|Mungkin Tak Teruk Sangat|
Sambil baca, author suggestkan korang dengar lagu Wonderland dari Emma Bale.
Selama pelajaran, aku tak boleh fokus. Siapa sangka orang yang aku nak elak sebenarnya satu sekolah dengan aku! Nampaknya aku memang tak boleh lari walaupun aku nak. Aku cuma pandang nasi lemak di depan mata. Tak ada selera nak makan. Aku dapat rasakan yang Dalia merenung aku jadi aku putuskan untuk pandang.
"Apa dah jadi dengan kawan aku ni sebenarnya?" tanya dia dengan mata disepetkan. Macamlah kalau buat macam tu boleh buat aku jujur. Aku beri dia senyuman malas.
"Tak ada apa-apa. Cuma aku rasa hari ni nak hujan jadi mood aku pun jadi ikut sama biar seiring dengan cuaca," aku jawab dengan bijaknya. Dalia tengok di luar tingkap kafe dan pandang aku semula.
"Hahaha. Cuaca punyalah cerah, kau kata nak hujan. Baik kau cerita apa yang jadi sebenarnya dan jangan nak salahkan cuaca yang tak berdosa tu."
Aku senyap seketika.
"Buku latihan matematik aku hilang dan Cikgu Azhar suruh aku berdiri sepanjang kelas," aku tipu. Aku tak nak Dalia tahu rahsia aku. Dia tak tahu kisah silam aku sebab aku baru pindah sekolah ni dua tahun lepas. Aku juga tak nak dia tahu kisah silam Beruang itu. Ya, aku gelarkan lelaki itu Beruang berdasarkan warna rambut dan mata dia.
"Okay. Aku tahu itu agak teruk bagi pelajar contoh macam kau," akhirnya Dalia tidak tanya lagi kenapa aku murung.
• • •
Kring!!
Akhirnya! Waktu sekolah dah tamat. Aku bergegas kemas barang dan keluar dari kelas. Aku nampak Dalia semasa menuruni tangga dan mengejar langkah dia. Kami sama-sama menuju ke pagar. Tiba-tiba bahu aku dipegang seseorang. Aku menoleh dan mata coklat cair itu menyapa aku.
Beruang.
"Boleh aku pinjam kawan kau?" tanya dia kepada Dalia. Seketika kemudian Dalia tarik aku untuk cakap sesuatu.
"Kau tak cakap dekat aku yang kau kawan dengan Arif!" Dia berbisik sambil mengangkat kening meminta penjelasan.
"Perlu ke aku cakap?"
"Mestilah! Dia tu antara Three Prince, kau tahu?" Aku geleng kepala. Sumpah aku tak tahu. Aku bukannya orang yang suka bergosip hal sekolah. Yang aku tahu pun hanya Haris sahaja sebab Dalia yang nak tunjukkan crush dia.
"Kau berdua dah habis cakap ke?" tanya Arif. Aku mula minta diri dan pergi ke arahnya. Dalia sepetkan mata ke arah aku.
"Balik ni kau mesti cerita dekat aku!" Jeritnya. Aku ketawa kecil dan membalas.
"Aku tak janji!" Kemudian aku memandang Beruang yang berjalan di sebelah aku. "Kau nak apa lagi?"
Dia tersengih sebelum jawab. "Aku dah kata kau tak boleh lari. Sekarang ni aku nak claim 'hadiah' aku." Kami berjalan ke parking kereta. Dia bukakan pintu untuk aku masuk sebelum dia sendiri memboloskan diri dalam kereta.
"Sekarang ni kita nak pergi mana?" tanya aku. Sekali lagi dia melemparkan sengihan.
"Rahsia."
YOU ARE READING
The Garden of Lies
Roman pour AdolescentsIt's a place where all the lies begins. Dunia ni berputar bagaikan roda. Semuanya berputar termasuk kebenaran dan penipuan. Irina Safiya ingin mencari kebenaran. Tentang ayahnya, tentang adiknya, tentang semuanya. Sebuah diari telah membawa dia ke s...