Bab 3

19 7 0
                                    

|Taruhan|

Sambil baca silalah dengar lagu First Times dari Ed Sheeran untuk chapter ni.

Aku baru sahaja nak berlalu bila lelaki tadi pegang lengan aku suruh berhenti. Aku tergamam dan memandangnya. Aku menarik semula lengan aku yang dipegang. Memang tak pernah ada lelaki yang pegang aku selain daripada abang dan ayah aku. Sepupu aku pun aku tak bagi pegang, inikan pulak lelaki yang baru jumpa begini.

"Kau nak apa?" tanya aku bila lelaki itu membisu seketika. Dah lah tadi pegang-pegang aku, dekat taman pulak tu. Aku dah rasa macam dekat dalam novel cinta klasik bahasa inggeris.

"Kau baca, kan?" Akhirnya dia membuka mulut. Aku angguk dengan rasa bersalah. "Aku dapat tahu aku ada kanser dua tahun lepas. Aku tak bagitahu kawan-kawan aku pun tentang perkara ni. Jadi aku nak kau janji yang kau takkan bocorkan rahsia aku."

"Aku janji," jawab aku ringkas.

"Itu je?" Soalan lelaki itu buat dahi aku berkerut. Apa maksud dia, itu je? Dia nak aku jawab macam mana lagi?

"Kau nak aku jawab macam mana lagi?" Akhirnya kata-kata itu keluar dari mulut aku selepas cengkerik menyanyi riang-ria. Kejap. Dekat taman ni cuma ada rama-rama dengan bunga je. Mana ada cengkerik. Apa-apa jelah.

"Tak. Biasanya orang akan simpati dengan aku dan cakap suruh aku kuatkan semangatlah itulah. Tapi cara kau pandang aku seolah-olah aku ni normal macam yang lain. Kenapa?" tanya dia. Aku berfikir seketika untuk beri jawapan. Kemudian aku duduk semula di bangku tadi dan mula bercerita.

"Aku memang macam ni. Dari lahir lagi. Tak macam baby yang lain, aku tak buat bising dan menangis. Seolah-olah aku tak boleh menangis dan sampai sekarang pun sama. Aku ada adik kembar. Dia genius, dia juga cengeng, tak macam aku. Tapi dia satu-satunya yang paling memahami aku."

"Dia pergi ke luar negara dengan ayah aku untuk buat kajian sebab ayah aku profesor. Dengan otak dia yang bijak, dia selalu tolong ayah aku." Aku ambil nafas seketika. Aku baru sedar yang lelaki tadi sudah mengambil tempat disebelah aku. Kemudian aku sambung.

"Satu hari, aku dapat tahu yang diorang meninggal masa tengah jalankan kajian. Abang dan mak aku dah menangis bila dengar berita tu. Tapi aku tak rasa apa-apa. Seolah-olah orang yang mati itu ialah orang yang aku langsung tak kenal. Sekarang ni pun bila aku bercerita, aku rasa macam tengah cerita pasal kerja sekolah. Bukan cerita sedih yang biasa buat orang menangis," aku habiskan cerita sambil memandang lelaki itu.

Dia juga memandang aku. Entah kenapa, mata dia berubah. Tadi mata dia dingin bila pandang aku tapi sekarang, ianya bersinar seperti kanak-kanak dapat aiskrim. Sama seperti dia pelik dengan reaksi aku terhadap dia tadi, aku juga pelik dengan reaksi dia sekarang.

"Akhirnya aku jumpa," ucapnya dengan suara yang perlahan tapi cukup untuk aku dengar.

"Hah?" Aku menyoal dengan muka keliru.

"Selain daripada kanser, kesihatan mental aku juga terganggu. Jadi doktor suruh aku cari seseorang yang boleh luangkan masa dengan aku. Selama ni aku cari orang yang takkan terganggu bila tahu rahsia aku. Sekarang ni aku dah jumpa," jawabnya. Terus terang aku kata, itu langsung tak membantu aku hilangkan rasa keliru.

"Jadi?"

