadiran aku dan menoleh memandang aku yang terduduk atas tanah. Aku fikir dia akan gelakkan aku, tapi sebaliknya dia hulurkan tangan untuk tolong aku bangun.
That's so sweet!
Kejap. Aku fikir apa tadi?
"Terima kasih," ucapku selepas berdiri. Aku pandang sesuatu yang melompat atas kepala aku tadi. Aku nampak kucing dengan bulu warna kelabu. Mata dia pula warna biru. "Ini kucing hari tu!" Kataku dengan teruja.
"Kau pernah jumpa Hujan?" tanya Arif. Aku rasa Hujan tu nama kucing ni. Aku mengangguk sebagai jawapan.
"Ini kucing kau ke?" Soalku. Arif menggelengkan kepala.
"Aku cuma jumpa dia masa dekat taman ni. Setiap kali aku datang dia mesti ada. Dah rasa macam kucing aku pula," jawab dia. Aku hanya mengangguk. Aku mengambil kucing itu dan mendukungnya. Nampaknya dia pun rasa selesa dengan aku.
"Kenapa kau panggil aku ke sini?" tanyaku selepas mengingat semula tujuan aku ke sini tadi. Aku masih lagi memandang kucing ditangan apabila dia mengangkat dagu aku. Tergamam aku bila ternampak piano dekat situ!
"Macam mana ada... eh?" Aku pergi ke arah piano itu dan menelitinya. Dari atas, bawah, kiri dan kanan. Satu pun aku tak lepaskan.
"Ini milik Sofi!" jeritku.
"Ini adik kau punya?" tanya Arif sedikit terkejut. Nampak tak sangka.
Aku mengangguk.
"Adik aku pun main piano juga. Walaupun kitorang kembar, tapi kitorang sangat berbeza. Aku suka buat benda yang mencabar. Adik aku pula suka benda yang nampak elegan. Tapi sebab satu kejadian, dia tak dibenarkan main piano lagi dan ayah aku suruh dia buang piano ni. Tak sangka pula dia sorokkan piano ni dekat sini," jawabku sambil tersenyum kecil.
"Nampaknya aku dengan adik kau ada hobi yang sama dan kisah yang sama. Aku pun main piano juga dan aku kalau boleh nak jadi pianis. Tapi jari aku pernah patah dan aku tak dibenarkan main lagi," ujar Arif dengan nada sayu.
"Bukan kau suka main bola ke?"
"Itu sebab doktor yang suruh aku. Katanya aku kena selalu buat aktiviti yang cergas. Kau pun tahu kan, situasi aku macam mana? Aku tak boleh jadikan sukan sebagai kerjaya aku."
Bila terasa suasana mula jadi janggal, aku mula tukar topik. "Jadi lagu apa yang kau nak main? Kau ajak aku datang sini pasal ni, kan?"
"Ha'ah. Sebenarnya aku jumpa buku dengan lirik ni. Aku rasa adik kau punya." Kata dia sambil menunjukkan sebuah buku nota padaku. "Aku nak cuba mainkan lagu ni. Tolong dengar boleh?"
"Okey. Kalau tak sedap aku terus balik tau," kataku bergurau.
Arif mula duduk di bangku. Jari dia mula direnggangkan sama macam adik aku. Tangan seorang pemusik. Jari dia mula menari atas kekunci sambil menghasilkan bunyi yang indah. Aku pernah dengar Sofi mainkan lagu ni. Jadi aku tahu lirik dia.
We were still kid
Not knowing anything
Until we are growing
You left without me agreedWhere are you going
Can we meet again
When we were singing
You said, Yes I amJust look in the sky
Sooner we'll say goodbye
Just like a butterfly
Pretty but sooner it'll diePlease hold my hand
Hoping this would never end
Just give me the second chance
I wanted to say, see you againSee you again
See you again
Sedar-sedar je bunyi piano dah berhenti. Dahi aku berkerut. Setahu aku, lagu Sofi tak berhenti sampai situ. Aku pandang Arif dan nampak yang dahi dia pun berkerut. Ada masalah ke?
"Kenapa?" Aku tanya sebaik sahaja sampai disebelah dia.
"Lirik dalam buku ni tak lengkap," katanya. Dahi aku bertambah berkerut.
"Tunggu kejap." Aku pergi semula ke bangku tadi untuk cari diari Sofi. Aku tak pernah baca diari Sofi sampai habis jadi aku tak pasti lirik tu ada atau tak. Aku kembali semula dan serahkan diari tu pada dia.
"Jumpa!" kata dia gembira. Tapi lepas itu dahi dia berkerut semula. "Lirik dalam ni pun tak lengkap. Kalau gabung dengan yang tadi, baru separuh je lirik dia."
"Pelik. Kenapa Sofi nak asing-asingkan lirik dia? Mesti nak jadikan teka-teki lagi," kataku separuh berbisik.
"Teka-teki?"
"Ha'ah. Sofi memang suka buat teka-teki.." kata-kata aku tergantung seketika. "Mungkin ini yang Sofi nak aku cari? Lirik-lirik lagu dia?" Kemudian aku mengangguk-angguk tanda dah tahu.
"Jadi macam mana dengan lirik ni?" Soalan Arif buat aku kembali sedar semula.
"Kau gabungkan dulu lirik yang kau jumpa tadi lepas tu mainkan lagu tu. Kalau lirik yang lain... nanti aku carikan. Mungkin ada dekat rumah aku," jawabku.
Dia mengangguk setuju dengan cadangan aku. Yang aku tak tahan tu, dia tariknya aku main piano sekali. Aku bukannya pandai sangat main piano. Setakat lagu 'Twinkle-twinkle Little Star' tu, bolehlah. Itu pun dalam game 'Piano Tiles'.
Tapi yang buat aku hilang kata-kata tu bila dia ajar aku dengan lembut. Walaupun aku buat salah, dia tak marah. Jadi aku pun rasa seronok nak belajar sebab dari dulu lagi aku nak belajar main piano tapi lepas kejadian Sofi, aku batalkan niat aku.
Satu je yang aku tak boleh tahan sekarang ni. Bila dia ajar secara dekat dengan lembut macam ni, dia buat hati aku berdebar dan huru-hara!
BIODATA AUTHOR
Hai semua! Lamanya tak update! Hilang kejap akaun wattpad author. Nasib baik dapat balik.
Jangan lupa komen and vote!

ANDA SEDANG MEMBACA
The Garden of Lies
Teen FictionIt's a place where all the lies begins. Dunia ni berputar bagaikan roda. Semuanya berputar termasuk kebenaran dan penipuan. Irina Safiya ingin mencari kebenaran. Tentang ayahnya, tentang adiknya, tentang semuanya. Sebuah diari telah membawa dia ke s...