Bab 17

14 4 0
                                    

|Hujan|

Setelah bermalam tak tidur, akhirnya aku berjaya rungkaikan tulisan alien tu. Aku mula menulisnya semula dalam huruf biasa dekat atas kertas kosong. Muka aku mula serius sebaik sahaja membaca isi kandungan buku tu.

13 Mei,

Satu tragedi mengubah hidup aku. Hari di mana semua impian aku musnah. Tapi yang paling menderita hari tu bukan aku. Ianya Nana.

Aku masih ingat.

Masa hari kitorang diculik. Satu persatu jari aku dipotong separuh. Dia dekat depan aku, cuma boleh tengok aku menderita. Dia nak tutup mata, tapi sangat takut. Yang dia buat cuma tengok tanpa berkelip. Seperti dia nak simpan memori ni betul-betul sehingga jadi trauma.

Air mata dia mengalir buat kali pertama. Bukan air mata biasa seperti orang lain. Ianya air mata darah. Bila orang-orang tu mula kumpulkan air mata dia, baru aku tahu yang diorang sebenarnya nakkan air mata Nana.

Mula-mula aku marah, aku bencikan dia. Kenapa bila dia yang diorang cari, aku juga yang kena? Kenapa impian aku mesti dimusnahkan? Tapi lepas tu aku takut. Macam mana kalau lepas ni pun, diorang cari Nana lagi?

Bila aku fikirkan semula, orang yang patut menangis air mata darah bukan Nana, tapi aku. Bila fikir sakit jari aku dipotong, dalam masa yang sama, impian aku dimusnahkan, aku yang patut keluar air mata darah, bukan Nana.

Aku cuma baca sampai situ. Ada lagi beberapa muka surat tapi tulisan alien dia dah lain. Aku kena rungkaikan lagilah ni. Masalahnya aku rasa malas lepas baca isi kandungan diari ni.

Jadi mimpi aku hari tu memang pasal kisah silam kitorang. Semua sebab aku, Sofi tak dapat kejar impian dia lagi. Kenapa diorang cari air mata aku? Air mata aku berharga sangat ke sampai diorang sanggup buat macam tu dekat Sofi?

Aku mula mencari satu nama dan menelefonnya. Setelah tiga kali berdering, barulah terangkat panggilan aku.

"Kau nak apa?" tanya Felly acuh tak acuh.

"Aku nak kau siasat apa yang berlaku dekat aku dengan Sofi tujuh tahun lepas. Masa hari Sofi buat persembahan piano dia. Aku nak tahu siapa dalang yang culik kitorang," suara aku dingin. Aku tak rasa marah, cuma hati aku beku.

"Okay. Bagi aku dua minggu. Kalau tak dapat juga, aku kena balik sana semula untuk dapatkan spy aku," ujar dia.

"Aku tak kisah asalkan aku tahu siapa orangnya. Bye," aku matikan panggilan.

• • •

Aku menadah tangan menyentuh air hujan. Aku duduk di stesen bas depan sekolah sambil menunggu hujan reda. Dalia yang sepatutnya hantar aku balik ada latihan pentas. Nak buat macam mana, dah dia cuti dua bulan. Memang banyaklah yang ketinggalan tambah pula dia presiden kelab drama.

Aku memeluk tubuh. Rasa begitu sejuk masa musim hujan ni. Aku harap dapat balik cepat dan sorok dalam selimut.

Sebaik sahaja aku berharap macam tu, ada satu kereta berhenti di depan stesen bas. Tak ada sesiapa dekat stesen bas tu melainkan aku dan aku sangat kenal dengan kereta tu. Siapa lagilah kalau bukan Si Beruang yang punya?

Pin! Pin!

"Naiklah. Aku hantar kau balik," ujar Arif. Aku menggelengkan kepala.

"Tak payah. Nanti abang aku ambil. Dia nak sampai kot," kataku. Walaupun perkataan nak sampai tu sebenarnya harapan. Dah setengah jam aku tunggu abang aku tu pun tak sampai-sampai.