"Jadinya kau akan jadi orang yang akan temankan aku luangkan masa," jawab dia selamba. Seolah-olah dia bercakap dengan kawan lama. Tapi aku tak rasa ini caranya minta sesuatu kepada orang walaupun itu kawan lama! Aku senyum sinis.

"Dan kau fikir aku akan setuju macam tu aje?" Aku mula menyilangkan tangan ke dada.

"Apa-apa pun kau kena bayar sebab dah tahu rahsia aku," dia smirk.

"Hello. Aku pun bagitahu rahsia aku sebab aku rasa bersalah terbaca diari dan tahu rahsia kau. Kau fikir aku ni jenis yang post kisah hidup aku dekat media sosial?" Aku tarik nafas seketika. Hampir je aku nak tinggikan suara.

"Then, let's make a bet." Aku mengangkat sebelah kening tanda curious. "Kalau kita berjumpa lagi, kau tak boleh lari dan kena jadi orang yang temankan aku. Deal?" Aku tayangkan senyuman yang lebih sinis. Pantang juga bila aku kena cabar macam ni.

"Deal."

• • •

Aku menekup muka dengan bantal. Baru aku fikir kalau aku jumpa tempat itu, aku akan jumpa sesuatu yang aku cari. Tapi terbalik pula! Memang aku takkan pergi lagi tempat tu. Yang lelaki tadi pulak lagilah. Harap muka tu je handsome tapi adab tu tak ada! Ada ke senang-senang dia suruh aku jadi peneman dia pergi mana-mana. Dia fikir aku ni budak suruhan dia?

"Aku memang takkan jumpa dia lagi!" Tak semena-mena perkataan itu terkeluar dari mulut aku dengan nada tinggi.

"Nana! Kenapa jerit-jerit tu?" Soal ibu yang kebetulan lalu depan bilik aku. Terus aku menekup mulut.

"Tak ada apa-apa ibu! Nana baca buku tadi. Terbaca kuat pulak dialog dalam novel ni," aku sengaja beri alasan. Kalau tak balas nanti ibu fikir aku mengigau pula. Aku mula membuka lampu tidur dan menutup lampu bilik. Aku mula tidur dengan harapan yang aku akan lupakan kejadian hari ini.

• • •

Dalia yang tunggu di hadapan pagar sekolah melambai aku. Aku beri senyuman pagi lagikan fresh ke arahnya. Kami masuk ke dalam sekolah. Memandangkan hari ini hari Isnin, kami menuju ke perhimpunan sambil berborak.

"Lama ke kau tunggu aku tadi?"

"Lamalah juga." Dia bagi aku senyuman malas. "Maaflah aku tak boleh ambil kau. Hari ni ayah aku pergi kerja awal sikit jadi dia nak hantar aku," katanya. Aku angguk tanda faham.

"Dalia." Panggil seorang pengawas. Kami terus berpaling menghadapnya.
Kemudian dia sambung. "Cikgu Syifa panggil. Jumpa dia dekat pejabat sekarang." Pengawas itu terus berlalu pergi.

Dalia pandang aku seperti meminta maaf. Aku mengangguk faham sambil memutarkan bola mata. Macamlah ini kali pertama. Aku terus melangkah sampai ke tapak perhimpunan. Biasanya, aku memang akan diambil Dalia dengan keretanya pergi ke sekolah. Setiap pagi Isnin juga dia mesti akan pergi berjumpa Cikgu Syifa untuk bincang tentang manuskrip selaku pengerusi Kelab Drama.

Buk!

Aku terlanggar seseorang. Aku kutuk diri aku yang suka sangat mengelamun ni sebelum aku mengangkat kepala. Benda pertama yang aku nampak ialah mata coklat cair. Dia juga pandang tepat ke mata aku. Bibir merahnya mengukir senyuman. Dalam kepala aku pula terlintas kejadian semalam. Akhirnya dia cakap sesuatu yang buat jantung aku berdegup kencang.

"Kita jumpa lagi."

-BIODATA AUTHOR-

Hai, semua! Kali ni author sertakan lagu supaya korang lebih enjoy baca chapter ni. Author tak berapa yakin korang suka atau tak. So, apa pendapat korang?


The Garden of LiesWhere stories live. Discover now