"Memang tak sampailah abang kau. Ibu suruh aku ambil kau lah. Dia kata abang kau overtime hari ni," katanya sambil tunjuk Whatsapp dia dengan ibu aku sebagai bukti.

Aku mengeluh. Kenapalah abang aku tak bagitahu awal-awal? Boleh aku tempah grab je. Ini tak pasal-pasal kena berduaan dengan Si Beruang ni dalam kereta.

Dengan langkah yang lemah, aku pergi ke keretanya. Aku tak nak duduk depan, jadi aku buka pintu seat belakang. Masalahnya pintu berkunci pula! Aku menjeling tajam Si Beruang yang tersengih.

"Buka pintu ni." Suara aku dingin dengan nada mengarahkan.

"Jangan nak mengada. Duduk depan. Cepatlah. Lama-lama kat luar tu nanti demam pula," ujar dia bila tengok aku masih tak berganjak. Akhirnya aku mengalah. Aku tak nak demam dan ponteng sekolah pula.

"Macam tulah bagus," dia puji aku. Walaupun aku rasa dia lebih puji diri sendiri sebab dapat buat aku ikut cakap dia.

"Aku dah suruh kau terangkan salah faham tu, kenapa kau masih tak buat?" soalku memecahkan kesunyian.

"Relakslah. Dalia tak tahu lagi, kan?" Dia bermuka selamba. Aku rasa macam nak ketuk je kepala dia ni.

"Aku nak tidur kejap. Kejut aku bila dah sampai," ujarku. Sejak kebelakangan ni aku jarang dapat tidur nyenyak. Ini tengah hujan, tambah dengan penghawa dingin dalam kereta buat aku rasa mengantuk.

Aku terjaga dari mimpi. Aku mimpi kejadian tu lagi. Badan aku berpeluh. Aku sesak nafas. Tambah pula dengan cuaca sejuk dan penghawa dingin, susah aku nak dapat oksigen yang cukup.

Arif di sebelah mula berhentikan kereta di tepi jalan. Dia beralih ke arah aku.

"Kenapa ni?" tanya dia cemas. Mata dia penuh dengan kerisauan.

"S-sesak... n-na..fas..." Aku susah nak bersuara. Malangnya aku tak bawa puffs dan ditinggalkan dekat rumah. Biasanya aku sesak nafas bila bangun dari mimpi ngeri. Jadi macam manalah aku nak jangka yang aku boleh mimpi ngeri dekat sekolah pula? Aku ni bukan jenis yang suka tidur dalam kelas.

Tiba-tiba dahi aku terasa hangat. Aku buka mata dan nampak Arif letakkan dahi dia dekat dahi aku. Mata aku terbeliak dengan tingkahnya yang tiba-tiba. Tapi aku cuma biarkan aje. Tangan dia pula mula mengusap belakang aku perlahan. Aku rasa agak tenang.

"It's okay. It's okay. Just breathe with me." Suara dia lembut. Aku dapat rasa nafas dia mengipas muka aku. Lama-kelamaan, aku mula bernafas sedikit demi sedikit.

"Macam tu. Good girl." Dia mula lepaskan dahi dia dari dahi aku. Aku menunduk kepala aku sedikit. Jantung aku tak tentu arah ni. Dah lama aku tak rasa macam ni. Selama ni hati aku dingin saja dengan dia.

"Pasal salah faham tu, boleh kita biarkan? Aku nak kita jadi macam dulu semula. Bagi aku masa dan aku akan ceritakan semuanya dekat kau," kenyataan dia memecahkan kesunyian. Dia menghulurkan aku jari kelingking untuk buat pinky promise.

Aku agak ragu-ragu untuk sambut janji tu. Aku tahu semua orang layak diberi peluang kedua. Tapi kalau jadi semula? Lepas kejadian tadi, aku tahu akan susah untuk terus bencikan dia. Patut ke aku beri peluang kedua ni dengan mudah?

-BIODATA AUTHOR-

Hai, semua! Jangan risau, masih ada banyak lagi rahsia yang lebih mengejutkan. Cerita ni takkan habis dalam 20 lebih chapter je.

Jangan lupa vote!

The Garden of LiesWhere stories live. Discover now